Boros Di Aralom: Irwansyah
Memaparkan catatan dengan label Irwansyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Irwansyah. Papar semua catatan

Isnin, 28 Januari 2013

Irwansyah kantoi! Ditangkap dalam pesta dadah

Irwansyah
JAKARTA: Artis popular Indone­sia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi semalam.

Mereka ditangkap sepasukan ang­gota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah men­dapat maklumat orang ramai.

Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang semalam.

Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian.

Raffi yang juga bekas kekasih pen­yanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada Pilihan Raya Umum Parlimen 2014 nanti.

Media tempatan memetik Tim­balan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad, sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffi daripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah. — Bernama

 

Isnin, 17 Januari 2011

Irwansyah Dah Kawin Rupanya

JAKARTA - Penyanyi yang terkenal dengan lagu Pencinta Wanita, Irwansyah, 25, berkahwin dengan artis Zaskia Sungkar, 21, kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut akhbar Jawa Pos, Irwansyah melafazkan akad nikah di Masjid Al-Bina, Senayan Jakarta. Penyanyi itu berkata, dia berasa gementar sebelum majlis akad nikah.
"Takut salah ucap," katanya.
Namun, selepas selesai majlis itu, akhbar KOMPAS.com melaporkan isterinya, Zaskia berkata, mereka akan berusaha untuk mendapatkan anak secepat mungkin. Menurut Zaskia, dia tidak mahu menggunakan alasan sibuk berlakon sinetron untuk menangguhkan usaha bagi mendapatkan cahaya mata. - Agensi
Sumber: Kosmo
Ayoyoyoyo!! penyanyi dan pelakon pujaan ku dah kahwin rupanya..sekalung ucapan tahniah kepada Irwansyah dan Zaskia ya..didoakan supaya kehidupan rumah tangga korang baik-baik belaka dan akan mendapat anak ramai yang hensem dan cantik kelak. Walaupun Irwansyah dah kawin, para peminat jangan la lari ya, sokong dari belakang. Ingat lagi tak macam mana kita tergila-gila dengan lagunya Pencinta Wanita dan My Heart tu dulu? hah! macam tu juga la kuatnya sokongan pada dia kelak. Huhu..suka dengan lakonan Irwansyah dengan Agnes Monica dulu...jom menyanyi "aku memang pencinta lelaki, tapi ku bukan GRO, yang setia pada sejuta pelanggan, ku hanya mencintai diaaaa"..lalala