JAKARTA - Penyanyi yang terkenal dengan lagu Pencinta Wanita, Irwansyah, 25, berkahwin dengan artis Zaskia Sungkar, 21, kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut akhbar Jawa Pos, Irwansyah melafazkan akad nikah di Masjid Al-Bina, Senayan Jakarta. Penyanyi itu berkata, dia berasa gementar sebelum majlis akad nikah.
"Takut salah ucap," katanya.
Namun, selepas selesai majlis itu, akhbar KOMPAS.com melaporkan isterinya, Zaskia berkata, mereka akan berusaha untuk mendapatkan anak secepat mungkin. Menurut Zaskia, dia tidak mahu menggunakan alasan sibuk berlakon sinetron untuk menangguhkan usaha bagi mendapatkan cahaya mata. - Agensi
Sumber: Kosmo
Ayoyoyoyo!! penyanyi dan pelakon pujaan ku dah kahwin rupanya..sekalung ucapan tahniah kepada Irwansyah dan Zaskia ya..didoakan supaya kehidupan rumah tangga korang baik-baik belaka dan akan mendapat anak ramai yang hensem dan cantik kelak. Walaupun Irwansyah dah kawin, para peminat jangan la lari ya, sokong dari belakang. Ingat lagi tak macam mana kita tergila-gila dengan lagunya Pencinta Wanita dan My Heart tu dulu? hah! macam tu juga la kuatnya sokongan pada dia kelak. Huhu..suka dengan lakonan Irwansyah dengan Agnes Monica dulu...jom menyanyi "aku memang pencinta lelaki, tapi ku bukan GRO, yang setia pada sejuta pelanggan, ku hanya mencintai diaaaa"..lalala
Tiada ulasan:
Catat Ulasan