Boros Di Aralom: Maharaja Lawak Mega
Memaparkan catatan dengan label Maharaja Lawak Mega. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maharaja Lawak Mega. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Januari 2015

Senarai peserta final #MaharajalawakMega 2014 memang terbaik..sorry #Virus tersingkir

Senari peserta final Maharajalawak Mega 2014. Nabil, Bocey, Zero, Sepahtu, Shiro
Peserta final MaharajaLawakMega 2014, Nabil, Bocey, Zero, Sepahtu, dan Shiro (Kredit gambar: FB MLM)
Jujur dari hati seorang penonton setia Maharajalawak Mega 2014 bahawa rata-rata persembahan semalam memang hambar yang teramat sangat. Hanya persembahan Nabil saja yang best. Peserta top lain seperti Virus, Sepahtu dan Shiro agak hambar macam hilang arah, punchlines tak kena. Mungkin juga kerana tema semalam iaitu prop dan loghat, menyebabkan para peserta kekeringan idea. Tema sukar tu. But seriously, expectation untuk persembahan semifinal memang jauh below the par.

Semalam juga merupakan persembahan terakhir kumpulan Virus yang dianggotai pelawak-pelawak paling top Malaysia iaitu Zizan, Tauke dan Yus. Tapi rasanya penyingkiran mereka ini memang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan penonton MLM2014 ekoran dari persembahan yang tidak konsisten dan below expectation saban minggu. Yer lah..mereka itu antara pelawak paling top kat Malaysia. So, kita sebagai penonton pun mengharapkan persembahan yang berpadanan dengan populariti. Namun seringkali dikecewakan dengan persembahan ala kadar yang banyak merapu. Kekadang lawak juga tapi kebanyakkannya memang tak lawak. Sampai ada yang kata populariti melebihi kualiti. Chemistry pun kurang. Ramai peminat yang sejak dari awal lebih suka kalau Zizan kekal dengan Jozan dan Tauke+Yus kekal dengan Jambu. Tapi nampaknya gandingan mereka kurang menyengat. Apa pun, mereka dah buat yang terbaik. Harap-harap Johan dapan join balik MLM tahun depan.

Anyway, tahniah kepada Nabil, Bocey, Zero, Sepahtu, dan Shiro kerana berjaya melangkah ke final Maharajalawak Mega 2014 minggu depan. Korang memang terbaik dari yang terbaik. 

Siapakah yang bakal jadi juara Maharajalawak Mega 2014? Tunggu minggu depan..harap-harap lawak mereka di final akan melatup..

#PantangUndurSebelumOperasi Gua minat Zero..walaupun tak sepopular Virus dan finalis yang lain, namun lawak mereka sentiasa mantap. Kalau tak jadi juara pun tak per..dapat masuk final pun dah kira hebat. 

Psst!! Hadiah MaharajaLawakMega hanya RM400,000 jer...kalau korang menang RM1juta, apa pulak yang korang akan buat? Terjah RM1,000,000 ini sekarang

Sabtu, 19 Januari 2013

Jozan Juara Maharaja Lawak Mega 2, Raih Habuan RM500,000

Seperti yang dijangka, malam kemuncak Maharaja Lawak Mega (MLM) Akhir 2012 menjadi malam penuh bermakna buat kumpulan Jozan apabila dinobatkan sebagai juara, di pentas akhir yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru, sebentar tadi. Dengan memperoleh markah tertinggi, Johan dan Zizan Razak sekaligus memusnahkan harapan empat lagi finalis lain yang bersaing iaitu Jambu, Shiro, Saywho dan Boboi.

Kemenangan duo serasi ini melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Gelaran naib juara pula, milik Jambu dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

Kumpulan Shiro mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.

Bagaimanapun, kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Manakala satu-satunya kumpulan dari Indonesia, Saywho di tempat kelima dan menerima RM15,000 berserta trofi.

Kesemua peserta peringkat akhir dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal - tema yang sama seperti musim lalu.

Para peserta telah diadili dengan sistem pemarkahan yang masing-masing mewakili 70 peratus daripada juri dan selebihnya undian penonton di rumah.

Juri tetap terdiri daripada Awie, Lisa Surihani, Wulan Guritno (dari Indonesia) dan Najip Ali (dari Singapura).

Program realiti yang mencetuskan fenomena tersendiri sejak musim pertama ini menyaksikan 10 barisan pelawak dan pelakon komedi tersohor membabitkan penyertaan dari tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Mereka berentap di gelanggang MLM 2012 selama sembilan minggu yang bersiaran secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) dan Mustika HD (134) sejak bermula 16 November 2012.

Sumber: Malaysian Digest
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/228802-jozan-juara-maharaja-lawak-mega-2-raih-habuan-rm500000-jozan-zizanrajalawak-joherajohera.html    

Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Ahad, 4 Disember 2011

Peserta Maharaja Lawak Mega mengalami masalah kesihatan | Enot sakit tulang belakang dan retak lutut

Ayo..kesian pulak bila dengar pasal masalah kesihatan yang melanda peserta MLM ini. Sebelum ini, Bob Kuman juga mengalami masalah kesihatan tatkala program Maharaja Lawak Mega sedang rancak berlaku.
Enot merupakan anggota kumpulan 3G yang turut dianggotai oleh Didie Alias dan Yassin dalam Maharaja Lawak Mega. (Sumber gambar: www.infosemasa.com)
Sehari selepas program Maharaja Lawak Mega pada Sabtu lalu, Enot telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana mengalami masalah sakit tulang belakang dan lutut retak.

Enot mengatakan, "Saya dimasukkan ke hospital pada hari Sabtu lalu (26 November 2011) iaitu sehari selepas program Maharaja Lawak Mega (MLM). Pada malam MLM tu, saya sepatutnya dukung Didie selepas Didie melompat atas badan saya, entah macam mana saya tergelincir dan terjatuh. Itu yang membuatkan lutut saya retak.

Sebelum ini pun, lutut saya memang dah sakit tetapi bertambah teruk bila jatuh tersungkur. Lama-kelamaan, saya berasakan tulang belakang pula sakit. Jadi pagi Sabtu tu, saya terus ke HUKM lalu ditahan di wad sebab doktor cakap kalau dibiarkan lama-lama, sakit tulang belakang tu boleh menyebabkan lumpuh,”

Apabila ditanya mengenai penglibatannya dalam program MLM yang berlangsung pada setiap Jumaat pula, Enot memberitahu bahawa dia tetap akan menjayakan persembahan dengan meminta pelepasan daripada doktor. Ini kerana, Enot tidak mahu menghampakan para pengundi dan ahli kumpulannya.
(Sumber: www.zonartis.com)