![]() |
| Pokemon Go |
![]() |
| Pokestop |
![]() |
| Pokemon Go |
![]() |
| Pokestop |
Tuudia...Rozita Che Wan dah tinggalkan AF2015 woii..si pengkritik tetap yang gua rasa macam tin kosong jer...
Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, 43, mengesahkan dia enggan meneruskan tugasnya sebagai juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 mulai minggu depan selepas diherdik Pengetua AF2015 Edry Abdul Halim yang tidak berpuas hati dengan kritikannya terhadap pelajar AF malam tadi.
Rozita atau Che Ta berkata, keputusan itu diambil serta-merta kerana dia tidak menyenangi sikap tidak profesional Edry yang melenting selepas dia mengkritik persembahan pelajar AF2015 iaitu Sufi.
"Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan.
"Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional," katanya.
Menurut Rozita, keputusan menarik diri itu dilakukan atas dasar profesionalisme.
"Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi.
"Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya.
"Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya," katanya.
Sementara itu, Edry berkata, dia bertindak demikian semata-mata untuk mempertahankan pelajarnya daripada kritikan tidak membina.
"Sebagai pengetua saya bersikap profesional dan terbuka untuk menerima kritikan juri tapi juri itu juga perlu beri kritikan yang membantu pelajar memperbaiki kekurangan mereka.
"Sudah tentu saya wajar mempertahankan pelajar saya dengan apa cara sekali pun jika orang mempertikai tanpa penjelasan terperinci aspek yang perlu diperbaiki," katanya. - HMetro
P/s: Aku sokong Edry...ermmm..ada lagi ker yang tengok AF sekarang ni?
| Gambar Stacy melafazkan syahadah kini tersebar luas di media sosial |
![]() |
| Peserta final MaharajaLawakMega 2014, Nabil, Bocey, Zero, Sepahtu, dan Shiro (Kredit gambar: FB MLM) |
![]() |
| Syamsul dan bapanya, Datuk Yusof Haslam |
Kes saman penulis novel Aku Bohsia, Elias Idris terhadap pengarah yang juga pelakon Syamsul Yusof dan bapanya, Datuk Yusof Haslam serta syarikat mereka gagal diselesaikan menerusi proses mediasi.
Prosiding melibatkan dakwaan plagiat novel karya Elias itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Hasnah Mohammed Hashim semalam dan kes itu akan diteruskan menerusi proses perbicaraan.
Peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili Syamsul memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 6 Februari depan untuk pengurusan kes. Di luar mahkamah, Yusof berkata, pihaknya telah berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan kes tersebut namun keengganan Elias menyelesaikan secara baik amat mengecewakan.
“Saya dan anak saya, Syamsul cuba menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dinasihatkan hakim sebelum ini, namun pihak plaintif menuntut ganti rugi,” katanya.
Elias, 63, memfailkan saman terhadap Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Md. Yusof, 31, bapanya Md. Yusof Md. Aslam (Yusof Haslam), 61, dan syarikat Skop Production Sdn Bhd pada 24 November tahun lepas kerana didakwa meniru novel Elias itu dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam yang diterbitkan pada 2009.
Menerusi pernyataan tuntutannya, Elias mendakwa bahawa beliau menulis novel tersebut pada 1995 menggunakan nama pena Anne Natasha Nita serta pemilik hak cipta terpelihara.
Beliau mendakwa terdapat banyak persamaan dari segi tema, plot, watak dan mesej dalam novel Aku Bohsia dengan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam. - Kosmo
Ni kira macam kes peminat fanatik jumpa artis kegilaan lah ni...gua masih ingat waktu masih budak-budak dulu..kumpulan Slam dan Zamani memang top giler dengan lagu Gerimis Mengundang...bila naik bas, driver mainkan keset Slam...bila pergi karaoke, mesti nyanyi lagu Slam...if you dibesarkan ketika era muzik tahun 90an, yang juga sinonim sebagai era emas muzik bukan saja di Malaysia malah di seluruh dunia, maka anda mesti kenal dan tahu sehebat mana kepopularan Zamani ni.
Budak-budak sekarang mana lah tau..yang dorang tau cuma Kpop dan Justin Bibir jer...
Berbalik pada kes polis rakam video zamani ketika tangan bergari tu pula..no wonder lah kan..peminat tegar rupanya..cuma tu lah, brag sangat lepas berjaya rakam video tu..lepas kawan sorang dah tengok, mesti lah si kawan pun nak juga..pas tu bluetooth sana sini...balik rumah, si isteri pula yang nak tengok..eh eh...Zamani lah..share pulak kat whatsapp...tak puas lagi, kali ini share kat Facebook..tak sampai sepuluh minit..seluruh Malaysia dah tengok...maka dari situlah timbul pelbagai spekulasi, kritikan, dan tohmahan. Last last, polis tu dikenakan tindakan tatatertib..terus kena tukar..nasib baik tak kena pecat..
Hanya kerana dia peminat fanatik Zamani..
Apa pun, kes ini boleh dijadikan iktibar buat kita semua..bila buat kerja tu, buatlah betul-betul..ni lah yang terjadi bila menyelam sambil minum air..
Layan artikel ini >> Zamani Akui Tak Dipaksa Nyanyi Cuma Layan Polis Peminat Tegar Slam http://fw.to/8gfdpBW
PETALING JAYA: Pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) menyifatkan pihak yang mengkritik persembahannya bersama kumpulan Jalor di pentas Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) pada Jumaat lalu adalah golongan yang tiada ilmu seni persembahan.
Ogy, 53, berkata, dia tidak terkilan dengan komen-komen buruk yang diberikan namun sedikit terkejut apabila ada pihak bersikap kurang ajar dalam menulis komen-komen negatif.
"Dari dulu lagi saya dikritik dan saya masih bertahan dalam industri seni tempatan sehinggalah sekarang. Bagi yang mengkritik itu, adakah mereka telah membuat sesuatu yang boleh dibanggakan terhadap diri sendiri dan keluarga?
"Bagi saya mereka yang bercakap ini tidak reti seni persembahan. Kalau mereka cukup ilmu, ajarlah saya. Tetapi apabila ditanya begitu, tiada pula yang membalas komen saya itu.
"Ada yang bersikap kurang ajar cara mereka kritik dengan menggunakan kata-kata yang tidak sopan langsung. Saya suruh mereka siapkan peguam apabila saya membalas komen mereka," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Jumaat lalu, Ogy mendapat kritikan hebat daripada golongan netizen (internet citizen) apabila persembahannya sebagai artis jemputan bersama kumpulan Jalor iaitu Rahim, Along dan Joey dianggap terlalu berlebih-lebihan.
Pelakon dan pengacara itu juga dikritik kononnya dia menjadi punca utama persembahan kumpulan itu gagal sehingga berada di tempat tiga tercorot.
Pada persembahan tersebut, Ogy dan Jalor telah membuat lakonan semula filem yang pernah popular tahun 1980-an, Azura, lakonannya bersama Jamal Abdillah.
Sementara itu, Ogy berkata, dia masih menerima kritikan daripada orang ramai memandangkan masyarakat negara ini masih kurang faham mengenai persembahan lawak yang mempunyai pelbagai jenis.
Namun dia sedikit terkilan dengan juri yang memberi komen iaitu Datuk Jalaluddin Hassan yang menyifatkan persembahan tersebut agak kelam kabut dan berterabur.
"Saya hanya ingin persoalkan kritikan juri (Jalaludin). Tidakkah dia tahu bahawa persembahan yang dilakukan adalah berbentuk parody?
"Takkan juri tidak tahu watak dan dialog-dialog yang dikeluarkan daripada filem Azura yang dinamakan sebagai surprise element?
"Yang berkata saya cuba overshadow itu memang orang yang tidak faham mengenai energy level sedangkan setiap pemain pentas wajib ada perkara itu," tegasnya.
Program MLM2014 disiarkan pada setiap Jumaat, pukul 10 malam, secara langsung di Astro Warna. - mstar
P/S: Gua pun tengok MLM hari tu..memang Ogy melebih2 dari Jalor..terlebih gali dah seni nya..Memang kena la dgn komen Datuk Jalal tu..nasib baik x der penyingkiran..klau ada, mungkin Jalor lah jd mangsa.
PENYAMPAI radio dan pengacara popular, Fara Fauzana, 34, mendedahkan tidak ada sebarang perjanjian yang di buat bersama pihak Geomatika University College di atas penganugerahan Ijazah Kehormat Sarjana (Master) Komunikasi Massa kepadanya.
Jelas Fara, tidak ada istilah memberi publisiti percuma kerana tiada sebarang kerjasama yang dilakukan dengan pihak kolej tersebut untuk tujuan promosi.
“Saya amat bersyukur dengan penganugerahan yang diberikan ini. Cuma orang di luar sana kena ingat, ini bukan pertama kali sesebuah universiti atau kolej memberi pengiktirafan sebegini, tapi mungkin saya penyampai radio, jadi kedengaran agak janggal.
"Apa pun tidak ada istilah mereka mempergunakan saya kerana pihak Geomatika sendiri tidak membuat sebarang hebahan di atas penganugerahan ini.
"Orang lain cuma tahu selepas pihak AM Krew membuat kejutan di radio minggu lalu," katanya yang ditemui media, baru-baru ini.
Tambah Fara lagi, dia sendiri sebenarnya sudah lama merancang untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana, namun belum berkesempatan untuk berbuat demikian.
"Sejak 2004 lagi, saya merancang untuk menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Namun kerana tuntutan kerja saya belum berkesempatan untuk menyambung pengajian. Namun, kita hanya merancang dan Allah SWT yang menentukan," akhirinya. -Sinarharian
SHAH ALAM: Peserta berasal dari Sabah, Firman, 25, diumumkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini pada malam Ahad.
Kemenangan itu membolehkan Firman atau nama sebenarnya Mhd Firman Bansir membawa pulang hadiah utama wang tunai RM50,000, Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo, percutian ke Osaka Jepun beserta trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengetua, Datuk Hattan.
Pada pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria itu, Firman menyanyikan lagu berjudul Kejoraku Bersatu nyanyian Amy Search dan sebuah lagu baharu, Di Pintumu ciptaan Datuk M.Nasir.
Tempat kedua diungguli peserta daripada Melaka iaitu Aman atau nama sebenarnya Mohd Razman Abdul Aziz, 21, dengan membawa pulang wang tunai RM30,000, Produa Myvi 1.3, percutian ke Osaka Jepun, dan sebuah trofi sumbangan Astro.
Sementara, tempat ketiga dimenangi oleh Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Ismail, 22 dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, percutian ke Osaka Jepun serta trofi.
Manakala tempat keempat dan kelima dimenangi oleh Nuha dan Adel masing-masing menerima RM15,000 dan RM10,000 berserta percutian ke Osaka Jepun dan trofi.
Sementara itu, Nuha turut dipilih memenangi anugerah khas wang tunai RM10,000 daripada D'Herbs sebagai pelajar paling banyak menunjukkan perubahan sepanjang 10 minggu AF 2014 bersiaran.
Senarai pemenang diumumkan oleh pengacara Zizan Razak, Faizal Ismail dan Jihan Musa.
Selain juri tetap, Ramli MS dan Raja Azura, turut diundang sebagai pengkritik ialah Amy Search.
Selain persembahan para peserta, malam kemuncak itu turut dimeriahkan dengan persembahan Bunkface, Amy Search, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura dan Mas Idayu. - mstar
PETALING JAYA: Presiden, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Yusof Haslam menyifatkan kenyataan aktres Wardina Safiyyah menyalahkan filem-filem gengster tempatan sebagai punca terjadinya kes buli melibatkan pelajar sekolah di negara ini merupakan pendapat yang tidak matang.
Yusof berkata, sepatutnya sebagai seorang yang berpelajaran seperti Wardina, dia perlu berfikiran luas dan tidak menuding jari pada satu pihak tanpa mengkaji dahulu punca-punca gejala sosial itu berlaku.
"Saya tidak setuju dengan kenyataannya itu kerana ia lebih berunsur emosi tanpa berfikir secara matang. Dia melihat pada skop di satu pihak sahaja.
"Kita juga sedia maklum, masalah gejala sosial ini sudah lama berlaku dan secara logiknya, adakah patut filem tempatan kita dipersalahkan?
"Bukankah banyak lagi akses lain yang lebih mudah terutamanya menerusi Internet untuk golongan remaja zaman kini untuk menonton video-video yang tidak sepatutnya?," soalnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Wardina menerusi laman Facebook miliknya pada Khamis meminta agar penerbit filem-filem berunsur gengster supaya bertanggungjawab terhadap kes buli melibatkan pelajar sekolah yang semakin berleluasa di negara ini.
Wardina berkata, kebanyakan filem gengster yang ditayangkan memberi inspirasi kepada penonton untuk melakukan tindakan ganas sama seperti pelakon-pelakon popular di layar lebar.
Sementara itu. Yusof berkata, kenyataan Wardina itu dapat menjejaskan lagi industri perfileman negara yang sememangnya sedang 'nazak'.
"Kenyataan dia ternyata telah mengguris kebanyakan penggiat filem negara ini. Kalau orang negara luar tahu tentang isu yang timbul ini, mereka akan gelak, buat malu orang Malaysia saja.
"Ini kerana secara logiknya, filem-filem ganas tidak ada nilai untuk ditiru aksinya berbanding video-video di internet, di mana kanak-kanak pun boleh buka dan menontonnya jika tiada kawalan daripada ibu bapa," tegasnya.
Pada awal minggu lalu, tersebar sebuah klip video kes buli yang telah menjadi viral di Facebook.
Klip video selama lima minit itu dirakam di asrama dan dipercayai berlaku di sekolah berasrama penuh, menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki sedang dipukul oleh rakan sekolah mereka.
Selepas itu muncul pula video seorang remaja dipukul rakan-rakannya sehingga cedera. - mstar
SHAH ALAM: Pelajar Adel yang disingkir pada dua minggu lalu kembali bersaing ke dalam Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) apabila dipilih menerusi AF Serap pada konsert separuh akhir malam Ahad.
Konsert tersebut diadakan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Pemilihan AF Serap yang dipilih menerusi fakulti AF 2014 itu pernah diperkenalkan dalam rancangan AF sebelum ini iaitu membawa masuk semula pelajar yang pernah tersingkir.
Adel mengiringi empat peserta lain iaitu Firman, Aman, Ewal dan Nuha untuk berentap pada peringkat akhir di minggu hadapan.
Bagaimanapun peserta Azwan gagal ke peringkat akhir AF 2014 selepas diumumkan tersingkir oleh pengacaranya, Zizan Razak dan Faizal Ismail.
"Saya terima dengan kekalahan ini tetapi ini bukan perjalanan akhir di bidang ini.
"Sebaliknya saya akan terus berusaha untuk menjadi seorang penyanyi profesional di arus perdana," kata Azwan.
Pada malam konsert tersebut pelajar-pelajar ditugaskan untuk membuat dua persembahan iaitu secara solo dan duet.
Untuk tugasan solo, Aman, 21 mempersembahkan lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, Azwan, 30 (Cinta Sesungguhnya nyanyian Sabhi Sadhi), Ewal, 22 (Rude nyanyian Magic), Nuha, 21, (Ku Pendam Sebuah Duka nyanyian Datuk Khadijah Ibrahim) dan Firman, 25 (Nur Nilam Sari nyanyian Awie dan Search).
Tugasan lagu duet pula, Aman membawakan lagu Kalau Cinta menampilkan Marsha, Azwan (Tanda Kasih, menampilkan Noraniza Idris), Ewal (Muara Hati, menampilkan Adira), Nuha (Cintamu Mekar Di Hati menampilkan Mus May) dan Firman (Seribu Tahun Takkan Mungkin, menampilkan Joey Bumiputra Rockers).
Juri tetap program itu ialah Datuk Ramli MS dan Raja Azura manakala penyanyi Fauziah Latif pula sebagai juri undangan pada minggu tersebut.
AF 2014 ditayangkan secara langsung setiap Ahad pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104). - mstar
Hari yang dinantikan sudah tiba. Pelakon wanita berusia 41 tahun ini akhirnya telah selamat melahirkan bayi perempuannya hari ini. Malah, kedua-dua mereka dilaporkan sihat.
Menurut laporan Hlive! lagi, Rozita Che Wan dikatakan selamat melahirkan anak hasil perkahwinannya dengan Zain Saidin itu pada pukul 2.18 petang tadi di Pusat Perubatan Ampang Puteri.
Menerusi foto yang dimuat naik oleh Ayu Raudhah, nampaknya tekaan kami mengenai kecomelan baby girl Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini memang tepat!
Namun, nama untuk si putih melepak ini masih belum didedahkan lagi. Khabarnya ia hanya akan diumumkan seminggu selepas hari kelahirannya. Tahniah diucapkan buat Che Ta dan Zain Saidin! - ohbulan
PELAKON kacak, Sharnaaz Ahmad, meminta agar peminat melupakan 'Jebat' seketika untuk memberi peluang kepada Farish menerusi drama terbaharunya, Suamiku Encik Sotong yang mula bersiaran sejak semalam.
Mengakui bukan mudah membawa watak lelaki lembut, Sharnaaz menganggap ia adalah pengorbanan dalam karier lakonan demi tuntutan watak.
"Ini adalah kali pertama saya mencabar diri untuk membawa watak seumpama ini. Malah saya mengambil masa sehingga dua bulan untuk menerima tawaran ini memandangkan watak ini jauh berbeza dengan diri saya. Namun, jalan cerita sangat menarik!
"Menerusi drama ini, saya turut mengorbankan imej dengan membiarkan perut sedikit buncit walaupun mempunyai pusat gimnasium sendiri. Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kepada penonton sekiranya lakonan kali ini tidak menjadi.
"Sehingga kini, saya tidak berani menonton 'playback' takut timbul rasa tidak puas hati. Sejujurnya saya sudah mencuba sebaik mungkin. Kalau dulu orang panggil saya Jebat, sekarang saya bersedia dipanggil 'sotong'," katanya sambil ketawa.
Jelas Sharnaaz, drama ini bukanlah bertujuan mengeksploitasi golongan lelaki lembut, namun lebih kepada situasi di mana golongan ini sering dipergunakan orang lain.
"Dalam drama ini, saya sering menjadi mangsa Erica lakonan Amyra Rosli yang juga isteri saya sendiri. Namun, saya berkawan baik dengan Dhia (Hanis Zalikha) namun saya merahsiakan status saya daripadanya.
"Untuk mendalami watak ini, saya banyak melihat golongan ini bercakap termasuk kawan-kawan mekap artis dan memerhatikan cara berbual serta sikap mereka. Walaupun ia drama komedi, namun saya tetap memastikan hasil kerja saya terbaik dan buat betul-betul," katanya yang turut tampil bersama Nelydia menerusi drama, Setitis Kasih Darmia di TV9.
Drama arahan Eoon Shuhaini ini disiarkan setiap Isnin, 10 malam, di saluran Astro Ria dan Maya HD.
Selain kerjaya, Sharnaaz turut diheret dalam kancah kontroversi apabila dia menempelak wartawan akhbar (bukan Sinar Harian) berhubung artikel yang dikaitkan dengan kemalangan ngeri motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Karak hingga menyebabkan dua penunggang maut.
Tegas Sharnaaz, dia menyifatkan penulis itu tidak menghormati keluarga si mati dan tidak berfikir panjang sebelum menulis.
"Arwah Zali (Hazalli Khalid, 32,) adalah sahabat saya dan saya juga dari golongan 'rider'. Jangan sesekali menulis tanpa asas yang kukuh sekiranya anda bukan dari golongan ini kerana anda tidak akan faham.
"Cuba anda berada di tempat itu, bagaimana rasanya? Jangan sesekali cuba guna bahasa 'double standard' yang boleh membawa kepada pemahaman negatif!," katanya lagi. - Sinar Harian
Siapa tengok Akademi Fantasia malam tadi? Dengan penyingkiran Nina dan Zarif itu, kini hanya tinggal lima lagi pelajar #AF2014 yang akan meneruskan misi merebut gelaran juara.
Tapi, dengar cerita, ada yang lagi ‘panas’ daripada penyingkiran malam tadi. Fuh! Nampaknya peminat-peminat tegar pelajar dari Sabah, Firman betul-betul bengang dengan Wak Doyok.
Ceritanya begini, ketika persembahan trio Ewal, Zarif dan Azwan, Wak Doyok telah membuat penampilan istimewa dan memberikan hadiah khas daripada The Garment Movement.
Tetapi, hadiah tersebut hanya diberikan kepada empat pelajar lelaki kecuali Firman. Kami pun tertanya-tanya mengapa Firman tak dapat hadiah yang sama. Motif? Kalau nak beri hadiah pun berilah kepada semua kan?
Dek kerana insiden inilah ramai peminat mengecam tindakan Wak Doyok. Iyalah, rasanya semua dah tahu bahawa Firman bukan datang dari keluarga yang berada.
Jadi apabila berlaku perkara sebegini, penonton menganggap seperti ada ketidakadilan berlaku kepada Firman. Hmmm.
Namun, sebenarnya, ia hanyalah gimik semata-mata. Menurut Wak Doyok, dia akan kembali dan memberikan kejutan buat Firman dalam diari AF akan datang.
"Kita sebenarnya nak buat gimik. Saya ada buat spot check di rumah mereka. Di antara semua, ada sesuatu yang menyentuh hati iaitu Firman. Kita buat special untuk Firman, bukan di sini, tapi dalam akademi nanti.
Sebelum ini saya dah agak ia akan mengundang kemarahan orang. Tapi produser nak macam ni. Peminat Firman jangan ambil hati. Jujurnya, saya ada sediakan sesuatu untuk Firman. Nak tahu apa, kenalah tunggu."
Oooo, gimik rupanya. Bak kata Wak Doyok, #Orangbuatgimmickakuyangkena haha! Sabarlah Wak Doyok. - OhBulan
Adel merupakan pelajar yang konsisten setiap minggu. Malah, dari mula AF, dia seorang pelajar yang bagus. Saya rasa ini sangat kejam. Saya harap satu hari nanti, pengundi dapat berfikir dan lihat kembali persembahan pelajar yang lepas-lepas, konsisten atau tidak. Jika dia bagus, maknanya dia baguslah.
Saya terbayang Adel adalah salah seorang finalis, tak pernah terlintas di fikiran bahawa Adel akan keluar. Tapi, apa yang boleh saya bantu, nama-nama ini akan saya bawa di setiap konsert saya.
Mungkin saya akan berduet dengan Adel dan berikan dia peluang dalam industri kerana saya rasa perjalanan dia tak sepatutnya berakhir disini. Dia natural born singer, berilah lagu apa, dia tiada masalah.
![]() |
| Adel diumumkan sebagai pelajar AF2014 yang tersingkir pada minggu ke-7 |
![]() |
| Kumpulan EXO |