Peserta Maharaja Lawak Mega mengalami masalah kesihatan | Enot sakit tulang belakang dan retak lutut | Boros Di Aralom

Ahad, 4 Disember 2011

Peserta Maharaja Lawak Mega mengalami masalah kesihatan | Enot sakit tulang belakang dan retak lutut

Ayo..kesian pulak bila dengar pasal masalah kesihatan yang melanda peserta MLM ini. Sebelum ini, Bob Kuman juga mengalami masalah kesihatan tatkala program Maharaja Lawak Mega sedang rancak berlaku.
Enot merupakan anggota kumpulan 3G yang turut dianggotai oleh Didie Alias dan Yassin dalam Maharaja Lawak Mega. (Sumber gambar: www.infosemasa.com)
Sehari selepas program Maharaja Lawak Mega pada Sabtu lalu, Enot telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana mengalami masalah sakit tulang belakang dan lutut retak.

Enot mengatakan, "Saya dimasukkan ke hospital pada hari Sabtu lalu (26 November 2011) iaitu sehari selepas program Maharaja Lawak Mega (MLM). Pada malam MLM tu, saya sepatutnya dukung Didie selepas Didie melompat atas badan saya, entah macam mana saya tergelincir dan terjatuh. Itu yang membuatkan lutut saya retak.

Sebelum ini pun, lutut saya memang dah sakit tetapi bertambah teruk bila jatuh tersungkur. Lama-kelamaan, saya berasakan tulang belakang pula sakit. Jadi pagi Sabtu tu, saya terus ke HUKM lalu ditahan di wad sebab doktor cakap kalau dibiarkan lama-lama, sakit tulang belakang tu boleh menyebabkan lumpuh,”

Apabila ditanya mengenai penglibatannya dalam program MLM yang berlangsung pada setiap Jumaat pula, Enot memberitahu bahawa dia tetap akan menjayakan persembahan dengan meminta pelepasan daripada doktor. Ini kerana, Enot tidak mahu menghampakan para pengundi dan ahli kumpulannya.
(Sumber: www.zonartis.com)

Tiada ulasan: