Blogging memang satu hobi yang menyeronokkan. Bukan saja boleh membantu kita membina rangkaian pengaruh malah banyak blogger boleh mendapat pendapatan berpuluh ribu sebulan dengan hanya menulis di blog. Namun ada juga blogger yang menjadi kontroversi kerana menyiarkan atau menulis artikel-artikel yang melampaui batas sensitiviti masyarakat serta menyiarkan artikel tanpa disokong bukti.
Berikut antara 5 blogger yang paling kontroversi di Malaysia.
1. Alvivi
Alvivi adalah milik sepasang kekasih bernama Alvin dan Vivian. Mereka sangat terkenal sebagai blogger seks. Selain menyiarkan artikel lucah di blog, mereka juga memuat naik 'aksi' dan pengalaman mereka di laman perkongsian video, Youtube. Sebelum ini, Alvivi pernah ditangkap kerana menyiarkan gambar yang dianggap menghina bulan puasa melalui gambar 'bakuteh babi' mereka. Walaupun, blog mereka sudah diban oleh SKMM kerana mendapat banyak aduan bertalu-talu, tapi chanel Youtube mereka masih lagi aktif.
http://www.youtube.com/user/SexcussionsAlvivi
2. Papagomo
Sewaktu pilihanraya sedang hangat dulu, blog Papagomo adalah antara blog politik pro-BN yang sering menjadi perhatian. Blog Papagomo sering mengeluarkan artikel dan video yang kebanyakkan memburukkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Salah satu video paling hangat di Papagomo ialah video anwar meliwat mahasiswa. Selain Anwar, Papagomo juga menyiarkan artikel 'fitnah' terhadap Husam Musa dengan china doll. Tapi nampaknya, selepas pilihan raya berlalu, blog ini sudah kurang buat kontroversi. Mungkin juga sebab dah terlalu banyak terima saman. (link)
http://www.papagomo.com/
3. Milo Suam
Blog ini juga lebih banyak berbicara mengenai politik terutamanya sekitar pilihanraya lalu. Tapi berbeza dengan Papagomo, Milo Suam adalah pro-pakatan. Pernah ditahan polis sebelum ini kerana menyiarkan artikel yang mendedahkan kemungkinan penipuan SPR dalam pilihanraya. (link)
http://milosuam.blogspot.com/
4. Aidid Mu'addib
Masih ingatkah korang dengan Gelang AC Mizal dulu? Blogger Aidid Mu'addib memang banyak menulis mengenai penipuan MLM, DS, skim piramid, dan sebagainya. Sebab itu waktu Aidid Mu'addib menyiarkan artikel mengenai harga sebenar gelang AC Mizal tu dan skim ala-ala piramid yang dijalankan, AC terus buat sidang media menyelar tindakan Aidid. Kini blog ini sudah tidak berapa aktif tapi masih boleh diakses. http://www.aididmuaddib.blogspot.com/
5. Uncle Seeker
Uncle seeker atau nama penuhnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, sering sangat mengeluarkan artikel yang mengaitkan orang-orang ternama selain popular dengan ilmu paranormal. Sebelum ini, uncle seeker pernah mendedahkan dia ada hubungan dengan bekas Permaisuri Agong, Siti Aisyah. Selain itu uncle seeker juga pernah menulis artikel yang menghina Sultan Johor. Disebabkan entri-entri blognya itu, dia pernah ditahan polis. Kini blog Uncle Seeker tidak lagi dapat diakses.
Uncle seeker dan puteri Aisyah (link) |
Memang blogger kontroversi. Bila baca blog mereka, korang kena tahan dan tabahkan hati baca ayat-ayat pedas dan tajam dari mereka...fuh! Lagi satu blog yang agak kontroversi tapi tak berapa nak dikontrovesikan ialah blog Lim Kit Siang.
Anda suka entri ini? sokong lah kami di Facebook juga...
Anda suka entri ini? sokong lah kami di Facebook juga...