Boros Di Aralom: Nelson Mandela
Memaparkan catatan dengan label Nelson Mandela. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nelson Mandela. Papar semua catatan

Khamis, 19 Disember 2013

7 kata-kata penuh inspirasi paling diingati dari Nelson Mandela

Pemimpin tersohor dari Afrika iaitu Nelson Mandela merupakan inspirasi kepada seluruh dunia terutama mengenai kebebasan dan mencapai cita-cita. Perjuangannya menentang dasar Apartheid dan menangani krisis rasism, kemiskinan dan ketidaksamarataan benar-benar telah mengubah dunia.


Berikut antara 7 kata-kata penuh inspirasi paling diingati dari Nelson Mandela.

1. ON EDUCATION
Education is the most powerful weapon which you can use to change the world.

2. ON TIME
We must use time wisely and forever realize that the time is always ripe to do right.

3. ON MOTIVATION
It always seems impossible until it's done.

4. ON FREEDOM
Let freedom reign. The sun never set on so glorious a human achievement.

5. ON VIRTUES
A good head and a good heart are always a formidable combination.

6. ON COMMUNICATION
If you talk to a man in a language he understands, that goes to his head. If you talk to him in his language, that goes to his heart.

7. ON MONEY
Money won't create success, the freedom to make it will.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat. RIP Nelson Mandela.



Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Jumaat, 6 Disember 2013

5 Fakta mengenai Nelson Mandela (Rest In Peace)

Seorang lagi tokoh pemimpin dunia telah menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember 2013. Riwayat bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela berakhir ketika beliau berumur 95 tahun. 

Berikut adalah 5 fakta penting yang perlu kita tahu mengenai Nelson Mandela dan kesannya terhadap dunia masa kini.

1. Nelson Mandela pernah dipenjarakan selama 27 tahunkerana perjuangannya menentang dasar Apartheid (pembezaan warna kulit) di Afrika Selatan.

2. Lelaki ini lahir dan membesar di sebuah kampung kecil dan merupakan anak pertama dalam keluarga dan juga anak pertama yang masuk ke sekolah. Nama sebenarnya ialah Nelson Rolihlahla Mandela dan lahir pada 18 Julai 1918 di Mvezo, Afrika Selatan.

3. Pada tahun 1952, Mandela dan Oliver Tambo telah membuka firma guaman yang pertama dijalankan oleh penduduk berkulit hitam di Afrika Selatan. Mereka menawarkan perkhidmatan guaman kepada penduduk berkulit hitam yang melanggar undang-undang Apartheid.

4. Walaupun mulanya Mandela hanya membuat protes tanpa keganasan, namun akhirnya dia mengubah fikiran dengan memulakan kempen sabotaj terhadap kerajaan yang dikuasai golongan minoriti berkulit putih. Pada tahun 1961, dia bekerjasama dengan sayap militan Spear of the Nation. Penglibatannya ini membawa kepada pengakapannya dan dihukum penjara 27 tahun.

5. Selepas keluar dari penjara, Mandela semakin berkobar-kobar untuk berjuang menentang dasar Apartheid. Dia meminta para penyokongnya untuk meningkatkan tekanan terhadap kerajaan. Pada tahun 1994, Nelson Mandela diangkat menjadi Presiden Afrika Selatan sehingga tahun 1999.



Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!