Boros Di Aralom: Edisi Fakta
Memaparkan catatan dengan label Edisi Fakta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Fakta. Papar semua catatan

Khamis, 25 September 2014

Lagi Berita Palsu WhatsApp: Kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam 2015 adalah TIDAK BENAR

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan sekeras-kerasnya penyebaran maklumat di laman sosial berhubung kenaikan gaji dan elaun yang bakal dinikmati oleh  kakitangan awam adalah tidak benar.

Menerusi kenyataan tersebut, JPA memohon agar semua pihak yang menerima maklumat itu supaya tidak menyebarkannya.

Semalam, tersebar  secara meluas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kononnya kakitangan awam akan menikmati beberapa pelarasan gaji dan elaun yang berkuat kuasa pada Januari 2015.

Antara kandungan yang tersebar di aplikasi WhatsApp dan media sosial itu adalah kenaikan yang melibatkan kakitangan sokongan sebanyak RM500; pegawai sebanyak RM1000 serta pertambahan elaun risiko sebanyak RM300.
Kandungan lain dalam maklumat tersebut termasuklah kenaikan berkaitan dengan hal-hal kebajikan kakitangan awam yang akan dinaik taraf serta didakwa mengikut pandangan dan diluluskan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan JPA. - mD

Rabu, 9 April 2014

9 Perkara yang mengejutkan tentang Brazil

Seperti yang kita sedia maklum, Brazil merupakan negara penganjur kepada Piala Dunia 2014 yang bakal berlangsung pada Jun ini. Itu adalah fakta yang hampir semua orang tahu. 

Tapi ada beberapa fakta lagi mengenai Brazil yang hanya sedikit orang saja yang tahu. Berikut adalah 9 perkara tentang Brazil yang mungkin baru hari ini korang tau. Fakta ke tiga ini juga mungkin akan buatkan anda fikir dua kali sama ada nak datang tengok WC di Brazil atau tidak.

1. Brazil adalah negara ke lima paling besar di dunia 

2. Brazil mempunyai bilangan lapangan terbang kedua paling banyak selepas USA.

3. 8 daripada 12 bandar penganjur Piala Dunia 2014 pada Jun ini merupakan antara 50 bandar paling tinggi kadar jenayah.

4. Banduan Brazil boleh mengurangkan hukuman penjara mereka kepada 4 hari untuk setiap buku yang mereka baca dan menulis laporan mengenainya.

5. Hampir 20% daripada populasi lelaki di Rio De Janeiro merupakan gay atau biseksual.

6. 92% dari semua kereta baru yang dijual di Brazil menggunakan ethanol sebagai minyak yang dihasilkan dari tebu.

7. 35% lelaki yang berasal dari luar bandar di Brazil didapati pernah mengadakan hubungan seks dengan haiwan. Menurut kajian.

8. Para atlet Brazil telah mengumpul dana untuk menampung keperluan mereka dengan menjual kopi di sepanjang perjalanan mereka ke sukan Olimpik 1932.

9. Brazil mempunyai populasi terbesar penganut Roman Katolik iaitu sebanyak 123 juta bersamaan 63% dari populasinya.

Sumber: FactSlides

Sabtu, 1 Februari 2014

Nak tahu sama ada seseorang itu pandai menipu atau tidak? Gunakan tips ini


Ada orang memang pakar menipu dan ada orang yang memang tak pandai menipu. Memang dah norma manusia, setiap kita ni pernah menipu. Mengaku sajalah yang korang pun pernah menipu..sebenarnya ada cara mudah untuk mengetahui sama ada seseorang itu pandai menipu atau tidak. Tengok saja video ringkas di bawah ini.


Mamat botak kat dalam video tu suruh korang angkat jari telunjuk pada tangan dominan. Then letak kat dahi korang...then tulis huruf Q..then lihat arah mana ekor huruf Q itu ditulis..kiri atau kanan.

Kalau menghala ke kiri..maknanya korang ni pandai menipu. Kalau ke kanan, maknanya korang ni cepat sangat kedapatan menipu..Jadi kalau anda nak tahu kawan anda tu selalu menipu atau tidak...suruh saja dia tulis huruf Q di dahinya.

Menipu memang tidak baik..tapi kekadang kita kena menipu juga bila sesuatu keadaan itu memaksa kita untuk membuat helah..jadi kesimpulannya, kalau nak menipu..agak-agaklah sikit..orang lain mungkin tak tahu kita menipu..tapi Tuhan tahu.. :)

Jumaat, 6 Disember 2013

5 Fakta mengenai Nelson Mandela (Rest In Peace)

Seorang lagi tokoh pemimpin dunia telah menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember 2013. Riwayat bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela berakhir ketika beliau berumur 95 tahun. 

Berikut adalah 5 fakta penting yang perlu kita tahu mengenai Nelson Mandela dan kesannya terhadap dunia masa kini.

1. Nelson Mandela pernah dipenjarakan selama 27 tahunkerana perjuangannya menentang dasar Apartheid (pembezaan warna kulit) di Afrika Selatan.

2. Lelaki ini lahir dan membesar di sebuah kampung kecil dan merupakan anak pertama dalam keluarga dan juga anak pertama yang masuk ke sekolah. Nama sebenarnya ialah Nelson Rolihlahla Mandela dan lahir pada 18 Julai 1918 di Mvezo, Afrika Selatan.

3. Pada tahun 1952, Mandela dan Oliver Tambo telah membuka firma guaman yang pertama dijalankan oleh penduduk berkulit hitam di Afrika Selatan. Mereka menawarkan perkhidmatan guaman kepada penduduk berkulit hitam yang melanggar undang-undang Apartheid.

4. Walaupun mulanya Mandela hanya membuat protes tanpa keganasan, namun akhirnya dia mengubah fikiran dengan memulakan kempen sabotaj terhadap kerajaan yang dikuasai golongan minoriti berkulit putih. Pada tahun 1961, dia bekerjasama dengan sayap militan Spear of the Nation. Penglibatannya ini membawa kepada pengakapannya dan dihukum penjara 27 tahun.

5. Selepas keluar dari penjara, Mandela semakin berkobar-kobar untuk berjuang menentang dasar Apartheid. Dia meminta para penyokongnya untuk meningkatkan tekanan terhadap kerajaan. Pada tahun 1994, Nelson Mandela diangkat menjadi Presiden Afrika Selatan sehingga tahun 1999.



Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Selasa, 3 Disember 2013

6 Fakta sejarah tentang KFC yang kita jarang ketahui

Tidak dinafikan bahawa bisnes makanan segera KFC adalah antara restoran franchais paling terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. KFC memang terkenal, tapi tahukah anda apa cerita di sebalik kejayaan KFC? Selama ini kita main baham jer ayam goreng KFC tu tanpa mengetahui asal usulnya. Yang kita tahu ialah pengasasnya ialah seorang lelaki berambut putih, bermisai putih, berjanggut putih ala-ala kambing, berkacamata, dan memakai bowtie hitam serta berpakaian sut putih.


Dalam entri ini, saya nak berkongsi beberapa fakta sejarah KFC yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia.

1. Pengasas KFC bernama Colonel Harland D. Sanders lahir pada 9 September 1890.

2. Pada tahun 1986, ketika berumur 6 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan Colonel mengambil alih tugas memasak untuk keluarganya manakala ibunya keluar bekerja.

3. Pada sekitar tahun 1930an, Colonel telah melakukan banyak jenis pekerjaan sebelum dia mula memasak untuk para pengembara yang kelaparan di pusat servisnya di Corbin, Kentucky, ketika berusia 40 tahun. Ayam gorengnya sangat bagus. Dia kemudiannya membuka satu restoran di sepanjang jalan Corbin.

4. Ketika berusia 50 tahun, Colonel menyempurnakan ayam Resipi Originalnya dengan menggunakan kombinasi 11 herba dan rempah ratus dan kemudian memasaknya dengan teknik pressure-cooked. Dia kemudiannya menerima pengiktirafan "Kentuck Colonel".

5. Pada sekitar tahun 1950an, Colonel Sanders mengembara ke seluruh Amerika dan Canada dengan menggunakan kereta. Dia bergerak dari restoran ke restoran untuk franchaising bisnes ayam gorengnya.

6. Di Malaysia, restoran KFC pertama dibuka di Jalan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1973. Kini terdapat lebih 500 cawangan KFC di selurh negara dan berpuluh ribu lagi di seluruh dunia.

Oh ya, sekarang ni KFC sedang buat promosi terhad KFC Value Treats di mana anda boleh mendapatkan hidangan lenkap pada harga serendah RM4. Boleh kunjungi laman web KFC untuk info lebih lanjut.
KFC Value Treats



Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Isnin, 25 November 2013

5 Fakta tentang tandas yang kita jarang ketahui

Kita menggunakan tandas setiap hari untuk buang air besar dan air kecil. Kalau anda tak masuk tandas dalam sehari, elok lah jumpa doktor. Mana tau ada yang tak kena dengan sistem tubuh. 

Dalam kita guna tandas tiap hari, terdapat beberapa fakta menarik tentang tandas yang kita jarang ketahui. Berikut antaranya.


1. Secara puratanya, seorang manusia menghabiskan sekitar 3 bulan dari kehidupannya untuk duduk di atas bangku tandas. Maksudnya, kita menghabiskan 3 bulan dari seumur hidup kita untuk berak atau kencing kat tandas. (link)


2. Keyboard komputer kita membawa sebanyak 200 kali ganda jumlah bakteria daripada jumlah bakteria yang terdapat di bangku tandas. (link)

3. Sekitar 1 bilion manusia di bumi ini masih membuang air besar atau air kecil di tempat terbuka kerana ketiadaan tandas. (link)

4. Terdapat satu restoran di Taiwan yang bertemakan tandas. Bangkunya seperti bangku tandas, piringnya seperti mangkuk tandas, sudunya seperti pencuci tandas, malah makanannya pun diolah macam tahi manusia. (link)

5. Secara puratanya, tandas flush menggunakan 6 liter bersamaan 1.6 gelen air bersih untuk satu cucian flush. (link)

Jadi, gunalah tandas dengan berhemah. Kebersihan tandas adalah tanggungjawab bersama. Jangan suka berak di tempat terbuka. Bukan saja berbau malah membawa bakteria.  :)


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Ahad, 3 November 2013

5 Fakta menarik mengenai bakteria yang kita tak tahu

Serius saya tak tahu sebelum ini..tapi sekarang dah tahu sikit-sikit tentang bakteria..hehe...berikut antara 5 fakta menarik tentang bakteria yang kita tak sedar.

1. Kalau ditimbang, kesemua bakteria yang ada dalam tubuh kita mempunyai berat 4paun atau sekitar 2kg. (link)

2. Meja di ofis memiliki jumlah bakteria empat kali ganda lebih banyak dari jumlah bakteria yang ada kat jamban @ tandas. (link)

3. Telefon bimbit mempunyai 8 kali ganda lebih banyak bakteria berbanding pemegang tandas. (link)

4. Peluh sebenarnya tidak mempunyai bau. Apa yang menyebabkannya berbau asam ialah kerana bakteria yang bergaul sesama sendiri sehingga mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. (link)

5. Coklat memiliki kesan anti-bakteria di mulut dan membantu melindungi gigi daripada berlubang. (link)



Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Selasa, 29 Oktober 2013

5 Fakta menarik tentang Ais Krim yang kita tak tahu

Ais krim! Siapa yang tak suka ais krim terutama kanak-kanak? Memang menjadi salah satu makanan pencuci mulut paling digemari semua orang tak kira tempat. Tapi dalam syok syok kita makan ais krim, banyak benda mengenai aiskrim yang kita tidak tahu sebenarnya. Jadi hari ini saya nak kongsi 5 fakta menarik tentang aiskrim yang kita tak tahu.

1. Kewujudan aiskrim bermula sekitar tahun 618 - 907 dan bermula di zaman dinasti Shang. Aiskrim menjadi hidangan khas untuk raja yang memerintah ketika itu iaitu raja T'ang. Baginda mempunyai 94 pekerja khas untuk membuat aiskrim di istananya. (link)

2. Vanilla adalah perisa aiskrim paling digemari. Sekitar 30% jualan aiskrim adalah berperisa vanilla manakala perisa coklat di tempat yang kedua.

3. Kon aiskrim yang paling besar berukuran 2.81m tinggi bersamaan 9kaki 2.63inci. Kon aiskrim ini diperbuat dari wafer dan dipenuhi dengan 700kg coklat putih serta dihias dengan 2000 biskut wafer bulat. Rekod ini termasuk dalam buku rekod Guiness (link)

4. Bulan Jun adalah bulan di mana aiskrim paling banyak dihasilkan. Terutamanya di negara yang memiliki 4 musim.

5. Di Amerika, rakyatnya secara keseluruhan memakan sebanyak 1.53 bilion gallon aiskrim dan produk beku pada tahun 2011. (link)


Tambahan: Di Malaysia, rakyatnya kini sedang 'dihujani' dengan aiskrim coklat Magnum Mini yang dikatakan memberi seribu satu nikmat kegembiraan. Walaupun subsidi gula sudah dimansuhkan namun Syarikat Magnum tidak akan manaikkan harga aiskrim tersebut. Mereka hanya mengecilkan saiznya sahaja  :) Layari Magnum sekarang...

Magnum Mini Pleasure Seeker

P/s: Hehehe...yummy!


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Isnin, 2 September 2013

(EDISI FAKTA) Korang akan terkejut badak tengok gambar Taylor Swift masa kanak-kanak..

Nah...sekarang saya percaya akan kata-kata Taylor Switf...dia pernah cakap "When I was a kid..i was an ugly duckling"...lebih kurang macam tu lah...tengok lah Taylor bila dia dah besar panjang...jadi kegilaan ramai...hohoho
Taylor Swift
P/s: Jadi kepada adik-adik yang merasa diri tu 'hodoh'...jangan keciwa..bila dah akil baligh nanti...korang akan berubah..i mean, physically..

(EDISI FAKTA) Betulkah ni..lelaki umpama Bluetooth dan wanita umpama Wifi ??

Okay...tepuk dada tanya selera...betulkah lelaki diibaratkan sebagai Bluetooth dan wanita umpama Wifi?? sebab musababnya adalah seperti gambar kat bawah ni...hohoho


Kredit to @Lmao

Selasa, 27 Ogos 2013

(EDISI FAKTA) Tahukah anda saiz sebenar anak kangaroo yang baru dilahirkan?

Ini dia saiz sebenar anak kangaroo yang baru dilahirkan..ianya hanya sebesar sebiji kacang...lebih kecil dari jari anda..
anak kangaroo

saiz anak kangaroo

http://en.wikipedia.org/wiki/Kangaroo#Adaptations

Isnin, 26 Ogos 2013

(EDISI FAKTA) Tahukah anda bahawa cendawan ini mempunyai rasa seperti ayam goreng?

Cendawan ini atau nama saintifiknya, Laetiporus sulphureus, terkenal sebagai cendawan berperisa ayam kerana rasanya yang seperti rasa ayam apabila dimakan.
 Laetiporus sulphureus
Cendawan ini boleh dihidangkan dengan pelbagai cara sebagaimana seseorang itu menyediakan masakan ayam. Laetiporus sulphureus ini juga boleh dijadikan sebagai pengganti ayam kepada mereka yang vegatarian.

Di Jerman dan Amerika Utara, makanan ini dianggap sebagai hidangan lazat yang istimewa.


http://en.wikipedia.org/wiki/Laetiporus

Ahad, 25 Ogos 2013

(EDISI FAKTA) 10 Fakta tentang merokok yang perlu kita tahu

Ini dia 10 fakta tentang merokok yang perlu kita tahu...tak kira sama ada anda ni perokok tegar atau bukan perokok..

1. Merokok merupakan penyebab kepada 1 dari 5 kematian.
2. Setiap batang rokok yang anda habiskan akan mengurangkan jangka hayat hidup (expected lifespan) anda sebanyak 11 minit.
3. Sebatang rokok mengandungi lebih 4, 800 bahan kimia, 69 daripadanya dikenali sebagai penyebab kanser.
4. Dianggarkan sebanyak 69% perokok mahu berhenti merokok sepenuhnya.
5. Setiap hari hampir 4000 perokok baru yang terdiri daripada remaja di Amerika. 
6. Lebih 1000 perokok akan mula menghisap rokok setiap hari.
7. Lebih 15 billion rokok dihabiskan setiap hari di seluruh dunia.
8. Kempen anti-merokok pertama kalinya dimulakan oleh Hitler.
9. Di kebanyakkan negara, golongan minor dibenarkan untuk merokok tetapi mereka diharamkan daripada membelinya.
10. Hampir 50,000 kes kematian dilaporkan di Amerika setiap tahun bukan disebabkan oleh merokok tetapi disebabkan oleh terdedah kepada asap rokok dari si perokok.


http://www.factslides.com/