Boros Di Aralom: Oddee
Memaparkan catatan dengan label Oddee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Oddee. Papar semua catatan

Sabtu, 12 Mac 2011

Misteri Paip Terapung di Sepanyol

(sumber: www.oddee.com)
Wohoo..bila tengok kepala paip tu terapung mesti ramai yang berfikir "wah, ajaibnya"..Tapi sebenarnya ini bukanlah satu kejadian aneh atau misteri. Statue yang dikenali sebagai The Magic Tap ini telah dibina di Aqualand yang terletak di Cadiz, Sepanyol. Sebatang paip lagi telah dibina di bahagian mulut kepala paip tersebut dah ia dilindungi oleh air yang melimpah keluar. Ini menyebabkan kepala paip itu seakan-akan terapung. Memang suatu rekaan yang unik.

Khamis, 10 Mac 2011

Elephantiasis antara penyakit yang paling ganjil di dunia

 
Lymphatic filariasis yang juga dikenali sebagai penyakit Elephantiasis merupakan salah satu penyakit terganjil di dunia. Mereka yang menghadapi penyakit ini mempunyai kaki atau tangan yang membesar secara mendadak seakan-akan kaki gajah. Ia disebabkan oleh ulat parasit yang disebarkan oleh nyamuk seperti Wuchereria bancrofti, Brugia malayi, dan B. timori. Elephantiasis menyerang sekitar 120 juta orang di seluruh dunia dan 40 juta daripadanya mengalami infeksi yang serius. Apabila seekor nyamuk betina pembawa mengigit seseorang, ia mungkin akan menyuntik larva ulat yang dipanggil microfilariae ke dalam darah. microfilariae ini akan membiak dan berkembang ke seluruh saluran darah di mana mereka boleh hidup selama bertahun-tahun. Antara petanda awal yang jelas pada tubuh seseorang ialah pembesaran melampau pada tangan, kaki, alat kelamin, dan buah dada.

(sumber: www.oddee.com)

Selasa, 8 Mac 2011

Wanita yang paling banyak melahirkan anak

Sebelum itu, diucapkan selamat menyambut hari Wanita Sedunia khasnya kepada insan-insan yang bergelar wanita di luar sana. Entri kali ini juga lebih berfokus kepada kekuatan dan kehebatan seorang wanita ini yang mampu melahirkan sebanyak 69 anak kandung di sepanjang hidupnya.

World's Most Prolific Mother (69 babies)
(sumber: www.oddee.com)
Wanita berkenaan digelar sebagai Feodor Vassilyev (1707-1782) yang berasal dari Rusia. Dia telah melahirkan 16 pasangan anak kembar, 7 set kembar tiga, dan 4 set kembar quadruplet di antara tahun 1725 sehingga 1765 dengan jumlah kelahiran sebanyak 27. Sebanyak 67 daripada 69 kanak-kanak tersebut dapat survive selepas dilahirkan.

Saiz hidangan KFC yang paling besar!

Ni hah..kalau lah ada mr. misai buat parti KFC kat sini, memang syok..apatah lagi kalau dia boleh bagi ayam-ayam goreng yang banyak macam kat bawah ni:- 

(sumber: www.oddee.com)
'So tender so tasty' a.k.a 'it's finger lickin' good'..haha..saiz hidangan KFC ini merupakan yang terbesar sehingga kini. Menghidangkan sebanyak 2,493.35 lbs ayam goreng kepada masyarakat di Louisville, AS, sempena menyambut ulang tahun KFC yang ke 70..perghh!

Rabu, 2 Februari 2011

Design Burger Paling Unik

1. Hamburger Sneaker
Hamburger Sneaker

2. Hamburger Harley motorcycle
Hamburger Harley Motorcycle

3. Hamburger Bed
Hamburger Bed

4. Hamburger Dress
Hamburger Dress

Sumber: Oddee

Refleksi:
Fulamak!! unik dan kreatif. Tapi ingat, "Ia Bukan Untuk Dimakan"..