Elephantiasis antara penyakit yang paling ganjil di dunia | Boros Di Aralom

Khamis, 10 Mac 2011

Elephantiasis antara penyakit yang paling ganjil di dunia

 
Lymphatic filariasis yang juga dikenali sebagai penyakit Elephantiasis merupakan salah satu penyakit terganjil di dunia. Mereka yang menghadapi penyakit ini mempunyai kaki atau tangan yang membesar secara mendadak seakan-akan kaki gajah. Ia disebabkan oleh ulat parasit yang disebarkan oleh nyamuk seperti Wuchereria bancrofti, Brugia malayi, dan B. timori. Elephantiasis menyerang sekitar 120 juta orang di seluruh dunia dan 40 juta daripadanya mengalami infeksi yang serius. Apabila seekor nyamuk betina pembawa mengigit seseorang, ia mungkin akan menyuntik larva ulat yang dipanggil microfilariae ke dalam darah. microfilariae ini akan membiak dan berkembang ke seluruh saluran darah di mana mereka boleh hidup selama bertahun-tahun. Antara petanda awal yang jelas pada tubuh seseorang ialah pembesaran melampau pada tangan, kaki, alat kelamin, dan buah dada.

(sumber: www.oddee.com)

Tiada ulasan: