Boros Di Aralom: Hebat
Memaparkan catatan dengan label Hebat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hebat. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Mac 2011

Penggusti Sumo paling berat yang akan menyertai larian marathon

Kelly Gneiting, 40, seorang penggusti sumo akan menjadi orang paling berat (melebihi 265 pound) yang akan menyertai satu larian maraton di Los Angeles, California pada Ahad ini. 
Kelly Gneiting ingin menamatkan perlumbaan itu dengan masa kurang daripada 9 jam.
(Sumber: Telegraph)
Gneiting berkata bahawa dia ingin menjadi inspirasi kepada mereka yang mengalami masalah terlebih berat badan supaya lebih bersemangat dan mempercayai diri untuk mencapai sesuatu. Walaupun mempunyai berat badan yang melampau, Gneiting berkata bahawa dia mempunyia keyakinan diri yang tinggi untuk melakukan sesuatu yang mungkin mustahil bagi orang lain. Sebelum ini, beliau pernah mengikuti maraton di LA pada tahun 2008 tetapi tidak direkodkan oleh pegawai-pegawai Guiness World Record. Dalam larian tersebut, Gneiting mengambil masa selama 11 jam, 45 minit dan bertekad untuk menghabiskan maraton kali ini dengan masa yang lebih pantas. Katanya "I'm going to run as fast as I can," he said. "So I can show all my critics".

(sumber: telegraph)

Selasa, 8 Mac 2011

Wanita yang paling banyak melahirkan anak

Sebelum itu, diucapkan selamat menyambut hari Wanita Sedunia khasnya kepada insan-insan yang bergelar wanita di luar sana. Entri kali ini juga lebih berfokus kepada kekuatan dan kehebatan seorang wanita ini yang mampu melahirkan sebanyak 69 anak kandung di sepanjang hidupnya.

World's Most Prolific Mother (69 babies)
(sumber: www.oddee.com)
Wanita berkenaan digelar sebagai Feodor Vassilyev (1707-1782) yang berasal dari Rusia. Dia telah melahirkan 16 pasangan anak kembar, 7 set kembar tiga, dan 4 set kembar quadruplet di antara tahun 1725 sehingga 1765 dengan jumlah kelahiran sebanyak 27. Sebanyak 67 daripada 69 kanak-kanak tersebut dapat survive selepas dilahirkan.

Saiz hidangan KFC yang paling besar!

Ni hah..kalau lah ada mr. misai buat parti KFC kat sini, memang syok..apatah lagi kalau dia boleh bagi ayam-ayam goreng yang banyak macam kat bawah ni:- 

(sumber: www.oddee.com)
'So tender so tasty' a.k.a 'it's finger lickin' good'..haha..saiz hidangan KFC ini merupakan yang terbesar sehingga kini. Menghidangkan sebanyak 2,493.35 lbs ayam goreng kepada masyarakat di Louisville, AS, sempena menyambut ulang tahun KFC yang ke 70..perghh!

Dialah lelaki yang paling gembira di Amerika

Sejauh manakah tahap kegembiraan anda? boleh kah menandingi lelaki ini..entah lah..saat ini mungkin ada yang gembira dan juga sudah tentu ada yang bersedih malah mungkin ada juga yang tak ada perasaan. Menurut kajian, didapati bahawa orang yang paling gembira di US ialah si Alvin Wong ini:-
Mr Wong pictured with his wife, Trudy
Mr. Wong bersama isterinya, Trudy.
Alvin Wong yang berumur 65 tahun dan tinggal di Hawaii didapati mempunyai karakteristik yang memenuhi komposit statistikal dengan menggunakan survei Gallup Well-Being Index sebagai orang yang paling gembira di Amerika. Menurut Mr. Wong, dia mempunyai prinsip hidup ini, "if you can't laugh at yourself, life is going to be pretty terrible for you."

(Sumber: www.telegraph.co.uk)

Khamis, 3 Mac 2011

Kenapa orang suka buat rumah di atas pokok?

Bila lihat gambar-gambar rumah yang dibina di atas pokok ni, teringat pulak zaman kanak-kanak dulu. Pernah tu kami buat rumah atas pokok. Macam tak percaya pulak bila diingat kembali. Macam mana bebudak yang masih bersekolah rendah boleh buat benda macam tu. Tapi, bila difikirkan semula, segala sesuatu itu boleh terjadi dengan adanya idea-idea. Macam mereka yang buat rumah seperti kat bawah-bawah ni:-

Rumah ini dikenali sebagai Free Spirit Spheres dan terletak di Vancouver Island, Canada. Sering digunakan sebagai tempat bermeditasi, fotografi, canopy research, permainan, dan rekreasi. 

The Too High Tree House ini pulak dibina oleh seorang professor arkitek yang bernama Terunobu Fujimori. Dengar namanya pun dah tau tempat rumah ini dibina. Nagano, Jepun.

Rumah ini seperti dalam kartun pula tapi sebenarnya ia memang dalam realiti sebenar. Rumah The Monstro II ini telah dibina oleh dua beradik yang bernama Ron dan Jon Daniels di England.

Rumah-rumah atas kayu ini memang unik. Masyarakat dahulu kala pun tinggal atas pokok juga untuk mengelakkan diri daripada ancaman binatang-binatang buas. Tapi masa kami budak-budak dulu, kami buat rumah atas pokok walaupun tak 'secantik di atas', hanya sebagai tempat berseronok, main buaya-buaya, main masak-masak, dan macam-macam lagi lah. Suatu masa, rumah atas pokok tu terbakar sebab terlalu leka main masak-masak. Nasib baik kami semua selamat. 

Selasa, 1 Mac 2011

Hati-hati bila bertemu dengan anjing-anjing ini!!

Katanya, ini merupakan senarai anjing yang paling merbahaya..antara fakta dan auta, saya pun tak tau. Sama-sama la tambah ilmu pasal anjing ni..kot kot, terjumpa pulak kat bawah tangga karang, boleh selamatkan diri sebelum terlambat..huhu..Palis-palis!!

pit
1. Pit Bulls
Kononnya, inilah anjing paling hebat. Dengan berat antara 55 - 65 lbs, anjing ni dikatakan yang paling berani menghadap musuhnya dan seringkalai digunakan dalam pertandingan-pertandingan 'dog fighting'..waa, ala-ala WWE Smackdown gitu..

rottweiler
2. Rottweilers
Anjing spesis ni memang terkenal dengan sifat agresifnya. Tak hairan lah kalau makhluk ni sering dijadikan sebagai anjing polis atau pengawal.

husky
3. Huskies
Nampak cantik dan menawan la anjing seekor ni. Tapi, bila dia ngrrrrrrr...habislah. Kekadang ia boleh menyebabkan kematian seperti yang berlaku kat US pada tahun 1879 dan 1997.

(sumber: www.wonders-world.com)

Isnin, 28 Februari 2011

Gaya Keibu-bapaan yang memang ekstrem

 Very Dangerous! Don't try this with your kids!!
(source: www.guyswithbrain.com)
Bila besar nanti, anak tu boleh jadi superman kot!!..adei..