Boros Di Aralom: Piala Asia Bawah 22 tahun
Memaparkan catatan dengan label Piala Asia Bawah 22 tahun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piala Asia Bawah 22 tahun. Papar semua catatan

Isnin, 9 Julai 2012

Penyokong kecewa dengan sikap FAM berkenaan isu lebih umur pemain Myanmar

Ultras Malaya
Rentetan keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung isu lebih umur pemain Myanmar, suara penyokong yang tidak puas hati dengan keputusan itu kian lantang.

Paling ketara, sekumpulan 30 hingga 40 orang penyokong setia Harimau Malaya diwakili orang-orang kuat Ultras Malaya sanggup menunggu sehingga Kongres FAM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur kelmarin berakhir untuk menyerahkan memorandum supaya Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan. “Jika tidak kerana bantuan media kita, siapa lagi nak bantu dedahkan penipuan Myanmar. Tapi FAM hanya mahu rujuk data pemain dalam sistem AFC saja. 
“Sudah tentu Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Remaja AFC, Zaw Zaw (yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Myanmar) sudah menyembunyikan segala fakta usia sebenar untuk selamatkan pasukan mereka.

“Tapi FAM sendiri sudah rosakkan semangat kita semua. Kami rasa Datuk Azzuddin Ahmad (Setiausaha Agung FAM) gagal mengendalikan isu ini dengan baik dan wajar diganti dengan individu berkredibiliti,” kata wakil Ultras Malaya, Lekir Ahmad.

Pendapat sama turut dikongsi beberapa wakil kelab penyokong neger-negeri seluruh Malaysia.

“FAM buat keputusan yang tidak rasional. Pengajaran perlu diberikan kepada Myanmar supaya penipuan umur tidak berulang. FAM pernah potong mata skuad Piala Presiden Kelantan kerana turun pemain tak sah. Kenapa mereka biar saja dalam kes ini,” kata Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali. 
Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Asmadi Hamzah pula berkata: “Ini membuktikan FAM tidak serius memperjuangkan hala tuju bola sepak negara. Sikap ini hanya akan menyebabkan industri bola sepak negara statik dan hanya gah di peringkat liga domestik saja. Moral para pemain juga pasti terjejas.”

Sementara itu, jurucakap sekumpulan penyokong di Melaka, Rosli Murad menambah: “Memang kami kesal dengan tindakan FAM. Harap pada masa depan situasi seperti ini harus ditangani dengan bijak kerana bantahan rasmi adalah pentas terbaik mengatasi kekusutan dan pertikaian berpanjangan.”

Bagi Pengasas Laman Web Penyokong Bola Sepak Selangor (SelangorFC.com), Amir Sharifuddin Samad: “FAM tak boleh duduk diam saja. Walaupun tak kemuka bantahan, teruskan usaha untuk mencari juga bukti-bukti kukuh kerana hak skuad B-22 kita perlu diperjuangkan.” - Sumber: Berita Harian

Jumaat, 6 Julai 2012

Malaysia hilang tuah gagal ke Piala Asia Bawah 22 Tahun

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 22 tahun negara sudah boleh melupakan slot pasukan ketiga terbaik keseluruhan untuk mara ke pusingan akhir Kejohanan Piala Asia 2013 selepas kedudukan mereka itu kini menjadi milik Oman.
Oman menewaskan India 4-0 pada aksi terakhir kelmarin untuk menduduki tangga ketiga Kumpulan A dengan mengumpul 10 mata, mengatasi Malaysia yang bersaing dalam Kumpulan G dengan satu mata.

Apa yang tinggal buat skuad kendalian Ong Kim Swee itu adalah mengemukakan bantahan terhadap Myanmar yang didakwa menurunkan pemain lebih umur di pusingan kelayakan kejohanan itu termasuk ketika mereka menewaskan Malaysia 2-1 di Yangon kelmarin.

Namun pengendali negara itu yang tiba di tanah air semalam menegaskan, mereka memerlukan bukti yang kukuh sebelum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh mengemukakan bantahan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam tempoh 48 jam selepas perlawanan itu.

“Isu pemain Myanmar lebih umur ini ditimbulkan oleh pihak media dan bukannya pihak persatuan (FAM). Apabila kita mendapat tahu, saya menganggap ini perkara yang serius dan jika benar kita akan buat bantahan. Ia terpulang kepada pihak pengurusan (FAM) untuk mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan AFC.

“Kita tidak boleh buat bantahan dengan hanya mendengar khabar angin, jika kita ada bukti kukuh, kita akan buat bantahan. Kita tidak boleh benarkan perkara ini berlaku kerana kita semua tahu Myanmar akan menjadi tuan rumah Sukan Sea tahun depan. Jika terlepas kali ini, kemungkinan mereka akan menggunakan pemain lebih umur pada Sukan Sea,” tegas Kim Swee.

Malaysia terlepas slot automatik apabila tumpas kepada Myanmar yang mengiringi Korea Selatan selaku juara kumpulan ke pusingan akhir kejohanan itu tahun depan.

Di sebalik rasa kecewa, Kim Swee tetap menganggap anak buahnya beraksi dengan baik sepanjang kelayakan itu dengan mencatat kemenangan ke atas Filipina 7-0, Taiwan 4-2 dan Vietnam 3-0 manakala tewas tipis 3-2 kepada Korea Selatan.

Sementara itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya bersedia membuat bantahan sekiranya mempunyai asas yang kukuh mengenai isu pemain lebih umur Myanmar itu.

“Saya akan berbincang bersama Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad, pengurus pasukan Datuk Afandi Hamzah dan Kim Swee mengenai perkara ini sebelum membuat bantahan. Tapi sekiranya benar Myanmar tidak menggunakan pemain berusia lebih 22 tahun, kita perlu akur dan menerima kekalahan ini dengan hati terbuka,” katanya. - Harian Metro

Khamis, 5 Julai 2012

FAM patut bertindak - Myanmar tukar umur pemain dalam laman web

MOM syor tindakan diambil ke atas Myanmar atas nama kesukanan 
Antara pemain Myanmar yang ditukar profil tarikh lahir
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus tampil keras memperjuang kan bantahan pengurusan skuad bawah 22 negara yang mempunyai bukti Myanmar menyenaraikan pemain lebih usia ketika aksi Kelayakan Piala Asia B-22 2013 yang berakhir, kelmarin. Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, perkara sebegini tidak boleh dibiarkan berlaku terutama dengan Myanmar bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA, tahun depan. 

“Jika benar ada bukti Myanmar menurunkan pemain lebih usia, tindakan perlu diambil ke atas mereka atas nama kesukanan,” kata Kok Chi. “Jika kita berdiam diri bermakna kita menyokong perkara ini. 

“FAM perlu memastikan tindakan diambil ke atas Myanmar jika dakwaan ini berasas. Kita sering melaungkan Fair Play tetapi jika kita terus membiarkan negara seperti Myanmar terlepas daripada peraturan yang ditetapkan, ia tidak akan membantu perkembangan sukan di rantau ini. - Sumber: Berita Harian