Boros Di Aralom: Bola Sepak
Memaparkan catatan dengan label Bola Sepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bola Sepak. Papar semua catatan

Ahad, 23 Oktober 2016

Jose Mourinho: Saya hormati Chelsea namun saya adalah 100% Manchester United

Awal-awal lagi, Jose Mourinho memberi amaran “Saya adalah 100% Manchester United!” kepada bekas kelab bimbingannya, Chelsea, sebelum bermulanya pertemuan paling ditunggu-tunggu antara Chelsea dan Manchester United awal pagi nanti.

Jose Mourinho menjadi pengurus kesayangan peminat dan pemain di Chelsea
Mourinho yang digelar “the special one” oleh para peminat Chelsea itu berhasrat besar untuk menewaskan Chelsea di Stamford Bridge sekaligus mahu mengembalikan semula United di landasan yang betul dalam usaha untuk merampas semula trofi EPL.

Mourinho telah dipecat oleh Chelsea pada Disember lalu, tujuh bulan selepas mereka memenangi gelaran liga perdana Inggeris yang ketiga di bawah kendalian Mourinho. Bagaimanapun, Mourinho dikatakan telah berjanji untuk tidak meraikan sebarang gol sekiranya United berjaya menjaringkan gol dalam pertembungan itu. Manchester United yang hanya memenangi satu dari lima perlawanan liga sememangnya terdesak untuk mencari kemenangan.

Adakah Mourinho mampu membantu United untuk menewaskan Chelsea, kelab yang mengangkatnya menjadi seorang pengurus bola sepak ternama di dunia suatu ketika dulu? Jika melihat kepada prestasi semasa, Chelsea sememangnya lebih konsisten dan dikatakan telah mendapat rentak permainan di bawah kendalian pengurus baru, Antonio Conte. (via GBS)


Lagi Info Menarik:

Khamis, 10 Julai 2014

Lawak ker! Bila reaksi David Luiz diterjemahkan ke Bahasa Inggeris

Well..well..well..saya pasti semua peminat Brazil masih lagi berduka atas kekalahan paling memalukan 1-7 di tangan Jerman dalam saingan separuh akhir Piala Dunia malam semalam..dan saya pasti impak perlawanan itu lebih banyak terasa berbanding perlawanan Netherlands vs Argentina yang memang boring pagi tadi.

David Luiz
Dan pastinya antara individu yang paling kecewa ialah kapten Brazil dalam perlawanan itu, David Luiz yang memang tidak dapat menahan air mata selepas tamat sahaja perlawanan.

Amaran, video kat bawah ini mungkin mengguris hati peminat Brazil...tapi mungkin juga ia akan jadi penawar hati korang. Terjemahan kepada temuramah dengan David Luiz ketika dia menangis. Jangan ketawa kalau tak lawak yer!



Hohohohoho

Rabu, 9 Julai 2014

Media Brazil salahkan penyanyi rock ini selepas tewas teruk 7-1 di tangan Jerman

Siapa pulak Mick Jagger? Dia merupakan penyanyi utama dalam kumpulan rockers The Rolling Stones yang memang popular pada zaman 70-80an. Mungkin kerana terlalu kecewa dan terdesak, media Brazil mula menyalahkan penyanyi itu di atas kekalahan paling memalukan Brazil di laman sendiri, tewas 7-1 kepada Jerman dalam saingan separuh akhir piala dunia 2014 awal pagi tadi.
Mick Jagger dikatakan pembawa nasib malang untuk Brazil
Mengapa Mick Jagger dipersalahkan oleh media Brazil? Menurut laman web Mirror, Mick Jagger digelar sebagai 'pe frio', terma yang diberi kepada orang yang membawa nasib malang. Ini kerana setiap kali Mick Jagger mengumumkan sokongannya kepada sesuatu pasukan, pasukan itu pasti kalah.

Contohnya, ketika dia membuat persembahan di Rome, dia mengatakan bahawa Itali bakal mengalahkan Uruguay dan akan maju ke pusingan kalah mati. Namun yang terjadi adalah sebaliknya. 

Jagger sekali lagi memberitahu para peminatnya di Lisbon bahawa Portugal akan menang piala dunia - namun sebaliknya yang berlaku, Portugal tersingkir di peringkat kumpulan. Bukan setakat Portugal dan Italy, tapi England yang turut disokongnya juga tersingkir awal.

Pagi tadi, Jagger kelihatan sedang duduk di bangku penonton di stadium Mineiro bersama anaknya, Lucas yang mempunyai darah Brazil.

Ini bukanlah kali pertama media Brazil mengekspresikan kepercayaan karut ini. Pada Piala Dunia 2010 di South Africa , mereka turut menyalahkan Mick Jagger kerana membawa nasib malang dengan memakai jersi pasukan Brazil. Brazil tewas kepada Netherlands dalam perlawanan suku akhir itu.
We're behind..7-1 - Scolari
Apapun keadaannya, sudah tertulis dalam sejarah, Brazil tewas dengan dasyat pagi tadi. Tahniah Jerman! 

Sumber Asal: Gossip Bola Sepak


Selasa, 1 Julai 2014

Luis Suarez minta maaf secara terbuka di Twitter...lihat apa reaksi Chiellini

Akhirnya Suarez telah meminta maaf secara terbuka kepada Giorgio Chiellini atas insiden menggigit bahu pemain Italy itu ketika perlawanan peringkat kumpulan piala dunia antara Uruguay vs Italy pada 24 Jun lalu.
Permohonan maaf Suarez terhadap Chiellini

Suarez mengemukakan permohonan maaf itu melalui laman twitter. Selain memohon maaf, Suarez turut kesal dengan apa yang berlaku dan berikrar untuk tidak mengulanginya pada masa akan datang.

Tweet dari Suarez itu mendapat reaksi positif terutama dari Chiellini yang turut berharap agar permohonan maaf itu dapat membantu mengurangkan tempoh pergantungan yang diberikan oleh FIFA terhadap Suarez.
Chiellini maafkan Suarez dan berharap penggantungan Suarez dikurangkan
That's what we call 'semangat kesukanan'...tak payah gaduh-gaduh lagi yer..dua dua team pun dah bungkus dari Piala Dunia Brazil.. 

(Sumber Asal: Gossip Bola Sepak)


Isnin, 30 Jun 2014

Peminat Brazil maut terkena serangan jantung ketika menonton perlawanan Brazil vs Chile

Bagi korang yang kaki bola dan tak pernah terlepas menonton perlawanan bola sepak world cup yang sedang rancak berlangsung sekarang, saya pasti korang pun berdebar-debar ketika menonton perlawanan Brazil vs Chile malam semalam. Perlawanan yang terpaksa diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti itu memang begitu mendebarkan. 
Sepakan penalti terakhir Brazil dijaringkan oleh Neymar
Ini adalah amaran kepada sesiapa yang ada simptom-simptom penyakit jantung. Seorang lelaki berusia 69 tahun maut ketika menyaksikan penentuan sepakan penalti antara Brazil dan Chile. Mangsa dipercayai mengalami sesak nafas sebelum dihantar ke hospital. Kejadian itu berlaku di sebuah bar yang berdekatan dengan Stadium Meneiro di Belo Horizonte.

Mangsa yang juga penghidap diabetis itu pada mulanya mengadu kurang sihat dan kemudian dibawa ke hospital namun dia meninggal sejurus tiba.

Selain mangsa malang tersebut, pihak hospital juga melaporkan bahawa mereka telah merawat sekitar 98 penyokong ketika perlawanan Brazil vs Chile berlangsung termasuklah seorang wanita 50an yang mempunyai masalah jantung dan seorang remaja lelaki yang patah hidung selepas terlibat dengan pergaduhan.

Perlawanan Brazil vs Chile berakhir 1-1 sehingga masa sebenar dan masa tambahan tamat. Walaubagaimanapun, Brazil menang dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 3-2.


Jumaat, 27 Jun 2014

Gempar! Uruguay tarik diri dari Piala Dunia kerana pengharaman Suarez?

Akibat daripada tindakannya menggigit pemain Itali, Chiellini, dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan malam semalam, Fifa telah mengambil tindakan drastik terhadap Suarez dengan mengharamkannya daripada menyertai sebarang perlawanan bola sepak selama empat bulan termasuklah sembilan perlawanan antarabangsa.
Rakan sepasukan Uruguay kurang senang dengan pengharaman Suarez


Ekoran daripada tindakan Fifa tersebut, Uruguay dikatakan bakal memboikot Piala Dunia Brazil. Mereka mungkin akan menarik diri dari saingan peringkat kalah mati 16 pasukan terakhir menentang Colombia. Perkara ini tersebar luas selepas seorang pemberita Colombia telah memuat naik status berikut di laman Twitter.
In English translation, "Delegate of Uruguay said that selection of that country would be even thinking about no show, after sanctions against Suárez.".

Jika benar Uruguay menarik diri, kemungkinan besar pasukan tempat ketiga kumpulan D iaitu Itali akan menggantikan slot tersebut. Atau mungkin juga Fifa akan memberikan kemenangan percuma kepada Colombia sekaligus menempah tiket ke suku akhir.

Anyway, tindakan menggigit ini memang tidak wajar dilakukan oleh Suarez...patutnya dia dapat terus kad merah. Kalau dia gigit ayam goreng, tak pe lah..ini dia gigit bahu orang...nasib baik dia bukan dracula.

Sumber: Gossip Bola Sepak



Isnin, 16 Jun 2014

Jurugambar curi-curi ambik gambar bogel pemain Croatia

Pemain pasukan Croatia enggan melayani pihak media di Piala Dunia Brazil selepas gambar mereka berenang bogel diambil secara curi-curi.

Dua orang jurugambar telah bersembunyi di belakang semak berdekatan dan mengambil gambar tersebut yang kini tersebar luas di laman web.
Team Croatia
Bercakap lewat pada hari Ahad dengan pihak media, jurulatih pasukan Niko Kovac berkata beliau tidak akan memaksa pemainnya bercakap semula dengan pihak media, dan tidak tahu bila mereka akan kembali selesa.

Bercakap dari kem latihan mereka di Praia do Forte, Kovac berkata: "Saya tidak boleh memaksa mereka ditemubual selepas mereka dan keluarga mereka dimalukan begitu.

"Kalau berlaku pada anda, adakah anda suka? Gambar bogel anda disebarkan tanpa sebab? Mereka berkeras tidak mahu ditemubual dan saya tidak tahu sehingga bila mereka akan terus senyapkan diri, mungkin esok, mungkin selepas kempen kami di Piala Dunia kali ini berakhir," Kovac bertegas.

"Saya hormati pendapat pemain saya dan walaupun anda semua telah bersikap profesional setakat ini, anda memang bersalah mengambil dan menerbitkan gambar itu."

Croatia tewas pada perlawanan pembukaan Piala Dunia kali ini pada Brazil dan akan beraksi seterusnya bertemu Camerron di Manaus pada hari Rabu. - stadiumastro

Lagi Info Menarik:

Selasa, 25 Februari 2014

Kelab bola sepak paling teruk ini akhirnya menang kali pertama selepas 171 perlawanan

Mungkin inilah kelab bola sepak paling teruk di England..atau mungkin di dunia. Pasukan ini tidak pernah menang dalam 171 perlawanan yang mereka sertai sejak September 2007.
Barisan pemain Turnstall Town FC bergambar kenangan selepas kemenangan paling bermakna mereka
Dalam 171 perlawanan itu, 169 tewas manakala bakinya adalah seri. Namun mereka tidak pernah mengalah terus dan berusaha untuk bangkit. Akhirnya usaha mereka berhasil pada hari Sabtu lalu apabila mereka mencatatkan kemenangan pertama.

Kelab Turnstall Town FC berjaya menewaskan lawan mereka, Betley Reserves dengan keputusan 2-1. Kelab yang sedang bersaing dalam liga ketiga wilayah Staffordshire di England ini jelas teruja dengan kemenangan pertama mereka sejak enam tahun lalu.

Pengurus yang juga pemain kelab, George Day, 50, meluahkan rasa gembiranya selepas perlawanan itu. Jika mereka mahu beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris, maksudnya mereka kena melalui 12 kenaikan liga.

Sumber: Metro UK

Lagi Info Menarik:


Isnin, 27 Januari 2014

Warga Brazil bantah Piala Dunia..turut disertai Batman dan Spiderman

Alamak!! Batal lah tiket gua nak pergi tengok World Cup ni...dengan Spiderman dan Batman sekali membantah penganjuran itu kat Brazil tau..

Penunjuk perasaan pakai kostum superhero. (Foto: SinarHarian)
BRASILIA - BRAZIL. Lebih 2,000 penunjuk perasaan mengadakan protes di beberapa bandar di Brazil, kelmarin sebagai membantah kos penganjuran Piala Dunia yang bakal berlangsung di negara itu pada 12 Jun depan. 
Media tempatan melaporkan demonstrasi tersebut bertukar ganas selepas pihak berkuasa cuba untuk menyuraikan kumpulan yang berhimpun di hadapan Muzium Seni Sao Paulo. Menurut polis, seramai 128 penunjuk perasaan telah ditahan dalam insiden pertempuran tersebut. 
Protes anjuran kumpulan Anonymous Rio itu turut diadakan di beberapa bandar utama lain.
Difahamkan, dipetik dari Press TV, bantahan tersebut dibuat selepas kerajaan didakwa melakukan pembaziran kerana menghabiskan jutaan ringgit yang sepatutnya dilaburkan dalam pelbagai sektor termasuk kesihatan dan pendidikan penduduk di negara itu. - SinarHarian
Kereta polis pun kena hentam oleh penunjuk perasaan. (Foto: BelfastTelegraph)

Kain rentang penunjuk perasaan (Foto: BelfastTelegraph)

Ketirisan dan pembaziran berlaku di mana-mana negara yang tak tau mentadbir..apatah lagi kalau ditambah dengan kes rasuah yang parah..so, Malaysia nak bida World Cup 2034 dah ni..macam mana korang sebagai rakyat Malaysia..setuju tak? Nanti impian korang untuk tengok Harimau Malaya beraksi secara automatik kat Piala Dunia akan tercapai kalau berjaya bida..

Tapi macam memalukan pula kalau prestasi HM masih di takuk yang lama..ingat lagi tak masa Piala Asia dulu tu..yang Malaysia jadi penganjur bersama tu..cuba ingat, pasukan mana yang jadi belasahan?  Bukan tak optimis dan memperkecilkan keupayaan HM, cuma melihat kepada realiti semasa dunia bola sepak tempatan yang masih tak mampu keluar dari kepompong Asia Tenggara...kalaulah berjaya jadi tuan rumah, jadikah lah itu satu penunjuk aras baru dalam usaha mempertingkatkan lagi prestasi sukan bola sepak negara kelak..

Oh ya..kalau anda nak juga pergi Brazil tengok World Cup pada bulan Jun ini, sedialah kumpul duit banyak-banyak..kalau tak der duit lebih, jangan risau, Maybank boleh hantar korang p sana..hanya RM100 jer kosnya..nak tahu bagaimana? terjah lah laman web Maybank Malaysia ini.

Lagi satu, bukan setakat bola sepak saja yang nak merudum, sukan sepak takraw pun dah nazak..mari selamatkan sukan pusaka tradisi  Melayu ini, tunjukkan sokongan anda di My Roar for Takraw sekarang dan jerit lah puas-puas..jangan risau, korang boleh dapat hadiah sagu hati yang lumayan juga nanti..

Ahad, 29 Julai 2012

Shevchenko Quits Football for Politics

KIEV: Ukraine legend Andriy Shevchenko (pic) announced his retirement from football and will now pursue a career in politics.
The 35-year-old has opted to bring an end to his illustrious playing career following Euro 2012, with two tournament goals in the 2-1 win against Sweden the striker’s final memorable moment.
The news was released by former club Dinamo Kiev, as the veteran bows out of the sport.

"Perhaps, I will shock everyone: my future has nothing to do with football. It is related to politics,” he told the Ukrainian club’s official website.

Shevchenko will be remembered predominantly for his time at AC Milan, where he won one Scudetto, one Coppa Italia and one Champions League title with the Rossoneri over eight seasons - including one loan spell - where he scored 175 goals in 322 games.

He had an ill-fated stint at Chelsea between 2006 and 2009, but still added FA Cup and League Cup triumphs to his medal collection, whilst he also won the Ukrainian Premier League five times.
Internationally, he represented his nation 111 times, scoring 48 goals. He won the Ballon d'Or in 2004. - Source: MalaysianDigest

Isnin, 9 Julai 2012

Penyokong kecewa dengan sikap FAM berkenaan isu lebih umur pemain Myanmar

Ultras Malaya
Rentetan keengganan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar bantahan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berhubung isu lebih umur pemain Myanmar, suara penyokong yang tidak puas hati dengan keputusan itu kian lantang.

Paling ketara, sekumpulan 30 hingga 40 orang penyokong setia Harimau Malaya diwakili orang-orang kuat Ultras Malaya sanggup menunggu sehingga Kongres FAM di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur kelmarin berakhir untuk menyerahkan memorandum supaya Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah meletak jawatan. “Jika tidak kerana bantuan media kita, siapa lagi nak bantu dedahkan penipuan Myanmar. Tapi FAM hanya mahu rujuk data pemain dalam sistem AFC saja. 
“Sudah tentu Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan Remaja AFC, Zaw Zaw (yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Myanmar) sudah menyembunyikan segala fakta usia sebenar untuk selamatkan pasukan mereka.

“Tapi FAM sendiri sudah rosakkan semangat kita semua. Kami rasa Datuk Azzuddin Ahmad (Setiausaha Agung FAM) gagal mengendalikan isu ini dengan baik dan wajar diganti dengan individu berkredibiliti,” kata wakil Ultras Malaya, Lekir Ahmad.

Pendapat sama turut dikongsi beberapa wakil kelab penyokong neger-negeri seluruh Malaysia.

“FAM buat keputusan yang tidak rasional. Pengajaran perlu diberikan kepada Myanmar supaya penipuan umur tidak berulang. FAM pernah potong mata skuad Piala Presiden Kelantan kerana turun pemain tak sah. Kenapa mereka biar saja dalam kes ini,” kata Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali. 
Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Asmadi Hamzah pula berkata: “Ini membuktikan FAM tidak serius memperjuangkan hala tuju bola sepak negara. Sikap ini hanya akan menyebabkan industri bola sepak negara statik dan hanya gah di peringkat liga domestik saja. Moral para pemain juga pasti terjejas.”

Sementara itu, jurucakap sekumpulan penyokong di Melaka, Rosli Murad menambah: “Memang kami kesal dengan tindakan FAM. Harap pada masa depan situasi seperti ini harus ditangani dengan bijak kerana bantahan rasmi adalah pentas terbaik mengatasi kekusutan dan pertikaian berpanjangan.”

Bagi Pengasas Laman Web Penyokong Bola Sepak Selangor (SelangorFC.com), Amir Sharifuddin Samad: “FAM tak boleh duduk diam saja. Walaupun tak kemuka bantahan, teruskan usaha untuk mencari juga bukti-bukti kukuh kerana hak skuad B-22 kita perlu diperjuangkan.” - Sumber: Berita Harian

Jumaat, 6 Julai 2012

Malaysia hilang tuah gagal ke Piala Asia Bawah 22 Tahun

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 22 tahun negara sudah boleh melupakan slot pasukan ketiga terbaik keseluruhan untuk mara ke pusingan akhir Kejohanan Piala Asia 2013 selepas kedudukan mereka itu kini menjadi milik Oman.
Oman menewaskan India 4-0 pada aksi terakhir kelmarin untuk menduduki tangga ketiga Kumpulan A dengan mengumpul 10 mata, mengatasi Malaysia yang bersaing dalam Kumpulan G dengan satu mata.

Apa yang tinggal buat skuad kendalian Ong Kim Swee itu adalah mengemukakan bantahan terhadap Myanmar yang didakwa menurunkan pemain lebih umur di pusingan kelayakan kejohanan itu termasuk ketika mereka menewaskan Malaysia 2-1 di Yangon kelmarin.

Namun pengendali negara itu yang tiba di tanah air semalam menegaskan, mereka memerlukan bukti yang kukuh sebelum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) boleh mengemukakan bantahan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam tempoh 48 jam selepas perlawanan itu.

“Isu pemain Myanmar lebih umur ini ditimbulkan oleh pihak media dan bukannya pihak persatuan (FAM). Apabila kita mendapat tahu, saya menganggap ini perkara yang serius dan jika benar kita akan buat bantahan. Ia terpulang kepada pihak pengurusan (FAM) untuk mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan AFC.

“Kita tidak boleh buat bantahan dengan hanya mendengar khabar angin, jika kita ada bukti kukuh, kita akan buat bantahan. Kita tidak boleh benarkan perkara ini berlaku kerana kita semua tahu Myanmar akan menjadi tuan rumah Sukan Sea tahun depan. Jika terlepas kali ini, kemungkinan mereka akan menggunakan pemain lebih umur pada Sukan Sea,” tegas Kim Swee.

Malaysia terlepas slot automatik apabila tumpas kepada Myanmar yang mengiringi Korea Selatan selaku juara kumpulan ke pusingan akhir kejohanan itu tahun depan.

Di sebalik rasa kecewa, Kim Swee tetap menganggap anak buahnya beraksi dengan baik sepanjang kelayakan itu dengan mencatat kemenangan ke atas Filipina 7-0, Taiwan 4-2 dan Vietnam 3-0 manakala tewas tipis 3-2 kepada Korea Selatan.

Sementara itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya bersedia membuat bantahan sekiranya mempunyai asas yang kukuh mengenai isu pemain lebih umur Myanmar itu.

“Saya akan berbincang bersama Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad, pengurus pasukan Datuk Afandi Hamzah dan Kim Swee mengenai perkara ini sebelum membuat bantahan. Tapi sekiranya benar Myanmar tidak menggunakan pemain berusia lebih 22 tahun, kita perlu akur dan menerima kekalahan ini dengan hati terbuka,” katanya. - Harian Metro