FAM patut bertindak - Myanmar tukar umur pemain dalam laman web | Boros Di Aralom

Khamis, 5 Julai 2012

FAM patut bertindak - Myanmar tukar umur pemain dalam laman web

MOM syor tindakan diambil ke atas Myanmar atas nama kesukanan 
Antara pemain Myanmar yang ditukar profil tarikh lahir
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) harus tampil keras memperjuang kan bantahan pengurusan skuad bawah 22 negara yang mempunyai bukti Myanmar menyenaraikan pemain lebih usia ketika aksi Kelayakan Piala Asia B-22 2013 yang berakhir, kelmarin. Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, perkara sebegini tidak boleh dibiarkan berlaku terutama dengan Myanmar bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA, tahun depan. 

“Jika benar ada bukti Myanmar menurunkan pemain lebih usia, tindakan perlu diambil ke atas mereka atas nama kesukanan,” kata Kok Chi. “Jika kita berdiam diri bermakna kita menyokong perkara ini. 

“FAM perlu memastikan tindakan diambil ke atas Myanmar jika dakwaan ini berasas. Kita sering melaungkan Fair Play tetapi jika kita terus membiarkan negara seperti Myanmar terlepas daripada peraturan yang ditetapkan, ia tidak akan membantu perkembangan sukan di rantau ini. - Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan: