Boros Di Aralom: Psy
Memaparkan catatan dengan label Psy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Psy. Papar semua catatan

Isnin, 4 Februari 2013

Barisan Nasional jemput Psy "oppa Gangnam Syle" sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina

oppa Gangnam Sytle, Psy
Ramai dah tahu bintang muzik pop Korea yang mencipta fenomena menerusi lagu Gangnam Style, Psy bakal hadir ke Malaysia sempena satu konsert besar sekitar Mac nanti, Namun nampaknya 'oppa gangnam style' ini akan hadir
lebih awal daripada yang dijangka para peminat beliau di sini.

Menurut laporan The Star, Psy telah pun ditempah untuk hadir membuat persembahan di rumah terbuka anjuran Barisan Nasional (BN) bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Ini bermakna Psy akan hadir juga buat kali kedua pada pertengahan Mac ini untuk memeriahkan Future Music Festival Asia (FMFA) 2013.

Rumah terbuka itu akan berlangsung pada 11 Februari ini di Han Chiang High School, Pulau Pinang bermula jam 10.00 pagi & akan turut di’hadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Sumber: mD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/243961-psy-bakal-buat-persembahan-di-rumah-terbuka-tahun-baru-cina-bn-psyoppa.html

Sabtu, 19 Januari 2013

Yoona (SNSD) nafi ada hubungan dengan Psy, minta maaf pada isteri

Industri hiburan Korea baru-baru ini dikejutkan dengan satu laporan oleh sebuah media di Hong Kong, mengenai hubungan skandal di antara penyanyi cantik, Yoona dan Psy.

Meskipun sudah terbukti berita itu tidak benar namun kerana timbul rasa bersalah dalam diri, anggota kumpulan Girls Generation ini tetap meminta maaf kepada isteri Psy.

"Saya tidak tahu (tentang skandal). Ia datang dari sebuah akhbar di Hong Kong. Saya benar-benar minta maaf, terutama kepada unnie (isteri Psy). Kalau ianya sekadar skandal, saya okay saja. Tetapi laporan itu menulis, menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki yang mempunyai keluarga. Saya tidak boleh mempercayainya.

"Kalaulah saya ada nombor telefon Psy, saya pasti akan SMS mengatakan yang khabar angin itu sangat pelik.", ujarnya lagi", kata Yoona kepada sewaktu ditemubual dalam sebuah program terbitan KBS, Happy Together.

Difahamkan sebetulnya foto yang digunakan oleh media itu dipercayai foto disebalik tabir sewaktu rakaman Yoona tampil pada program realiti, 'Running Man'. Laporan menyebut yang jurukamera 'Running Man' itu ialah Psy.

Ketika mendengar berita itu Yoona bersama SNSD sedang berada di Jepun. Sebaik saja pulang ke Korea Yoona diserbu para wartawan yang mahukan penjelasan daripadanya.

"Saya sebenarnya berfikir nak buat tarian kuda sewaktu saya berjalan keluar dari lapangan terbang, tapi saya takut akan ditertawakan dan keadaan akan jadi lebih buruk", katanya.


Sumber: Malaysian Digest
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/228321-kontroversi-skandal-yoona-snsd-minta-maaf-pada-isteri-psy-officialyoona-psyoppa.html

Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!