Barisan Nasional jemput Psy "oppa Gangnam Syle" sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina | Boros Di Aralom

Isnin, 4 Februari 2013

Barisan Nasional jemput Psy "oppa Gangnam Syle" sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina

oppa Gangnam Sytle, Psy
Ramai dah tahu bintang muzik pop Korea yang mencipta fenomena menerusi lagu Gangnam Style, Psy bakal hadir ke Malaysia sempena satu konsert besar sekitar Mac nanti, Namun nampaknya 'oppa gangnam style' ini akan hadir
lebih awal daripada yang dijangka para peminat beliau di sini.

Menurut laporan The Star, Psy telah pun ditempah untuk hadir membuat persembahan di rumah terbuka anjuran Barisan Nasional (BN) bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Ini bermakna Psy akan hadir juga buat kali kedua pada pertengahan Mac ini untuk memeriahkan Future Music Festival Asia (FMFA) 2013.

Rumah terbuka itu akan berlangsung pada 11 Februari ini di Han Chiang High School, Pulau Pinang bermula jam 10.00 pagi & akan turut di’hadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Sumber: mD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/243961-psy-bakal-buat-persembahan-di-rumah-terbuka-tahun-baru-cina-bn-psyoppa.html

Tiada ulasan: