Baru je berumur 23 tahun tapi dah jalinkan hubungan romantik dengan
banyak lelaki berprofil tinggi. Itu lah dia Taylor Swift yang memang
terkenal sebagai 'playgirl' yang telah mengecewakan hati ramai lelaki.
Berikut antara 10 lelaki yang pernah menjalinkan hubungan cinta
dengannya.
10. Joe Jonas
Menjalinkan hubungan cinta dengan
Taylor Swift pada tahun 2008 ketika Swift berumur 18 tahun. Sebab
berpisah, Jonas berubah hati.
9. Lucas Till
Merupakan
co-stars untuk video Taylor Swift bertajuk You Belong With Me pada 2009.
Sebab berpisah, keduanya berubah hati. Macam hangat-hangat tahi ayam
je..a.k.a cinta monyet.
8. Taylor Lautner
Keduanya bertemu di
set Hari Valentine pada 2010 ketika Swift memalingkan pandangannya ke
arah Lautner yang ketika itu berusia 17 tahun. Walaupun hubungan mereka
nampak samar, tapi Taylor tetap memuja jejaka itu.
7. John Mayer
Ada
juga gosip megatakan mereka ini bercinta. Tapi sebab salah faham pasal
lirik lagu je, Mayer merasakan dirinya dimalukan oleh Swift.
6. Cory Monteith
Bintang
Glee berumur 27 tahun pada 2010 ini tampak rapat dengan Swift. Walaupun
nampal mesra bersama tapi masing-masing menegaskan bahawa mereka
hanyalah teman tapi mesra.
5. Jake Gyllenhaal
Swift
seakan-akan menemui cinta sejatinya ketika bertemu dengan Jake
Gyllenhaal, 30, pada 2010 dan hubungan mereka ini memang tidak dapat
disembunyikan lagi sehingga menjadi tajuk utama di US Weekly. Namun
hubungan mereka tidak kekal lama kerana tidak sehaluan. Swift sempat
lagi buat album penuh mengenai kisah mereka.
4. Eddie Redmayne
Swift mencuba nasib pula dengan pelakon Britain ini pada Februari 2012 tapi hubungan mereka juga nampaknya tidak menjadi.
3. Conor Kennedy
Ketika
Taylor berumur 22 tahun, sekali lagi dia berubah hati kepada jejaka
yang lebih muda, Conor Kennedy, 18 tahun. Taylor sememangnya menggilai
lelaki ini sehingga sanggup beli rumah berdekatan dengan tempat tinggal
Conor Kennedy. Sebab pisah, Taylor kembali ke konsert jelajah, Kennedy
pula sambung sekolah..
2. Ed Sheeran
Mereka sebenarnya tidak
pernah berdating. Tapi lelaki ini pernah berharap agar Swift memberinya
peluang. Namun dengan penuh rasa sedar diri, Ed Sheeran faham kenapa
Swift menolak cintanya..ishk ishk ishk..
1. Harry Styles
Terbaru, Swift mengejutkan dunia hiburan apabila dia keluar di khalayak umum bersama Harry Styles, 18 tahun.
Mereka
bersiar di Times Square pada sambutan tahun baru lepas, melancong
bersama di British Virgin Islands dan segalanya nampak sempurna. Tapi
beberapa hari kemudian, Swift pulang bersendirian.
Sumber:
Metro Uk