Boros Di Aralom: Sabah
Memaparkan catatan dengan label Sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sabah. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Julai 2016

Tempat Pandu Uji dan Harga Perodua Bezza di Sabah

Hari ini admin sempat mengikuti seorang rakan untuk pandu uji Perodua Bezza di Alamesra, Kota Kinabalu. Ianya memang satu pengalaman yang menyeronokkan kerana bukan sahaja dapat merasa sendiri pemanduan kereta sedan keluaran terbaru Perodua malah dapat juga merisik harga Perodua Bezza di Sabah. Kalau korang nak datang pandu uji Perodua Bezza ini, lebih elok pandu uji kedua-dua jenis varian iaitu 1.0 dan 1.3. Memang jelas perbezaannya.

Perodua Bezza Standard G 1.0 Auto
Selepas pandu uji sendiri Bezza ini, secara peribadi dan kalau ada bajet yang cukup, saya lebih memilih varian Bezza Advance 1.3 kerana pengalaman pemanduan yang lebih menyeronokkan. Enjin lebih senyap, interior yang menarik, aksesori tambahan yang memikat hati, lebih jimat minyak, serta dilengkapi teknologi hibrid. Tapi harganya pun memang 'menarik' juga. Varian Advance inilah yang paling mahal.
Perodua Bezza Advance 1.3 Auto
Kalau korang tinggal di Sabah, harga Perodua Bezza ini memang lebih mahal berbanding dengan harga di Semenanjung. Sama juga dengan kereta jenis pengeluar lain. Harganya adalah di antara RM39,500 hingga RM53,000. Berikut merupakan jadual harga Perodua Bezza di Sabah.
Standard G 1.0 Manual ~ RM39,500
Standard G 1.0 Auto ~ RM41,500
Premium X 1.3 Manual ~ RM45,000
Premium X 1.3 Auto ~ RM47,000
Advance 1.3 Auto ~ RM53,000
Untuk maklumat lanjut mengenai jumlah deposit dan bayaran bulanan Perodua Bezza, boleh rujuk gambar di bawah.

Secara keseluruhannya, Perodua Bezza ini memang pilihan terbaik bagi mereka yang mencari kereta bermuatan luas pada harga mampu miliki serta jimat minyak. Bagi yang ada bajet lebih, boleh lah try variant Advance. Kalau masih tak puas hati, korang pergi pandu uji sendiri kat mana-mana pusat jualan Perodua terdekat. Tak payah bayar pun. Kecuali kalau korang terlanggar pokok..huhu..

P/s: Kalau diteliti, bahagian belakang Perodua Bezza ini ada iras-iras dengan Toyota Vios. Enjin pun guna vvti macam Vios juga..hurmm. Tapi tak kisahlah..yang penting, korang puas hati bila memandunya kelak.

Lagi Info Menarik:
> Kamu memang paling pandai cuci kain kalau tak pernah buat 9 perkara ini
> Aksi-aksi dalam filem Star Trek yang korang tak pernah sangka akan berlaku
> Perkara ngeri yang bakal berlaku kalau korang mempunyai klon sendiri..
> Bersediakah anda untuk menjadi suri rumah sepenuh masa? Think again!!


Rabu, 20 Julai 2011

Jalan Raya di Sabah memang teruk

Entah mengapa keadaan macam ni terjadi. Mungkin kah penyelewengan? mungkinkah sikap tamak haloba nak untung saja, kualiti tak jaga? mungkinkah kualiti tanah yang memang tak tahan mendap? memang banyak kemungkinan yang boleh dikaitkan dengan keadaaan jalan raya yang memang teruk di Sabah  ini. Recently, dalam akbar New Sabah Times, penduduk di kawasan Bukit Padang (bukan orang gila kat hospital tu ya) sudah complain banyak kali mahu supaya jalan raya kat sana diperbaiki. 

Jangan kata kat Bukit Padang, kat Tuaran ni lagi teruk la jalannya. Kalau nak merempit memang tak menjadi punya. Mungkin ini juga salah satu faktor kenapa kat Sabah ni bilangan Mat Rempit sangat sedikit. Kalau ada pun, yang eksyen je lebih tapi keberanian kurang. Motor bukan main berwarna warni macam lolipop. Ditambah pulak dengan topi keledar macam ultraman. Eee..jangan lah merempit. 

Bukan apa, kita sebagai pengguna ni pun mau juga guna jalan yang baik, tak banyak bonggol, tak banyak lubang, smoooth aje untuk pergi ke tempat kerja kan. Kalau jalan berlubang, driver pun asyik nak mengelak lubang tu sampai makan jalan. Kalau malang tidak berbau, memang kemalangan senang saja berlaku. Macam kat depan rumah kami dulu, kemalangan berlaku sebab si driver van tu nak mengelak lubang kat depan sampai makan jalan sebelah hingga melanggar penunggang motosikal. Mati penunggang tu dengan pemboncengnya sekali digilis. Ngeri..memang ngeri.

Harap-harap lepas ni, pihak berwajib kena pandai-pandai lah pikir apa tindakan yang sepatutnya dibuat. Bukan sekadar pergi turap balik jalanraya tu dengan ashpalt yang tak berkualiti. Tunggu setahun je dah ada lubang besar balik. Kalau kita driving, rasa macam sedang memandu di kawasan kampung yang grable habis.

Nah..ini perlu penyelesaian segera. (Sumber: puisikabur.blogspot)

Rabu, 19 Januari 2011

Lagi Masalah Elektrik Di Sabah

Kota Kinabalu: Underground cable faults caused a blackout that affected more than 4,000 residents here on Sunday.

In a statement, the Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) said the faults at Times Square substation to Harbour City substation and from Times Square to Karamunsing Sewerage substation resulted in a power disruption that affected 4,150 city dwellers at 10.34am.

Among the areas affected were Wisma Sedco, Tang Dynasty, Wawasan Plaza, Asia City, Karamunsing Complex, KWSP building, Sadong Jaya, Umno building, Promenade Hotel, Marina Court, MAA Tower, KK Times Square, Star City and Pump House Harbour City.
The power supply was restored in stages later starting at 12.20pm.

Sumber: Daily Express 
pic by sabahpower
Tak habis-habis ni SESB buat masalah. Ni baru kat Kota Kinabalu saja. Bukan lagi masuk kat kampung-kampung. Hampir tiap-tiap minggu kat kampung saya asyik berlaku 'blackout'..nak call SESB pun tak der yang jawab. Kalau ada pun, alasan sana-sini dan tuding menuding jari. Adei. Nasib baik lah yang berlaku kat KK ni dah dapat diselesaikan dengan cepat.

Ni masalah blackout..ada satu lagi masalah yang sering berlaku iaitu kelewatan bil letrik. Beberapa bulan lalu, naik berang juga si bapa sorang ni yang terpaksa membayar bil letrik beratus-ratus kerana bil lambat sampai. Tunggu sampai 3 bulan baru ada. Nasib baik bajet cukup.