Boros Di Aralom: Berita Gempar
Memaparkan catatan dengan label Berita Gempar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Gempar. Papar semua catatan

Rabu, 23 Januari 2013

‘Jom Bakaq! Pesta Bakaq Bible Bahasa Melayu’ di Pulau Pinang

BUTTERWORTH: A Christian priest has lodged a police report after he found a notice purportedly by an Anti-Bahasa Melayu Bible Action Group calling all Muslims to join in a ‘Bahasa Melayu Bible burning pesta’.

Reverend John Kennady, from St Mark's Church, was shocked to find the notice typed on a plain piece of paper with the title ‘Jom Bakaq! Pesta Bakaq Bible Bahasa Melayu’ (Let’s burn! Bahasa Melayu Bible burning fest) in his post box this morning.

He had immediately informed the Christian Federation of Malaysia (CFM) before he lodged a report at the Butterworth police station at about 3pm today.

The notice, written in Bahasa Malaysia, invites all Muslims to join the ‘Anti-Bahasa Melayu Bible Action Group’ in a ‘pesta’ to burn the Malay version of the Bible ‘for the sake of the future generations’.

It further proclaimed that the group already has in its hands several Malay versions of the Bible and it urged all Muslims to join in the ‘pesta’ to burn the Bibles at a field in front of the Ahmad Badawi Hall in Bagan Luar here this Sunday morning.

It also stated that the reason they had chosen Sunday was because it is the day that Christians are in churches praying and it ended with a sentence proclaiming ‘Let’s Teach ‘Em A Lesson’.

In an immediate response, the CFM has condemned those behind this in an official statement.

CFM chairman Bishop Datuk Ng Moon Hing said the CFM vehemently abhors this Bible-burning action which was first proposed by Perkasa chief Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim had made a call for Malay versions of the Bible that contains the words ‘Allah’ and Jawi scriptures to be burnt.

Yesterday, the controversial group issued a statement clarifying that Ibrahim Ali had meant the Malay-language Bibles with the words ‘Allah’ and Jawi writing should be burnt and not all Bibles.

“Now, it seems someone or a group has threatened to make Bible-burning a reality on Sunday, a day most sacred to Christians,” said Bishop Ng.

“All religious scriptures are sacred books and we should not threaten to burn them or to desecrate any such holy book in any manner,” he said.

He said Christians are peace-loving people who will continue to seek peace and harmony across all religious groups for the well-being of the country.

“We pray that good sense and moderation will prevail for all people in times such as this,” he said.

He also called on those who are spreading hatred for political gain to cease and desist from such a vile act which is unbecoming of all Malaysians who uphold the Rukunegara of which the first pillar is ‘Belief in God’.

When contacted, state religious affairs committee chairman Datuk Abdul Malik Abul Kassim said he was notified of this and the state government had immediately sought the assistance of the police.

“We have urged the police to thoroughly investigate this and to take action,” he said, adding that only a few of the notices were distributed in Butterworth.

“It is probably just a hoax,” he said.

Earlier today, DAP chairman Karpal Singh had filed a police report against Ibrahim Ali while pressing the Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail to initiate investigations into the Bible-burning statement by the Perkasa chief.

The “Allah” dispute has remained a hot-button topic ever since the watershed Election 2008 and it has escalated in the run-up to this year’s polls.

The issue erupted again when DAP secretary-general and Penang Chief Minister Lim Guan Eng call on Putrajaya in his Christmas message to lift a ban on Malay-language Bibles in East Malaysia.

Following his remarks, several state Rulers and Islamic religious authorities reminded non-Muslims of state laws banning the use of the word, despite a 2009 High Court judgment that ruled “Allah” was not exclusive to Islam.

By Opalyn Mok / The Malaysian Insider
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/priest-lodges-police-report-over-bible-burning-pesta-notice/

70 Tahun Solat di Masjid Salah Kiblat

(Sekadar gambar hiasan)
MELAKA: Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di Melaka Tengah dekat sini dikesan telah silap dalam penetapan arah kiblat.

Imam I Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Sabtu Kina berkata, kedudukan arah lebih kurang 10 sentimeter terpesong dari arah kiblat sebenar, yang sepatutnya mencondong ke kiri, wujud sejak masjid tersebut didirikan.

Menurutnya, perkara itu dikesan semasa bermulanya projek penambahan bangunan masjid penghujung tahun lalu oleh pelukis pelan.

Ia turut mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (Maim).

“Kita segera atasi keadaan itu dengan memasang pita pelekat penanda arah kiblat sebenar bagi mengelak kekeliruan jemaah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Ikan, semalam.

Sabtu yang menjadi imam sejak 17 tahun lalu bagaimanapun berkata, ia kesilapan tidak disengajakan berdasarkan faktor usia masjid itu yang dibina pada tahun 1940-an.

Terdahulu, masjid warisan itu tidak dirobohkan, sebaliknya akan dinaik taraf sebahagian bangunan bagi keselesaan lebih 1,000 jemaah.

Sementara itu, salah seorang jemaah masjid tersebut, Abdul Wahab Baba, 55, berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan pemeriksaan di semua masjid lama di negeri ini.

“Semak semula arah kiblat di masjid lama kerana kita tak mahu sembahyang dengan kiblat tidak betul,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Maim, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau sudah maklum berkaitan perkara itu dan kesalahan terbabit adalah tidak disengajakan.

“Mungkin ada silap sedikit dan boleh dibaiki kecuali kita sengajakan, itu satu kesalahan. Sama juga seperti kita sembahyang di hotel luar negara yang mungkin boleh tersilap arah kiblat,” katanya yang juga Ketua Menteri Melaka.

Sementara itu, umat Islam yang pernah menunaikan solat di Masjid Al Ehsan, Bukit Baru dinasihatkan tidak perlu risau dengan solat mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md Amin berkata, biarpun kesalahan arah kiblat berlaku, namun hukum sembahyangnya adalah sah.

Menurutnya, ia tidak menyalahi apa-apa kesalahan kerana yang penting niat untuk menunaikan solat.

“Zaman dahulu, kita tiada teknologi canggih untuk menentukan arah kiblat tepat dan hasilnya mendapat arah yang tidak terlalu tepat.

“Berbeza sekarang, kita ada alat canggih dengan pelbagai penggunaan sistem yang baru,” katanya.


Nordiana Johari / Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/70-tahun-solat-salah-kiblat-1.123831
 
Iklan Sisipan: 
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Jumaat, 18 Januari 2013

Budak 11 tahun hilang dibawa lari kekasih

Teratai dan Muhamad Shahril
HULU SELANGOR: Seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dilarikan kekasihnya ketika sedang menjamu selera bersama datuk dan neneknya di sebuah medan selera di pasar raya Tesco dekat Bukit Sentosa di sini Sabtu lalu masih belum lagi ditemui.

Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, dipercayai dilarikan oleh kekasihnya yang dikenali sebagai Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, 17, pada pukul 2.30 petang.

Mengikut maklumat keluarga mangsa, Teratai sebelum ini pernah menghilangkan diri selama sehari bersama lelaki sama tetapi pulang semula ke rumah selepas dipujuk oleh keluarganya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkepli Bedin berkata, budak perempuan dan kekasihnya itu didakwa mengenali satu sama lain ketika bermain satu permainan atas talian kira-kira tiga bulan lalu.

Bagaimanapun, menurut beliau, apabila hubungan mangsa dan kekasihnya yang tinggal di Kota Warisan, Sepang diketahui keluarga mangsa, keluarga budak perempuan itu melarang mangsa berjumpa kekasihnya itu.

Dalam tempoh perhubungan itu, kekasih Teratai didakwa pernah menghantar sebentuk cincin kepada mangsa dengan hasrat untuk mengikat tali pertunangan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang lebih serius.

Zulkepli berkata, berikutan hubungan cinta yang semakin sukar disekat, mangsa yang sebelum ini tinggal bersama keluarganya di Taman Permata, Ulu Kelang dihantar untuk tinggal di rumah datuk dan neneknya di Taman Bukit Sentosa di sini pada awal bulan ini.

"Bagaimanapun, pada Sabtu lalu, mangsa hilang dipercayai dibawa lari oleh kekasihnya berdasarkan televisyen kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Kata beliau, melalui CCTV itu, Teratai dilihat mengekori suspek dan masing-masing dilihat meninggalkan medan selera pasar raya itu pada masa sama tetapi melalui pintu berlainan.

Polis sudah mencari remaja lelaki itu di rumahnya di Sepang namun remaja itu sudah tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu. Keluarga kepada remaja lelaki itu juga mengetahui mengenai hubungan cinta anak mereka tetapi tidak berdaya menyekat hasrat anaknya.

Mengulas lanjut, Zulkepli berkata, siasatan medapati kali terakhir pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Permata, Kuala Lumpur itu dilihat berkeliaran di Tampoi, Johor.

Bagaimanapun, gerakan mengesan pasangan remaja itu selepas mendapat maklumat belum berhasil menemui pasangan itu.

- Kosmo!
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Sabtu, 12 Januari 2013

Babun Liar Mengamuk di Sepilok Sabah

Babun liar (Gambar hiasan)
Laporan ini dipetik dari laman myMetro hari ini. Seorang remaja perempuan bersama anak saudaranya berusia setahun terpaksa berkurung dalam bilik lebih sejam apabila rumah didiami mereka dikunjungi ‘tetamu tidak diundang’ iaitu seekor babun jantan yang mengamuk dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Khong Lok, Batu 7, semalam.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi, remaja berusia 17 tahun itu sedang berehat di tingkat bawah rumah sebelum terdengar bunyi mencurigakan dari satu bilik di tingkat atas.

Mangsa kemudian meninjau dengan membuka pintu bilik itu dan terkejut apabila mendapati seekor babun sedang menggeledah bilik berkenaan.

Pada masa sama, haiwan liar itu cuba menerkam remaja berkenaan, namun dia sempat menutup pintu bilik.

Mangsa membawa anak saudaranya keluar rumah untuk menyelamatkan diri, selain menghubungi kakaknya memaklumkan kejadian itu.

Pemilik rumah yang enggan dikenali berusia 30 tahun berkata, dia terkejut apabila dihubungi adiknya memaklumkan seekor babun menyerang mereka.

“Saya yang bimbang mengenai anak perempuan lantas menghubungi bomba memaklumkan kejadian itu.

“Saya difahamkan babun yang datang dari hutan berhampiran bukan saja merosakkan barangan dalam bilik, malah turut membuang najis,” katanya, semalam.

Katanya, adik perempuannya mendapati haiwan liar itu memasuki rumah sebaik terdengar bunyi cakaran pada pintu bilik.

“Mujur adik bertindak bijak apabila segera menutup pintu bagi mengelak haiwan itu keluar dari bilik dan bertindak liar.

“Saya kemudian memaklumkan kejadian itu kepada suami sebelum dia bergegas pulang untuk menyelamatkan adik dan anak kami,” katanya.

Menurutnya, sepasukan anggota Jabatan Perhilitan yang tiba berjaya menangkap haiwan berkenaan selepas berusaha hampir tiga jam.

Sementara itu, Pembantu Pusat Pemulihan Orang Utan, Elis Pambing berkata, haiwan liar itu ditangkap menggunakan jaring dan dihantar ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok.

“Babun ini dipercayai terpisah dari kumpulannya dan tersesat sebelum memasuki rumah mangsa dan ia agresif apabila diancam,” katanya.

“Babun ini dipercayai terpisah dari kumpulannya dan tersesat sebelum memasuki rumah mangsa dan ia agresif apabila diancam,” katanya.


Iklan Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Ahad, 15 Julai 2012

Padah lori bawa muatan berlebihan

Lori lebih muatan
Ini lah akibat bila membawa lebih muatan. Kan dah kantoi..terperangkap bawah jambatan. Kejadian ini berlaku di Yanling County, terletak di wilayah Henan, China, ketika sebuah lori yang terlebih muatan membawa bongkah-bongkah sabun terperangkap di bawah jambatan. - The Telegraph

Rabu, 18 April 2012

How to be a successful reporter, blogger or journalist


The best reporters I know are bright, persistent, honest, personable, curious and courageous. If you asked them to explain their success, this is what they might say:
1. A good reporter is a generalist, able to deal with a number of  topics and talk with a variety of people. He or she can see the unusual, the ironic, in the everyday. She can think through all the possibilities and organize a large amount of information to find the important parts.

2. A good reporter is quick. Once he is assigned a story, he goes after it. He makes the calls and keeps trying if he doesn't make contact. He remembers the sign that once hung in the Los Angeles Times newsroom: GOYA/KOD. Get off your ass/knock on doors.

3. A good reporter is curious. He or she takes pleasure in the new, and in the old, in the history or precedent that got us where
we are. He enjoys reading and appreciates the details.

4. A good reporter is pleasant. She adopts a friendly nature with those she meets. She is a grateful guest, with a belief in the basic goodness of people. She conveys to those she meets that she is tolerant of them and their ideas, even though she does not like them or what they stand for. She subordinates her ego and is a good listener.

5. A good reporter is honest. He seeks the truth and acts independently. He does what he says he's going to do, and doesn't do something he promised to avoid. He returns his calls, and he's willing to say no. He's obsessed with accuracy and double checks his facts with call-backs. He sees both sides to every issue. He doesn't treat people as a means to an end.

6. The good reporter is courageous. She approaches strangers. She takes pleasure in being good, in being first. She develops a skin to deflect the inevitable criticism. She is willing to make a mistake and willing to write something that may hurt someone. She has a capacity for tempered outrage.

7. As Jon Franklin, reporter, author and teacher, said: "Back when I first started, I thought intelligence was the most important attribute a reporter could have. I have since changed my mind. You do have to be intelligent, but the big thing is courage. Courage to open your mind and let the whole damned confusing world in. Courage to always be the ignorant one, on somebody else's turf. Courage to stand corrected. Courage to take criticism. Courage to grow with your experiences. Courage to accept what you don't understand. Most of all, courage to see what is there and not what you want to think is there." - source 
Be one of Samsung Blogger reporting the Olympic Games in London 2012
Do you think do you have what it take to be a blogger, reporter, and journalist for the London Olympic Games 2012 brought by Samsung? Get this once in a lifetime opportunity now by visiting Samsung website.

Jumaat, 13 April 2012

Monyet ini memang 'gatal' la


Pelajar comel dalam gambar di bawah menjadi tumpuan global selepas gambar tersebut tersebar luas di alam maya. Kelihatan seekor monyet sedang 'bermain' dengan dada gadis itu.
Ketika bercuti di Bali. (link)
Eeew..gatal juga monyet ini. 

Gambar-gambar lelaki cacat mahu menawan Gunung Everest | The Walking Wounded

Lelaki ini, Private Jaco van Gass, merupakan bekas tentera yang telah kehilangan tangannya dalam satu peristiwa pengeboman di Afghanistan pada tahun 2009. Walaupun kini hidup tanpa tangan kiri namun keazamannya terus membara untuk mendaki dan menawan Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia. Berikut merupakan antara gambar-gambar yang dipetik dari laman web The Telegraph menunjukkan semangat juang van Gass. 
van Gass sedang menguji peralatan pendakian yang direka khas untuknnya.



Van Gass mendahului kumpulan tersebut dalam perjalanan

Antara laluan menuju ke Gunung Everest di Nepal

van Gass sedang membuat persiapan sebelum pendakian.

Kumpulan walking with the wound.
Sebenarnya, bukan van Gass seorang sahaja yang 'kurang upaya' di dalam pengembaraan mendaki Gunung Everest tersebut. Dia turut disertai oleh rakan-rakan seperjuangan dalam perang Afghanistan yang juga turut cedera. Sebab itulah pendakian mereka ini dipanggil 'Walking with the Wounded'. (link)

Kasino på nett

Khamis, 12 April 2012

Someone spotted UFO at South Korea

Wheather this is fake or not, you can valuate it yourself. For me, it's uncertain. Take a look at this video taken from The Telegraph.

According to The Telegraph "the clip has provoked mixed response online. Some people have openly declaring it a fake, with explanations ranging from a computer-generated image added to the film afterwards, a water droplet on the plane window or a white plastic bag caught by the wind". So what do you say?

Kasino på nett

Gambar-gambar sekitar evakusi amaran Tsunami di Aceh April 2012


Sekali lagi Kepualauan Sumatra digegarkan dengan gempa bumi di dasar laut bermagnitud 8.7 skala richter pada 11 April 2012. Walaupun gempa ini tidak menyebabkan tsunami seperti pada 2004, para penduduk khasnya di Banda Acheh diperintah untuk evakuasi berikutan amaran tsunami yang dikeluarkan oleh jabatan meteorologi. Berikut antara gambar-gambar evakuasi di Aceh yang dipetik dari laman The Telegraph.







Kasino på nett

Badan dilibas dan diseterika | Tak berperikemanusiaan la


Seterika badan isteri. (Gambar hiasan)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 28 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dia bukan saja dilibas dengan tali pinggang oleh kekasihnya, malah belakangnya turut ditekap dengan seterika panas dalam kejadian di Jalan Pantai Murni, di sini, kelmarin.

Lebih kejam, dalam kejadian antara jam 3 hingga 5 petang itu, mangsa yang menggelupur kesakitan di ruang tamu rumah kemudian disimbah pula dengan air panas oleh lelaki berusia lewat 20-an itu.

Kekejaman teman lelaki mangsa dikatakan berlaku ketika mereka bertengkar dengan teman lelakinya itu bagi menebus semula barang kemas miliknya yang digadaikan.

“Mangsa mendesak teman lelakinya supaya menebus semula barang kemas miliknya itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

“Lelaki itu yang hilang pertimbangan bertindak memukul mangsa,” katanya.

Sumber berkata, lelaki terbabit yang bagaikan dirasuk kemudian melibas mangsa menggunakan tali pinggang.

“Mungkin tidak berpuas hati, lelaki itu kemudian menekap pula seterika panas ke atas belakang mangsa. Akibatnya mangsa menggelupur kesakitan di ruang tamu rumah.

“Sebaik mangsa menggelupur, lelaki terbabit bertindak lebih kejam dengan menyimbah pula air panas ke atas badan mangsa,” katanya.

Katanya, melihat teman wanita menggelupur kesakitan, lelaki itu terus meninggalkan rumah.

Mangsa kemudian menghubungi rakannya sebelum dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.

Difahamkan, sebaik laporan dibuat, pihak berkuasa berusaha mengesan suspek, namun gagal. Bagaimanapun, pihak berkuasa percaya suspek akan ditahan dalam masa terdekat.

Wanita terbabit yang mengalami kesan lecur teruk di seluruh tubuh terutamanya belakang badan kini masih dirawat di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dilakukan. (Sumber) 

**Fuh..nanya kalau dapat pakwe macam ni"

Isnin, 9 April 2012

Gambar lelaki ancam kelar leher isteri di depan orang ramai

Orang ramai menyaksikan seorang polis Thailand yang sedang memujuk Sakdawut Hamsiri, 30, yang  mengancam untuk mengelar leher isterinya, Thawee Naiyanit, di tepi jalan raya di Bangkok. Insiden yang berlarutan selama enam jam itu berakhir apabila polis menggunakan 'Taser' dan membawa lelaki itu ke balai. The Telegraph 

Kasino på nett

Rabu, 4 April 2012

Pengguguran diurus 'Ustaz'


KUALA LUMPUR: Bagai membunuh kandungannya sendiri, namun masih memilih untuk menguruskan janin mengikut kaedah Islam.

Itu pilihan rata-rata ibu muda terlanjur yang memilih pakej ditawarkan dalam perkhidmatan mengugurkan kandungan secara haram di beberapa klinik swasta di ibu kota pada harga RM1,800 hingga RM2,000 mengikut usia kandungan.

Dengan berselindung di sebalik papan tanda hospital bersalin, beberapa klinik swasta di ibu kota kini dikesan ‘memancing’ pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram bersama khidmat uruskan janin mengikut kaedah Islam dengan mendakwa mengupah seorang ‘ustaz’ pada harga RM100 setiap janin.

Hasil tinjauan dan penyamaran wartawan Harian Metro di beberapa klinik swasta mendapati klinik ini dilengkapi kemudahan wad dan didatangi pelanggan saban hari tanpa mengira waktu.

Perkhidmatan menggugurkan kandungan secara haram itu difahamkan dilakukan jururawat kanan.

sumber-metro


Kasino på nett

Pelajar UNIMAS yang sesat di Gunung Santubong selamat


KUCHING: Sepuluh pelajar termasuk seorang kakitangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang sesat ketika mendaki Gunung Santubong malam kelmarin berjaya diselamatkan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Ini merupakan insiden kedua membabitkan pelajar daripada universiti itu yang tersesat semasa mendaki gunung tersebut pada tahun ini.

Ekspedisi pendakian gunung itu disertai 73 orang yang dibahagikan kepada dua kumpulan di mana kesemua mangsa dikatakan ketinggalan jauh di belakang daripada kumpulan lain sebelum mereka tersesat.
Insiden itu menyebabkan dua pelajar wanita mengalami cedera ringan di kaki.

Pasukan Bomba tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian selepas dimaklumkan oleh polis di Santubong sekitar jam 7.55 malam. Operasi mencari dan menyelamat yang memakan masa beberapa jam akhirnya berjaya menemui kesemua mangsa.


Read more: sumber

Kasino på nett

Isnin, 2 April 2012

Warning! Next Japanese Tsunami Predicted More Than Twice as High


Much of Japan's Pacific coast could be inundated by a tsunami more than 115 feet high if a powerful earthquake hits offshore, according to revised estimates by a government panel. The panel of experts says any tsunami unleashed by a magnitude-9.0 earthquake in the Nankai trough, which runs east of Japan's main island of Honshu to the southern island of Kyushu, could top 115 feet at its highest. An earlier forecast in 2003 put the potential maximum height of such a tsunami at less than 66 feet.
Last March's magnitude-9.0 earthquake spawned a 45-foot wave that devastated most of Japan's northeastern coast and triggered meltdowns at a nuclear power plant. The revised tsunami projections, contained in a report released yesterday and posted on a government website, are based on new research following last March's magnitude-9.0 earthquake and tsunami, which devastated a long stretch of Japan's northeastern coast and killed about 19,000 people. - Newser

Seems like the end of the world is coming closer and closer. In fact, it is..be prepare and be aware. Hopefully those people in danger will be safe. 

Kasino på nett

Jumaat, 30 Mac 2012

Gambar budak dirantai pada tiang elektrik oleh bapa kerana suka berjudi | alami pengalaman yang sama

Inilah dia budak 13 tahun yang dirantai pada tiang elektrik oleh bapanya kerana suka berjudi. Kejadian ini berlaku di Phnom Penh. Sumber menyatakan bahawa budak tersebut diperlakukan sedemikian oleh bapanya sebagai hukuman ponteng sekolah. Anak itu sepatutnya berada di sekolah tetapi didapati ponteng dan leka berjudi di sebuah kafe siber.

Menurut pegawai polis yang bertugas, Cheth Vanny, budak itu hanya dilepaskan selepas 2 jam dan menyatakan bahawa dia turut dipukul oleh ayahnya. Kini, ayah budak tersebut dipercayai telah melarikan diri dan sedang diburu polis atas dakwaan mendera. -myMetro

Anak-anak memang patut diberikan pengajaran terutamanya oleh ibu bapa mereka apabila melakukan kesilapan. Tapi adakah hukuman atau ganjaran yang diberikan itu bersesuaian dan boleh mengubah si anak? Teringat dulu semasa kecil, abang saya bersama kawan-kawannya bermain dengan mancis kayu dan saling mencabar antara satu sama lain. Api siapa lebih besar. Tidak disangka, semasa giliran abang saya menyalakan mancis, api kecil itu menyambar timbunan lalang kering. Apalagi, api terus merebak dengan pantas dan membakar seluruh kawasan sekitar rumah. Nasib baik tiada kemalangan jiwa mahupun rumah terbakar.

Lepas itu, ayah saya tahu dan sangat marah. Dia terus mengheret abang saya ke tiang rumah dan mengikatnya selama setengah hari. Di situ lah abang saya meraung, menangis, dan menjerit-jerit. Dah lah tidak selesa, banyak semut api lagi. Bayangkanlah. 

Bukan setakat abang saya, saya ni pun pernah juga kena baling dengan kerusi dan kena rotan dengan kayu sampai patah kayu itu. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali-kali. Sakitnya memang tidak boleh dibayangkan lagi. Tapi apa yang berlaku lepas itu? 

Apa yang boleh saya katakan sekarang ialah "terima kasih ayah kerana menyayangi saya dengan kayu, dengan balingan kerusi, dan dengan rotan" kalau bukan kerana semua itu, sudah lama saya hanyut dalam godaan dunia. Saya sedar sekarang bahawa dia melakukan semua itu kerana sayang dan rasa tanggungjawab. Saya tak boleh salahkan dia kerana melakukan hukuman dengan cara kasar kerana memang dia dididik oleh nenek moyang macam itu. Tidak pernah mengenal erti 'psychological punishment and reward' yang sepatutnya. Dia tak sekolah tinggi-tingi. Membaca pun kurang. Rasanya dia sudah melakukan apa yang betul baginya. Cuba fikir kalau dia langsung tak ambil peduli?

Kesimpulannya, apa pun jenis hukuman yang dikenakan kepada anak-anak, seharusnya kena bersesuaian. Kalau beri hukuman fizikal sekalipun, kalau memang dah jenis keras kepala, takkan berubah sikap si anak tu. Begitu juga dengan hukuman psikologi. Ianya bergantung kepada penerimaan setiap individu.

p/s: saya memang nakal semasa kecil. 

Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Gempar! Burung purba dijumpai


Tengok gambar burung purba ini..adakah ianya benar?
Ya, gambar ini memang benar dan tidak diedit dengan mana-mana software photoshop. TETAPI ia bukanlah gambar kepala burung purba atau sebagainya. Objek yang seakan-akan seperti kepala burung itu hanyalah batang pokok yang sudah kering dan telah 'menipu' ramai pemandu yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Boleh tengok laporan penuh di Metro.uk


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Khamis, 29 Mac 2012

[GAMBAR] Anjing paling kecil yang bernama Beyonce


Anak anjing paling kecil di dunia ialah Beyonce yang dinamakan bersempena dengan nama bintang besar bertarat dunia. Beyonce santag kecil dan boleh muat pada sudu semasa baru dilahirkan.

Beyonce hanya seberat 1 aun ketika lahir. Anak anjing yang comel ini kini menjadi rebutan untuk dijadikan haiwan peliharaan. Menurut pakar, Beyonce dari baka Dachshund ini akan mencapai berat 1kg sahaja ketika sudah dewasa kelak.

Laporan penuh di The Telegraph 


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Khamis, 22 Mac 2012

Bekas banduan cemerlang dalam SPM


Debaran para calon SPM 2011 lalu akhirnya terjawab kelmarin. Ada yang mendapat keputusan cemerlang dan ada juga yang kurang menyerlah. Tapi ini perkara biasa-biasa saja.

Satu berita seperti yang dilaporkan dalam malaysiandigest.com yang agak mencuri perhatian ialah mengenai seorang calon SPM 2011 yang mendapat keputusan cemerlang walaupun tidak bersekolah sejak Tingkatan 1 malah pernah meringkuk dalam penjara.

SHAH ALAM, 21 MARCH, 2012: Former prisoner Zainal Ariff Mat Zain, 23, who stopped schooling in Form 1 and served in prison term, showed great perseverance to do well in the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

He was released from Kajang Prison in October last year after being jailed in 2008 for his involvement in criminal activities and did not attend school since Form 1 out of poverty.

But today he stood proudly with a result decorated by 6As, 1B and 1E, an achievement that even many daily school-going students would not be able to match.

Zainal who sat for the SPM at Sekolah Integriti Kajang said: "Life in prison taught me that only knowledge could change my life and I wanted to clear my name."

"It was then that I decided to sit for the Penilaian Menengah Rendah (PMR) in 2010 and SPM last year. It was a blessing and I succeeded," he told reporters after receiving his results from Selangor state education director Abdullah Mad Yunus here today.

   
He was very thankful to all parties, especially to teachers and prison officers who had given him moral support.

Zainal from Pasir Mas, Kelantan said he aspires to further his education in accounting and management and hoped he would get the support needed to pursue his dreams.

He also advised other prisoners who may have suffered a similar fate like him, to repent and acquire knowledge that can be used to upgrade themselves and help lead a better life in society.

Satu lagi sumber inspirasi kepada mereka yang merasakan masa depan mereka sudah gelap gelita.


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

27 Orang saja kah pendatang asing tanpa izin di Beaufort, Sabah?

Selepas terbaca ini laporan berita bertajuk Police Detain 27 Illegal Immigrants in Beaufort dalam malaysiandigest.com, keluar ini pertanyaan, "itu-itu saja kah PTI @ PATI di sana Beaufort? sikit juga".

Pada hal dulu ada keluar dalam surat khabar bahawa jumlah pendatang asing di Sabah ini mencecah ratusan ribu orang. Malah sudah ada yang jadi warganegara. Kalau orang-orang di Semenanjung dan Sarawak itu memang lah tidak nampak keadaan ini kerana ianya berlaku di Sabah.

Kalau boleh la kan, kalau itu pihak berkuasa terasa diri mereka itu ada tanggungjawab, buatlah operasi besar-besaran selalu. Kalau boleh tiap-tiap hari buat. Itu PATI sudah bermastautin di Sabah sejak berpuluh-puluh tahun sudah. Sampai sudah ada yang buat persatuan semata-mata untuk minta hak mereka disamaratakan dengan bumiputera.

Apa pun, tahniah lah sama itu polis sana Beufort sebab buat operasi tersebut. Teruskan usaha kamu. Kalau boleh kasi hantar terus itu PATI balik sana negara diorang. Tengok lah mereka PATI ini, sudah beranak pinak dan bercucu cicit. Dorang tu kuat beranak. Kita bumiputera kunun mau merancang keluarga cukup dengan dua tiga orang anak saja. Tengok tu PATI, tiap-tiap tahun beranak. Kalau macam ini, tenggelam lah bumiputera Sabah kelak.

Jangan jadi orang asing di negara sendiri sudahlah. So, itu kerjaan sekarang ini tolong-tolong lah rakyat Sabah yang dibelenggu mimpi ngeri dibanjiri warga asing. Itu program 5P kamurang itu kalau mau kasi jalan, kasi jalan dengan penuh amanah. Sebab ada juga pihak yang ambil kesempatan  bila sudah dikuasai wang rasuah dan wang pecah amanah. Sanggup kasi gadai masa depan negara.

Walaupun isu PATI di Sabah ini dari duuuuuulu lagi kena kasi bangkit bangkit tapi masih juga sama kejadiannya. Itu PATI saaana tamu masih juga sana menjual 'sigup'. Siap dengan geng-geng dia sekali. Bikin semak saja saya nampak.

Ada tu masa lalu di depan mereka, dorang siap promot lagi "rokok rokok, murah murah, 30 sen satu batang". Lepas itu tiba-tiba itu dewan bandaraya sama polis datang, mereka terus berkeliaran lari. Senyap seketika...lepas 20 hingga 30 minit, mereka datang lagi ke 'spot' mereka untuk berniaga.

Timbul lagi pertanyaan, "aik, tu polis tidak tangkap mereka kah tadi?". Kalau anda mo tengok senario ini, pergi saja ke kawasan Pasar Besar KK. Dekat dengan Pasar pilipin tu. Korang tau kenapa dinamakan pasar pilipin?? boleh fikir sendiri lah.

Kita cakap macam ini bukan sebab kita anti dengan pendatang asing. Ini sebab kita marah dengan sikap pihak bertanggungjawab yang dari dulu seperti memandang ringan masalah kedatangan pendatang yang tak putus putus ke Sabah ini. Tak diurus dengan betul. Undang-undang ada tapi penguatkuasaan kurang. Pendek kata, kuat makan rasuah. Sorry to say la. That's the fact.

Teringat masa pergi kat Sarawak dulu di Miri. Biasa kat Sabah yang berniaga sambil berjalan-jalan promot barang seperti jam tangan dan kaca mata adalah pendatang asing tanpa izin. Tapi kat Miri, yang buat macam tu ialah orang Cina dan warga tempatan. Sempat lagi beli seutas jam tangan dari amoi Cina tu. Dan lagi kat sana sangat kurang pendatang asing yang biasa orang Sabah panggil 'om' sama 'polipin'.

Apa pun senarionya, masalah PATI adalah yang terutama untuk diselesaikan di Sabah. Kalau mau menang besar PRU yang datang, kasi tengok dulu kami warga tempatan Sabah akan usaha kamurang memerangi PATI. Di mana-mana saya dengar pun asyik pasal PATI saja.

Nah, berpolitik sudah saya. Tapi terus terang la saya cakap dari hati naluri saya. Kami memang tidak suka dengan pentadbiran kerajaan sekarang terutamanya pasal PATI. Tapi kami juga tidak dapat melihat mana-mana parti atau komponen lain yang boleh menyelesaikan masalah ini. Tapi jika memang tidak boleh diselesaikan, apa salahnya kami beri kepercayaan itu kepada kepimpinan baru kan. Oleh itu sebelum berubah hati terhadap kepimpinan sekarang, do and improve your work. That's all.

Maaf jika mengguris hati dan perasaan mana-mana pihak.