Boros Di Aralom: Sarawak
Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sarawak. Papar semua catatan

Khamis, 31 Januari 2013

Kini dah ada perkhidmatan guru bergerak di Sarawak

guru bergerak atasi masalah buta huruf
MIRI: Ahli Dewan Negara Senator Lihan Jok mencadangkan agar perkhidmatan guru bergerak diperkenalkan bagi menangani masalah buta huruf di kalangan kanak-kanak di kawasan Baram.

Beliau berkata, masih ramai kanak-kanak di Baram tidak menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira kerana tidak semua berpeluang mengikuti pendidikan awal.

Katanya sehingga kini guru-guru di kawasan Baram menghadapi dua situasi kerana terpaksa mendidik dua kumpulan murid-murid iaitu yang mempunyai pendidikan awal dan yang langsung tiada mempunyai pendidikan awal.

“Kanak-kanak yang mempunyai pendidikan awal selama dua tahun di tadika lazimnya tiada masalah di kelas kerana mereka sudah didedahkan dengan kemahiran 3M berbanding kanak-kanak yang tiada pendidikan awal.

“Manakala kanak-kanak yang memasuki Tahun Satu tanpa pendidikan awal sukar untuk mengikuti pembelajaran di kelas. Perbezaan ini merupakan ‘mimpi ngeri’ bagi murid-murid yang tiada pendidikan awal,” katanya di sini.

Lihan yang merupakan bekas guru besar dan pengetua sekolah di Baram berkata, keadaan ini menyukarkan guru-guru mengajar dengan lancar kerana perlu membahagikan tumpuan untuk mengajar 3M yang sepatutnya diajar di prasekolah dan pada masa sama mengajar murid-murid yang sudah pandai.

Justeru katanya, unit guru bergerak wajar dilaksanakan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak khususnya kaum Penan yang tinggal jauh berselerakan di pedalaman Baram.

“Jika kita sudah ada klinik bergerak, tiada salahnya memperkenalkan guru bergerak, konsepnya sama cuma kita menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

“Mungkin kita menghantar dua orang guru yang bergerak dari kampung ke kampung untuk mengajar kemahiran 3M kepada kanak-kanak yang tidak memasuki tadika,” katanya sambil menambah golongan sasaran ialah kaum Penan dan penduduk yang tinggal jauh di pedalaman di kawasan Tutoh, Baram.

Katanya, kebanyakan kaum Penan kini tinggal berhampiran tepi jalan dan boleh diakses menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Tambah Lihan, cadangan tersebut sudah dibawa ke Parlimen dan berharap ia dapat dipertimbangkan.

“Saya berharap melalui guru bergerak ini, kita dapat meningkatkan kesedaran ibu bapa di Baram mengenai pentingnya pendidikan awal selain merapatkan jurang pendidikan,” katanya.

Sumber:
http://www.theborneopost.com/2013/01/31/perkenal-perkhidmatan-guru-bergerak-tangani-buta-huruf/#ixzz2JVYuYyC9

Isnin, 21 Januari 2013

Tempat beribadat agama Buddha diceroboh, kerugian RM4,000

Buddha Temple (Gambar hiasan)
KUCHING: Sebuah tempat beribadat agama Buddha di Jalan Tun Razak mengalami kerugian lebih kurang RM4,000 dalam satu insiden pecah masuk.

Kejadian itu disedari seorang lelaki dalam lingkungan usia 30-an sekitar jam 8.30 pagi semalam.

Pencuri dipercayai masuk dengan memecahkan mangga pintu.

Pemeriksaan mendapati antara barangan yang hilang termasuk dua patung Buddha, komputer riba dan projektor.

Laporan polis telah dibuat untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kes berasingan, pelbagai peralatan dilarikan pencuri dalam kes pecah masuk kereta di belakang sebuah kilang di Jalan Selangan Batu, di sini.

Kereta tersebut dikatakan dipinjam oleh rakannya yang tinggal di kuarters kilang tersebut.

Lelaki berusia 24 tahun itu hanya menyedari insiden itu sekitar jam 6.30 pagi semalam setelah mendapati beberapa bahagian cermin kereta tersebut dipecahkan.

Antara barangan didapati hilang adalah seperti penebuk dinding, pemotong dinding, paip tembaga, beberapa gelung wayar dan kerugian dianggarkan lebih RM1,000.

Beberapa hari lepas, difahamkan pemilik kereta bersama rakannya didatangi bekas majikan yang bertindak memfitnahnya mencuri serta melontarkan kata-kata berbaur ugutan.

Siasatan sedang dijalankan.

Sumber: The Borneo Post
http://www.theborneopost.com/2013/01/21/tempat-beribadat-agama-buddha-diceroboh-kerugian-rm4000/#ixzz2IYtq8HR1


Sisipan Iklan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!