Boros Di Aralom: News Edisi Pendidikan
Memaparkan catatan dengan label News Edisi Pendidikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label News Edisi Pendidikan. Papar semua catatan

Khamis, 31 Januari 2013

Kini dah ada perkhidmatan guru bergerak di Sarawak

guru bergerak atasi masalah buta huruf
MIRI: Ahli Dewan Negara Senator Lihan Jok mencadangkan agar perkhidmatan guru bergerak diperkenalkan bagi menangani masalah buta huruf di kalangan kanak-kanak di kawasan Baram.

Beliau berkata, masih ramai kanak-kanak di Baram tidak menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira kerana tidak semua berpeluang mengikuti pendidikan awal.

Katanya sehingga kini guru-guru di kawasan Baram menghadapi dua situasi kerana terpaksa mendidik dua kumpulan murid-murid iaitu yang mempunyai pendidikan awal dan yang langsung tiada mempunyai pendidikan awal.

“Kanak-kanak yang mempunyai pendidikan awal selama dua tahun di tadika lazimnya tiada masalah di kelas kerana mereka sudah didedahkan dengan kemahiran 3M berbanding kanak-kanak yang tiada pendidikan awal.

“Manakala kanak-kanak yang memasuki Tahun Satu tanpa pendidikan awal sukar untuk mengikuti pembelajaran di kelas. Perbezaan ini merupakan ‘mimpi ngeri’ bagi murid-murid yang tiada pendidikan awal,” katanya di sini.

Lihan yang merupakan bekas guru besar dan pengetua sekolah di Baram berkata, keadaan ini menyukarkan guru-guru mengajar dengan lancar kerana perlu membahagikan tumpuan untuk mengajar 3M yang sepatutnya diajar di prasekolah dan pada masa sama mengajar murid-murid yang sudah pandai.

Justeru katanya, unit guru bergerak wajar dilaksanakan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak khususnya kaum Penan yang tinggal jauh berselerakan di pedalaman Baram.

“Jika kita sudah ada klinik bergerak, tiada salahnya memperkenalkan guru bergerak, konsepnya sama cuma kita menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

“Mungkin kita menghantar dua orang guru yang bergerak dari kampung ke kampung untuk mengajar kemahiran 3M kepada kanak-kanak yang tidak memasuki tadika,” katanya sambil menambah golongan sasaran ialah kaum Penan dan penduduk yang tinggal jauh di pedalaman di kawasan Tutoh, Baram.

Katanya, kebanyakan kaum Penan kini tinggal berhampiran tepi jalan dan boleh diakses menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Tambah Lihan, cadangan tersebut sudah dibawa ke Parlimen dan berharap ia dapat dipertimbangkan.

“Saya berharap melalui guru bergerak ini, kita dapat meningkatkan kesedaran ibu bapa di Baram mengenai pentingnya pendidikan awal selain merapatkan jurang pendidikan,” katanya.

Sumber:
http://www.theborneopost.com/2013/01/31/perkenal-perkhidmatan-guru-bergerak-tangani-buta-huruf/#ixzz2JVYuYyC9

Rabu, 30 Januari 2013

Berita baik! Dapat RM50 percuma kalau guna Boucer Buku 1Malaysia di kedai Popular

Ramai yang tahu bahawa setiap pelajar IPT dan menengah atas dapat boucer buku 1malaysia bernilai RM250 ini. Jika anda seorang pelajar yang termasuk dalam golongan di atas, anda pasti memiliki boucer buku tersebut kan. So, macam mana, sudah guna ke belum?

Sekarang ini rasanya dah nak sampai musim cuti semester bagi student IPT. Nanti bila masuk sem baru, tentu pening kepala nak fikir pasal beli buku baru. Apa tidak, setiap sem kena blajar subjek baru. Buku pun kena guna buku baru. Tak macam kat sekolah menengah dulu. Harga? waduh..paling murah pun sekitar RM60. Dulu masa kat U, memang rimas dok pikir benda ni. Bila lecturer cakap kena ada buku itu ini, nah..mengeluh satu kelas..masa kami, belum ada boucer buku 1malaysia lagi tau. Bertuah korang yang duk kat U sekarang. Boleh juga jimat PTPTN. Lepas ni jangan lupa bayar balik...

Tapi anggaplah ini sebagai satu pelaburan ilmu. Buku itu, kalau dijaga dan dimanfaatkan dengan baik akan memberi faedah juga. Lain lah kalau sudah terbeli satu, simpan dalam almari, dan tak kluar-kluar lagi. Bagi tikus makan.

Nah, bagi yang belum guna boucer buku, ada satu berita baik dari kedai buku Popular. Kalau korang guna boucer tu di mana-mana kedai Popular, korang akan dapat boucer hadiah bernilai RM50. Dah banyak tu! Orang lain dapat boucer RM250 tapi korang pulak dapat RM300..maka pandai-pandailah buat keputusan di mana nak beli buku dengan menggunakan boucer buku 1malaysia tu ya.

Lagi satu, kedai buku Popular ini bukannya kecil macam libry sekolah. Berpuluh ribu buku ada di dalam kedai mereka. Saya pun selalu jugak beli buku kat sana dan memang kalau sehari kat dalam tu pun, saya tak kisah. Masuk duduk sambil baca buku secara percuma. Tak boleh bawa pulang tau, kena baca kat sana je. Macam perpustakaan pun ada. Tapi jangan lah pulak pergi bukak buku yang masih berbalut.

So, sekian saja untuk perkongsian info. Bagi student yang duk kat UMS tu. Kedai buku Popular ada kat 1Borneo. Dekat je. Pergi lah membeli belah guna boucer buku 1Malaysia kat kedai Popular. Jangan beli KFC sudah...