Boros Di Aralom: Yuna
Memaparkan catatan dengan label Yuna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yuna. Papar semua catatan

Selasa, 22 Januari 2013

Lagu Melayu Yuna di AS dan Kontroversi

Yunalis
Sejak Yuna mengumumkan dirinya dilamar komposer terkenal, David Foster, untuk bernaung di bawah syarikat rakaman Verve Records, ramai yang ingin mengetahui perkembangan berita itu sepenuhnya daripada mulut si empunya diri.

Bukan calang-calang anak seni mampu mendapat peluang seperti itu. Apatah lagi untuk seorang artis tempatan yang bertudung sepertinya membuatkan berita itu cukup mengejutkan industri hiburan tanah air.
Justeru, tidak hairanlah andai majlis kenduri kesyukuran untuk meraikan kemenangannya pada Anugerah Juara Lagu ke-27 di Ampang malam kelmarin dipenuhi wakil media yang ingin mengetahui perkembangan lanjut berita gembira itu.

Mengimbau kembali bagaimana komposer itu mengesan bakatnya, gadis berusia 26 tahun ini berkata semuanya bermula dengan publisiti meluas yang diberikan media ketika dia mula-mula menjejakkan kaki ke Los Angeles, tiga tahun lalu.

Sebelum ini, memang ada perbincangan untuk mengambil saya sebagai artis rakamannya, iaitu ketika publisiti mengenai kehadiran saya tersebar luas di sana. Namun waktu itu, David belum memegang jawatan tinggi di syarikat rakaman terbabit.

Bagaimanapun, selepas dia dilantik menjadi Pengerusi Verve Music Group, barulah hasrat itu dapat dilaksanakan. Kebetulan pula kontrak saya dengan syarikat rakaman Fader Label sudah tamat, jadi peluang itu muncul tepat pada masanya, cerita Yuna.

Imej tudung tiada masalah
Kata Yuna, walaupun David komposer terkenal, dia tetap memberikan kebebasan untuknya menghasilkan karya sendiri bagi album sulungnya bersama syarikat rakaman itu.

David memberikan kebebasan untuk saya mencipta lagu sendiri untuk dimuatkan dalam album ini. Tapi tak tahulah jika pada masa akan datang dia berminat untuk menyumbang lagu untuk album ini. Buat masa ini, sudah tiga lagu saya rakamkan. Cuma saya anggap lagu itu sekadar pemanas saja sebelum pembikinan album sebenar.

Untuk album ini nanti, saya teringin untuk memuatkan sebuah lagu Melayu. Terlanjur ada peluang, sekurang-kurangnya saya dapat mempromosikan lagu Melayu di luar negara, katanya.
Ditanya bagaimana penerimaan David terhadap imej bertudung yang dibawanya, pantas Yuna menjawab, tokoh muzik terbabit amat terbuka dalam soal itu.

Imej sebegini bukanlah sesuatu yang baru baginya. Sebelum ini pun dia pernah berkunjung ke Malaysia dan sudah biasa dengan pemandangan sebegini. Senang bekerjasama dengannya dan saya akui begitu teruja dapat berkolaborasi dengan komposer terkenal sepertinya, tutur pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Teknologi MARA ini.

Mengikat kontrak berdasarkan jumlah album, iaitu tiga semuanya, Yuna berkata album itu bakal berada di pasaran pada pertengahan tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, selepas menyumbangkan suara untuk runut bunyi filem Hollywood berjudul Savages, Yuna sekali lagi menjadi perhatian penggiat seni di sana untuk menyanyi dalam filem animasi terbaru berjudul The Croods.

Lagu berjudul Shine Your Way ini ialah hasil ciptaan komposer yang mencipta skor muzik filem itu dan saya hanya sekadar menyumbangkan suara. Memang saya teruja apabila sekali lagi menjadi pilihan untuk menyumbangkan suara dalam filem animasi ini, katanya.

Sedia terima jodoh kulit putih

Jika ada yang mengikuti perkembangan laman sosial bergambar Yuna, iaitu Instagram, pasti akan ada yang perasan kekerapan gambar seorang jejaka Inggeris dipaparkan di situ. Pelbagai aksi dan gaya dapat dilihat dan kebanyakannya memperlihatkan kemesraan Yuna bersama jejaka terbabit.

Enggan berteka-teki, Yuna diminta memberi penjelasan mengenai lelaki itu dan apakah mereka berdua mempunyai hubungan yang serius? Seakan memahami ke arah mana soalan itu bakal dituju, Yuna menjelaskan lelaki bernama Julian Shcratter itu tidak lebih sekadar teman biasa.

Dia ialah jurugambar rasmi saya. Kebetulan dia memang teringin datang ke Malaysia, tetapi tidak mengenali sesiapa. Memandangkan kami sudah menjadi kawan, jadi saya mempelawanya mengikut saya dan sekali gus bertindak menjadi jurugambar rasmi saya untuk apa saja acara yang saya hadiri, katanya.

Diusik pertanyaan apakah dia terima jika Julian ditakdirkan menjadi teman hidupnya, Yuna berkata, semuanya terpulang kepada jodoh.

Soal jodoh, itu semua ketentuan Tuhan dan saya tidak mampu untuk menolaknya jika ditakdirkan satu hari nanti kami bercinta. Keluarga saya tidak pernah menghalang dengan siapa saya berkawan. Bagaimanapun, buat masa ini saya lebih selesa menumpukan perhatian terhadap kerjaya saya yang baru hendak berkembang di sana, tegas Yuna.

Usah panjangkan kontroversi

Mengenai kontroversi membabitkan isu penyanyi Uji Rashid yang mendakwa dirinya disingkirkan pada saat akhir daripada membuat persembahan di AJL tempoh hari, Yuna berkata, dia berpegang kepada kenyataan dikeluarkan pihak pengurusannya sebelum ini.

Saya anggap perkara ini sudah pun selesai apabila pihak TV3 tampil memberikan penjelasan bagi menjernihkan suasana menerusi program Melodi semalam (kelmarin). Lagipun saya tiada di tempat kejadian dan saya rasa kenyataan dikeluarkan pihak pengurusan saya sudah memadai.

"Tak perlulah dipanjangkan perkara ini dan usah melihatnya sebagai sesuatu yang negatif. Saya percaya semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya, ujarnya.

Sumber: Berita Harian
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LaguMelayuYunadiAS/Article/


Iklan Sisipan: 
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Selasa, 8 Januari 2013

Terukir Di Bintang 'Panas', Kemenangan Yuna Dipertikai


Yuna menarik diri di saat-saat akhir AJL27



Keputusan lagu Terukir Di Bintang diumumkan sebagai lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) ternyata mengejutkan banyak pihak. Bukan apa, ramai sebenarnya menjangkan lagu lain yang akan meraih gelaran itu. Apatahlagi penyanyi juga penciptanya yang kini berada jauh beribu batu dari tanah air, Yuna, di saat akhir telah menarik diri dari menyertai pertandingan tersebut atas komitmen yang tidak dapat dielakkan menantinya di Amerika Syarikat.

Kemudian tercetus kontroversi ekoran pada awalnya dikhabarkan penyanyi terkenal 70-an, Uji Rashid dipilih untuk menggantikan Yuna. Namun pada saat akhir, Uji didakwa 'disingkirkan' dan tiba-tiba Aizat pula diberikan kepercayaan untuk mengalas tanggungjawab tersebut. 


Rileksnya Aizat...
Pun begitu, siapa menyangka lagu ciptaan sepenuhnya Yuna itu tetap menjadi pilihan para juri profesional yang dipertanggujawabkan untuk mengadili 12 lagu finalis, malam tadi.

Namun kedengaran cakap-cakap belakang ada pihak yang 'tidak senang duduk' dengan kemenangan Yuna. Ada yang tertanya-tanya apa lebihnya lagu itu berbanding lagu lain. Tak kurang ada yang mempersoalkan kredibiliti Aizat yang menyampaikan lagu tersebut yang dilihat terlalu releks berbanding finalis lain yang menampakkan kesungguhan yang tinggi. Bahkan ada yang kata dengan kontroversi yang tercipta beberapa hari lalu memberi 'kelebihan' pada lagu itu. Benarkah 'kriteria-kriteria' ini turut diambil kira oleh juri?

Bercakap sewaktu sidang media sejurus usai AJL27, selaku ketua juri Azmeer menjelaskan pemilihan lagu Terukir Di Bintang adalah kerana lagu itu mempunyai kekuatan dari segi melodi dan kreativiti serta lirik yang cukup puitis dan berkualiti menidakkan kekuatan 11 lagi lagu yang bertanding.

"Kita tak boleh sangkal kehebatan sesebuah lagu itu hanya kerana penyanyinya tak berada di sini. Kita tak boleh hukum lagu itu. Jika lagu itu bagus, sesiapa pun yang menyanyikannya, lagu itu tetap akan dipilih sebagai pemenang.

"Kalau Yuna menyanyi, dia banyak slanga. Aizat pula menyampaikannya dengan gayanya yang tersendiri, bersahaja ala Michael Buble. Lagu itu juga membawa kita kembali ke zaman 50-an dengan melodi yang mengasyikkan.

"Kami para juri tidak ada perbincangan pun untuk memilih lagu itu. Tapi masing-masing mempunyai buah fikiran yang sama untuk memilih lagu itu sebagai juara," kata Azmeer mengulas mengenai pemilihan lagu susunan muzik oleh AG Coco itu sebagai Juara.

Azmeer turut menegaskan keputusan yang dibuat tidak ada langsung dipengaruhi oleh isu kontroversi yang timbul malahan beliau menyangkal dakwaan kemenangan lagu itu adalah sebagai 'anugerah balas budi'.

"Sebenarnya kami baru dapat tahu tentang pertukaran penyanyi untuk lagu ini, di saat akhir. Ada juri yang baru tahu tadi (malam tadi). Tapi bagi kami, kami tak peduli mengenai siapa penyanyinya. Kontroversi juga tak diambil kira dalam mengadili sesebuah lagu. Kami bersikap profesional", katanya.

Sementara itu, pihak TV3 enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai kontroversi Uji Rashid dikatakan disingkir dan diganti dengan Aizat beberapa jam sebelum pentas akhir bermula.

"Kami memberi sepenuh kebebasan kepada setiap penyanyi dari segi kretiviti dalam persembahan mereka termasuk juga pemilihan penyanyi. Memang pada awalnya Yuna mahukan Uji Rashid. Pihak kami okay saja. Dan beliau (Uji) sudah pun menjalani reheasal. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Saya kurang pasti apa masalahnya.

"Atas nasihat pihak pengurusan, kami berikan cadangan pada Yuna untuk memilih penyanyi lain dan Yuna sendiri telah memilih Aizat," kata Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV Media Prima, Ahmad Izham Omar mengulas mengenai isu pertukaran penyanyi di saat akhir.

Apa-apa pun, keputusan adalah muktamad dan tak mugkin ada insiden pulangkan trofi, kan. Heh. Penyanyi Ana Raffali dulu pun teruk dihentam ketika meraih kemenangan di AJL25. Diharapkan dengan kemenangan ini, Yuna terus memberi inspirasi kepada ramai anak muda yang bercita-cita mahu menjadi penulis lirik sepertinya. Syabas. Sumber- mD

PS: Aduhai..apa tidak..masing-masing nak menang...

Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Jumaat, 2 Disember 2011

Kes Trofi Yuna ditarik balik | Yuna tetap sokong AIM

Mungkin bagi orang lain, apa yang berlaku ke atas dirinya ini sungguh memalukan dan mampu menjatuhkan maruah dirinya sebagai artis antarabangsa. Namun, bagi gadis yang mula-mula mencipta nama menerusi lagu Dan Sebenarnya ini, apa yang berlaku ke atas dirinya sekarang dianggap sebagai satu dugaan positif untuk dia meneruskan kerjayanya dalam bidang seni ini.
Yuna ketika membuat persembahan. 
Tidak mahu menyalahkan sesiapa, dan tidak akan pernah serik untuk melibatkan diri dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk tahun-tahun hadapan, jelas Yuna dia mahu sentiasa member sokongan terhadap muzik tanah air.

“Saya tidak serik, lagipun saya kan pemuzik Malaysia, jadi saya harus sentiasa menyokong.

“Apabila berlaku perkara sebegini, saya tidaklah terasa hati, namun saya tidak mahu ia berlaku lagi selepas-selepas ini.

“Saya pasti perkara ini akan member impak yang besar pada saya, namun saya hormat apa sahaja keputusan juri.

“Saya sokong apa yang dilakukan oleh RIM, mereka sudah melakukan perkara yang betul. Mereka tetap membetulkan perkara ini biarpun akan menjejaskan kredibiliti mereka, namun inilah yang dikatakan jujur,”jelas Yuna yang ternyata tidak terkejut dengan penarikan trofi itu.

“Sejak dari awal kemenangan saya malam itu, saya sudah dapat rasakan kekeliruan dengan anugerah ini. Masakan saya boleh menang sedangkan saya tidak memenangi satu daripada empat kategori yang dipertandingkan untuk kategori ini.

“namun setelah diterangkan di dalam sidang media malam itu, saya sudah boleh terima kemenangan ini. Bagaimanapun, saya terkejut apabila semalam mereka menghubungi saya untuk mengambil kembali trofi ini dan menjelaskan ada kesilapan dari segi audit dan lagu Sedetik Lebih adalah pemenangnya,”jelas Yuna.
(Rujukan: Mangga Online)

*Sentiasa menyokong Yuna. Suka tengok Yuna main gitar :)