Terukir Di Bintang 'Panas', Kemenangan Yuna Dipertikai | Boros Di Aralom

Selasa, 8 Januari 2013

Terukir Di Bintang 'Panas', Kemenangan Yuna Dipertikai


Yuna menarik diri di saat-saat akhir AJL27



Keputusan lagu Terukir Di Bintang diumumkan sebagai lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) ternyata mengejutkan banyak pihak. Bukan apa, ramai sebenarnya menjangkan lagu lain yang akan meraih gelaran itu. Apatahlagi penyanyi juga penciptanya yang kini berada jauh beribu batu dari tanah air, Yuna, di saat akhir telah menarik diri dari menyertai pertandingan tersebut atas komitmen yang tidak dapat dielakkan menantinya di Amerika Syarikat.

Kemudian tercetus kontroversi ekoran pada awalnya dikhabarkan penyanyi terkenal 70-an, Uji Rashid dipilih untuk menggantikan Yuna. Namun pada saat akhir, Uji didakwa 'disingkirkan' dan tiba-tiba Aizat pula diberikan kepercayaan untuk mengalas tanggungjawab tersebut. 


Rileksnya Aizat...
Pun begitu, siapa menyangka lagu ciptaan sepenuhnya Yuna itu tetap menjadi pilihan para juri profesional yang dipertanggujawabkan untuk mengadili 12 lagu finalis, malam tadi.

Namun kedengaran cakap-cakap belakang ada pihak yang 'tidak senang duduk' dengan kemenangan Yuna. Ada yang tertanya-tanya apa lebihnya lagu itu berbanding lagu lain. Tak kurang ada yang mempersoalkan kredibiliti Aizat yang menyampaikan lagu tersebut yang dilihat terlalu releks berbanding finalis lain yang menampakkan kesungguhan yang tinggi. Bahkan ada yang kata dengan kontroversi yang tercipta beberapa hari lalu memberi 'kelebihan' pada lagu itu. Benarkah 'kriteria-kriteria' ini turut diambil kira oleh juri?

Bercakap sewaktu sidang media sejurus usai AJL27, selaku ketua juri Azmeer menjelaskan pemilihan lagu Terukir Di Bintang adalah kerana lagu itu mempunyai kekuatan dari segi melodi dan kreativiti serta lirik yang cukup puitis dan berkualiti menidakkan kekuatan 11 lagi lagu yang bertanding.

"Kita tak boleh sangkal kehebatan sesebuah lagu itu hanya kerana penyanyinya tak berada di sini. Kita tak boleh hukum lagu itu. Jika lagu itu bagus, sesiapa pun yang menyanyikannya, lagu itu tetap akan dipilih sebagai pemenang.

"Kalau Yuna menyanyi, dia banyak slanga. Aizat pula menyampaikannya dengan gayanya yang tersendiri, bersahaja ala Michael Buble. Lagu itu juga membawa kita kembali ke zaman 50-an dengan melodi yang mengasyikkan.

"Kami para juri tidak ada perbincangan pun untuk memilih lagu itu. Tapi masing-masing mempunyai buah fikiran yang sama untuk memilih lagu itu sebagai juara," kata Azmeer mengulas mengenai pemilihan lagu susunan muzik oleh AG Coco itu sebagai Juara.

Azmeer turut menegaskan keputusan yang dibuat tidak ada langsung dipengaruhi oleh isu kontroversi yang timbul malahan beliau menyangkal dakwaan kemenangan lagu itu adalah sebagai 'anugerah balas budi'.

"Sebenarnya kami baru dapat tahu tentang pertukaran penyanyi untuk lagu ini, di saat akhir. Ada juri yang baru tahu tadi (malam tadi). Tapi bagi kami, kami tak peduli mengenai siapa penyanyinya. Kontroversi juga tak diambil kira dalam mengadili sesebuah lagu. Kami bersikap profesional", katanya.

Sementara itu, pihak TV3 enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai kontroversi Uji Rashid dikatakan disingkir dan diganti dengan Aizat beberapa jam sebelum pentas akhir bermula.

"Kami memberi sepenuh kebebasan kepada setiap penyanyi dari segi kretiviti dalam persembahan mereka termasuk juga pemilihan penyanyi. Memang pada awalnya Yuna mahukan Uji Rashid. Pihak kami okay saja. Dan beliau (Uji) sudah pun menjalani reheasal. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Saya kurang pasti apa masalahnya.

"Atas nasihat pihak pengurusan, kami berikan cadangan pada Yuna untuk memilih penyanyi lain dan Yuna sendiri telah memilih Aizat," kata Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV Media Prima, Ahmad Izham Omar mengulas mengenai isu pertukaran penyanyi di saat akhir.

Apa-apa pun, keputusan adalah muktamad dan tak mugkin ada insiden pulangkan trofi, kan. Heh. Penyanyi Ana Raffali dulu pun teruk dihentam ketika meraih kemenangan di AJL25. Diharapkan dengan kemenangan ini, Yuna terus memberi inspirasi kepada ramai anak muda yang bercita-cita mahu menjadi penulis lirik sepertinya. Syabas. Sumber- mD

PS: Aduhai..apa tidak..masing-masing nak menang...

Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Tiada ulasan: