Boros Di Aralom: AJL27
Memaparkan catatan dengan label AJL27. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AJL27. Papar semua catatan

Rabu, 16 Januari 2013

TV3 Masih Tak Mohon Maaf Mengenai Isu AJL27

Uji Rashid terkilan dengan AJL27
Penyanyi Uji Rashid menganggap tindakan pihak di stesen televisyen TV3 yang masih tidak memohon maaf kepadanya berhubung isu digugurkan daripada membuat persembahan semasa Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) pada 6 Januari lalu sebagai satu tindakan yang kurang sopan.

Bercakap kepada mStar online, Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid, berkata, tidak kira stesen TV atau mana-mana pihak, sewajarnya mereka harus mempunyai adab jika ingin membuat keputusan terhadap sesuatu tindakan yang boleh menyebabkan seseorang itu berkecil hati.

"Memang kalau nak cakap secara kasarnya, pihak itu (TV3) agak kurang sopan. Mereka tidak patut membuat saya atau sesiapa pun begitu.

"Sepanjang 38 tahun saya berada dalam industri muzik tempatan, peristiwa ini antara kejadian paling teruk yang pernah saya hadapi.

"Dan setakat ini, pihak mereka belum membuat sebarang permohonan maaf kepada saya," katanya.

Uji yang popular era 70-an dan 80-an itu disingkirkan daripada menyertai AJL27 dua hari sebelum acara berprestij itu berlangsung bagi menggantikan tempat Yuna yang berada di Amerika Syarikat menerusi lagu Terukir Di Bintang.

Tempat Uji itu telah diambil alih oleh Aizat yang dipilih oleh penganjur pada saat-saat akhir.

Insiden itu turut menarik perhatian Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang menuntut TV3 memohon maaf secara terbuka kepada wanita itu.

Sementara itu ditanya kesan akibat kontroversi itu Uji berkata terdapat hikmah di sebalik apa yang berlaku kerana dia mula mendapat perhatian daripada pihak penganjuran majlis yang mahu mengundangnya membuat persembahan.

Dalam pada itu pihak TV3 yang dihubungi bagi mendapatkan reaksi terhadap komen Zed Zaidi dan Uji itu bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan. - mD

Sumber: Malaysian Digest
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/225861-tv3-masih-tak-mohon-maaf.html

Jumaat, 11 Januari 2013

Uji Rashid Terkilan, Rasa Diri Diperkotak-katik dalam AJL27

Uji Rashid
Meskipun kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL 27) semakin reda namun perasaan yang bergolak dalam hati penyanyi, Uji Rashid apabila namanya digugurkan daripada membawakan lagu ciptaan dan dendangan Yuna, Terukir Di Bintang, pada majlis anugerah tersebut nampaknya masih belum reda.

Uji adalah orang pertama yang mengetahui mengenai penarikan diri Yuna daripada AJL27 kerana Yuna sendiri menghubunginya untuk menggantikan dirinya membawa lagu Terukir Di Bintang pada majlis anugerah lagu tersebut.

Ironinya, Uji juga merupakan orang terakhir yang diberitahu tentang pengguguran namanya daripada menyanyikan lagu tersebut.

Bercakap kepada Kosmo!, popular era 1970-an ini berkata beliau berasa terkilan dan merasa apa yang diperlakukan terhadap dirinya adalah satu perkara yang sangat kejam. Tambahan perkara sebegini tidak pernah berlaku lagi ke atas dirinya.

Uji juga menyatakan bukan beliau yang bermasalah. Malah beliau tetap beri komitmen walaupun ketika itu saya tidak sihat. Beliau dimasukkan ke wad selama empat hari tetapi apabila diminta menggantikan Yuna menyanyikan lagu Terukir Di Bintang, beliau meminta kebenaran doktor untuk keluar hospital.

Jelasnya, pada 2 Januari lalu beliau datang untuk latihan. Sepatutnya pada 4 Januari juga beliau perlu datang untuk latihan penuh tetapi pada 3 Januari, pihak TV3 memintanya datang untuk satu mesyuarat tetapi sebenarnya untuk mengatakan beliau telah digugurkan untuk membawakan lagu itu.

Sedangkan ketika itu, Aizat sudah datang untuk latihan dan pihak media sendiri sudah tahu Aizat menggantikan Yuna untuk menyanyikan lagu tersebut. Beliau pula baru diberitahu selepas semua orang sudah tahu. Lantas Uji merasa dirinya seperti diperkotak-katikkan.

Mengulas mengenai dakwaan khabarnya beliau digugurkan kerana ketika latihan atas sebab beliau tidak mampu menyanyi lagu tersebut, Uji berkata,

"Siapa mereka yang boleh menilai saya mampu nyanyi atau tidak. Saya masih boleh menyanyi. Cuma, saya ada beritahu Datuk Ramli MS semasa latihan yang saya baru keluar hospital dan dalam keadaan yang masih lagi belum pulih. Sebagai orang lama dalam industri seni suara, saya sendiri boleh menilai sama ada saya mampu menyanyi atau tidak. Jika saya tidak mampu menyanyi kenapa sehingga kini saya masih lagi dipanggil untuk persembahan". - mD 


Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Selasa, 8 Januari 2013

Terukir Di Bintang 'Panas', Kemenangan Yuna Dipertikai


Yuna menarik diri di saat-saat akhir AJL27



Keputusan lagu Terukir Di Bintang diumumkan sebagai lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27) ternyata mengejutkan banyak pihak. Bukan apa, ramai sebenarnya menjangkan lagu lain yang akan meraih gelaran itu. Apatahlagi penyanyi juga penciptanya yang kini berada jauh beribu batu dari tanah air, Yuna, di saat akhir telah menarik diri dari menyertai pertandingan tersebut atas komitmen yang tidak dapat dielakkan menantinya di Amerika Syarikat.

Kemudian tercetus kontroversi ekoran pada awalnya dikhabarkan penyanyi terkenal 70-an, Uji Rashid dipilih untuk menggantikan Yuna. Namun pada saat akhir, Uji didakwa 'disingkirkan' dan tiba-tiba Aizat pula diberikan kepercayaan untuk mengalas tanggungjawab tersebut. 


Rileksnya Aizat...
Pun begitu, siapa menyangka lagu ciptaan sepenuhnya Yuna itu tetap menjadi pilihan para juri profesional yang dipertanggujawabkan untuk mengadili 12 lagu finalis, malam tadi.

Namun kedengaran cakap-cakap belakang ada pihak yang 'tidak senang duduk' dengan kemenangan Yuna. Ada yang tertanya-tanya apa lebihnya lagu itu berbanding lagu lain. Tak kurang ada yang mempersoalkan kredibiliti Aizat yang menyampaikan lagu tersebut yang dilihat terlalu releks berbanding finalis lain yang menampakkan kesungguhan yang tinggi. Bahkan ada yang kata dengan kontroversi yang tercipta beberapa hari lalu memberi 'kelebihan' pada lagu itu. Benarkah 'kriteria-kriteria' ini turut diambil kira oleh juri?

Bercakap sewaktu sidang media sejurus usai AJL27, selaku ketua juri Azmeer menjelaskan pemilihan lagu Terukir Di Bintang adalah kerana lagu itu mempunyai kekuatan dari segi melodi dan kreativiti serta lirik yang cukup puitis dan berkualiti menidakkan kekuatan 11 lagi lagu yang bertanding.

"Kita tak boleh sangkal kehebatan sesebuah lagu itu hanya kerana penyanyinya tak berada di sini. Kita tak boleh hukum lagu itu. Jika lagu itu bagus, sesiapa pun yang menyanyikannya, lagu itu tetap akan dipilih sebagai pemenang.

"Kalau Yuna menyanyi, dia banyak slanga. Aizat pula menyampaikannya dengan gayanya yang tersendiri, bersahaja ala Michael Buble. Lagu itu juga membawa kita kembali ke zaman 50-an dengan melodi yang mengasyikkan.

"Kami para juri tidak ada perbincangan pun untuk memilih lagu itu. Tapi masing-masing mempunyai buah fikiran yang sama untuk memilih lagu itu sebagai juara," kata Azmeer mengulas mengenai pemilihan lagu susunan muzik oleh AG Coco itu sebagai Juara.

Azmeer turut menegaskan keputusan yang dibuat tidak ada langsung dipengaruhi oleh isu kontroversi yang timbul malahan beliau menyangkal dakwaan kemenangan lagu itu adalah sebagai 'anugerah balas budi'.

"Sebenarnya kami baru dapat tahu tentang pertukaran penyanyi untuk lagu ini, di saat akhir. Ada juri yang baru tahu tadi (malam tadi). Tapi bagi kami, kami tak peduli mengenai siapa penyanyinya. Kontroversi juga tak diambil kira dalam mengadili sesebuah lagu. Kami bersikap profesional", katanya.

Sementara itu, pihak TV3 enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai kontroversi Uji Rashid dikatakan disingkir dan diganti dengan Aizat beberapa jam sebelum pentas akhir bermula.

"Kami memberi sepenuh kebebasan kepada setiap penyanyi dari segi kretiviti dalam persembahan mereka termasuk juga pemilihan penyanyi. Memang pada awalnya Yuna mahukan Uji Rashid. Pihak kami okay saja. Dan beliau (Uji) sudah pun menjalani reheasal. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Saya kurang pasti apa masalahnya.

"Atas nasihat pihak pengurusan, kami berikan cadangan pada Yuna untuk memilih penyanyi lain dan Yuna sendiri telah memilih Aizat," kata Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV Media Prima, Ahmad Izham Omar mengulas mengenai isu pertukaran penyanyi di saat akhir.

Apa-apa pun, keputusan adalah muktamad dan tak mugkin ada insiden pulangkan trofi, kan. Heh. Penyanyi Ana Raffali dulu pun teruk dihentam ketika meraih kemenangan di AJL25. Diharapkan dengan kemenangan ini, Yuna terus memberi inspirasi kepada ramai anak muda yang bercita-cita mahu menjadi penulis lirik sepertinya. Syabas. Sumber- mD

PS: Aduhai..apa tidak..masing-masing nak menang...

Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!