Boros Di Aralom: artis gaduh
Memaparkan catatan dengan label artis gaduh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis gaduh. Papar semua catatan

Selasa, 3 Julai 2012

Maaf Neelofa Terhadap Anzalna Bersyarat?

Pelakon dan juga pengacara Nona, Neelofa berkata dia berasa lega kerana konflik yang berlaku di antaranya dengan pelakon, Anzalna Nasir sejak sebulan lalu akhirnya dapat diselesaikan dengan cara baik. Sekaligus permohonan maaf yang diadakan hari ini telah membersihkan semula bukan sahaja namanya malah keluarga.
"Alhamdulillah, dari awal lagi keluarga saya sentiasa di sisi untuk bagi nasihat dan sokongan dan kenapa saya lembut hati untuk menerima maaf ini adalah kerana dari awal lagi, saya dah ada perancangan di mana jika tuntutan sebelum ini tidak berjaya djawab, saya akan bagi peluang dan pilihan untuk meminta maaf secara terbuka. Saya sanggup terima permohonan maaf ini kerana saya tak nak isu ini berpanjangan," ujar Neelofa ketika ditemubual media sejurus selesai sidang akhbar.

Walaubagaimana pun pengacara Nona TV3 ini telah menetapkan beberapa syarat kepada Anzalna sebagai jaminan agar pelakon Amukan Pocong itu memohon maaf secara ikhlas dan bukannya kerana terpaksa.

Ditanya apakah syarat-syarat yang ditetapkannya, Neelofa berkata,

"Antara syarat-syarat yang dikemukakan ialah Anzalna tidak boleh sebut nama saya lagi di mana-mana temuramah, di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, di blog-blog serta tidak boleh memanjangkan lagi hal ini."

Juara Dewi Remaja 2010/2011 ini turut memberitahu tidak mempunyai masalah andai mereka ditawarkan berlakon bersama selepas ini.

"Kalau saya berpeluang bekerjasama dengan Anzalna selepas ini, saya rasa kisah peribadi kami letak ke tepi dan kita akan fikir kualiti kerja itu dulu. Jika pengarah dan jalan cerita bagus, kemudian saya akan terima kerana saya tidak ada masalah bekerjasama dengan dia",

Sebelum mengakhiri pertemuan kami di mana Neelofa sibuk untuk ke lokasi penggambaran drama 26 episod di TV3, pihak media sempat bertanya kenapa Neelofa dan Anzalna tidak mahu bersalaman dan bergambar bersama?

"Apa saja prosedur yang berlaku hari ini adalah kuasa Seniman, maksudnya mereka tidak mahu adakan sebarang sesi soal jawab dan bergambar kerana tidak mahu perkara ini lebih berpanjangan", katanya. - Sumber: Malaysian Digest

Rabu, 13 Jun 2012

Isu Artis Gaduh: Amaran Untuk Tasha, Neelofa dan Anzalna

Tasha, Neelofa, dan Anzalna. (Sumber)
Mereka bertiga jelita. Tak dinafi. Mereka bertiga boleh dikira masih baru dalam industri tapi sudah pun mengecap populariti. Ya, ketiga aktres ni sangat popular, saat ini. Sebab itu jugalah agaknya masing-masing sudah pantas menunjukkan perangai 'ala diva'. Tapi ingat yer cik Tasha Shila, cik Anzalna juga cik manis Neelofa. Kalau kalian masih terus dengan sikap bertelagah sesama sendiri, ianya akan memakan diri apabila tawaran berlakon ke atas kalian akan disekat sekiranya didapati bersalah.
Itu peringatan tegas yang dikeluarkan oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).'
Minggu lalu kecoh apabila pengacara Nona, Neelofa didakwa telah memburuk-burukkan rakannya iaitu Tasha Shila. Episod pergaduhan artis berkenaan tercetus apabila Neelofa kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan.
Ekoran dakwaan tersebut telah membawa kepada satu lagi pengakuan seorang pelakon iaitu Anzalna yang turut sama menerima nasib serupa diawal pembabitannya dalam dunia glamor. Pada Ahad lalu Anzalna telah menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial.
Memetik kenyataan di mStar, bagi menyekat agar pertelingkahan tiga aktres yang sedia menjadi rebutan ramai pihak ni berlarutan, Presiden Seniman, Zed Zaidi menerusi jawatankuasa yang disebutkan di atas memberitahu, pihaknya akan memanggil mereka bertiga untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan.

"Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti 'Facebook' dan 'Twitter'.

"Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.

"Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang," kata Zed Zaidi.

Dalam pada itu tambah Zed, walaupun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan serta individu lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

"Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah.

"Bagaimanapun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah, pihak kami akan campur tangan untuk menyelesaikannya," tegasnya. - mD