Tasha, Neelofa, dan Anzalna. (Sumber) |
Mereka bertiga jelita. Tak dinafi. Mereka bertiga boleh dikira masih baru dalam industri tapi sudah pun mengecap populariti. Ya, ketiga aktres ni sangat popular, saat ini. Sebab itu jugalah agaknya masing-masing sudah pantas menunjukkan perangai 'ala diva'. Tapi ingat yer cik Tasha Shila, cik Anzalna juga cik manis Neelofa. Kalau kalian masih terus dengan sikap bertelagah sesama sendiri, ianya akan memakan diri apabila tawaran berlakon ke atas kalian akan disekat sekiranya didapati bersalah.
Itu peringatan tegas yang dikeluarkan oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).'
Minggu lalu kecoh apabila pengacara Nona, Neelofa didakwa telah memburuk-burukkan rakannya iaitu Tasha Shila. Episod pergaduhan artis berkenaan tercetus apabila Neelofa kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan.
Ekoran dakwaan tersebut telah membawa kepada satu lagi pengakuan seorang pelakon iaitu Anzalna yang turut sama menerima nasib serupa diawal pembabitannya dalam dunia glamor. Pada Ahad lalu Anzalna telah menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial.
Memetik kenyataan di mStar, bagi menyekat agar pertelingkahan tiga aktres yang sedia menjadi rebutan ramai pihak ni berlarutan, Presiden Seniman, Zed Zaidi menerusi jawatankuasa yang disebutkan di atas memberitahu, pihaknya akan memanggil mereka bertiga untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan.
"Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti 'Facebook' dan 'Twitter'.
"Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.
"Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang," kata Zed Zaidi.
Dalam pada itu tambah Zed, walaupun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan serta individu lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
"Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah.
"Bagaimanapun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah, pihak kami akan campur tangan untuk menyelesaikannya," tegasnya. - mD

Tiada ulasan:
Catat Ulasan