Maaf Neelofa Terhadap Anzalna Bersyarat? | Boros Di Aralom

Selasa, 3 Julai 2012

Maaf Neelofa Terhadap Anzalna Bersyarat?

Pelakon dan juga pengacara Nona, Neelofa berkata dia berasa lega kerana konflik yang berlaku di antaranya dengan pelakon, Anzalna Nasir sejak sebulan lalu akhirnya dapat diselesaikan dengan cara baik. Sekaligus permohonan maaf yang diadakan hari ini telah membersihkan semula bukan sahaja namanya malah keluarga.
"Alhamdulillah, dari awal lagi keluarga saya sentiasa di sisi untuk bagi nasihat dan sokongan dan kenapa saya lembut hati untuk menerima maaf ini adalah kerana dari awal lagi, saya dah ada perancangan di mana jika tuntutan sebelum ini tidak berjaya djawab, saya akan bagi peluang dan pilihan untuk meminta maaf secara terbuka. Saya sanggup terima permohonan maaf ini kerana saya tak nak isu ini berpanjangan," ujar Neelofa ketika ditemubual media sejurus selesai sidang akhbar.

Walaubagaimana pun pengacara Nona TV3 ini telah menetapkan beberapa syarat kepada Anzalna sebagai jaminan agar pelakon Amukan Pocong itu memohon maaf secara ikhlas dan bukannya kerana terpaksa.

Ditanya apakah syarat-syarat yang ditetapkannya, Neelofa berkata,

"Antara syarat-syarat yang dikemukakan ialah Anzalna tidak boleh sebut nama saya lagi di mana-mana temuramah, di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, di blog-blog serta tidak boleh memanjangkan lagi hal ini."

Juara Dewi Remaja 2010/2011 ini turut memberitahu tidak mempunyai masalah andai mereka ditawarkan berlakon bersama selepas ini.

"Kalau saya berpeluang bekerjasama dengan Anzalna selepas ini, saya rasa kisah peribadi kami letak ke tepi dan kita akan fikir kualiti kerja itu dulu. Jika pengarah dan jalan cerita bagus, kemudian saya akan terima kerana saya tidak ada masalah bekerjasama dengan dia",

Sebelum mengakhiri pertemuan kami di mana Neelofa sibuk untuk ke lokasi penggambaran drama 26 episod di TV3, pihak media sempat bertanya kenapa Neelofa dan Anzalna tidak mahu bersalaman dan bergambar bersama?

"Apa saja prosedur yang berlaku hari ini adalah kuasa Seniman, maksudnya mereka tidak mahu adakan sebarang sesi soal jawab dan bergambar kerana tidak mahu perkara ini lebih berpanjangan", katanya. - Sumber: Malaysian Digest

Tiada ulasan: