Boros Di Aralom: bayi
Memaparkan catatan dengan label bayi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bayi. Papar semua catatan

Ahad, 28 Julai 2013

(EDISI MALANG) Bayi tersepit pada mesin kuih..dilema ibu bekerja?

Seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian hari ini, pasti ramai yang sudah membaca berita 'Bayi tersepit mesin kuih'...kesian saya tengok bayi yang baru berusia setahun tu..memang malang tidak berbau..nasib baik anak kecil itu tidak cedera teruk..
Keadaan Mohd Uqshah tersepit

Muar: Seorang bayi lelaki berusia 13 bulan cedera tangan kiri yang tersepit pada mesin pengadun kuih ketika menemani ibunya bekerja membuat kuih raya di sebuah kilang di Taman Utama Bakri, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Mohd Uqshah Iman Ramli, turut luka dan berdarah pada mulut disepit mesin berkenaan ketika sedang bermain berhampiran alat itu yang diletakkan di atas lantai. 

Ibunya, Maznah Osman, 37, berkata dia sedang bekerja dan tidak sedar anaknya menghampiri mesin itu sebelum Uqshah tiba-tiba menjerit dan menangis dengan kuat kerana tangan kiri disepit mesin sedang bergerak itu. 

“Badannya turut bergerak mengikut mesin itu yang berpusing sehingga mengakibatkan mulutnya terhantuk sebelum berdarah dan bengkak.

“Walaupun suis dimatikan, tangan anak saya masih tersepit di antara bekas tepung dan bahagian utama mesin.

“Usaha menarik keluar tangannya tidak berhasil. Saya menghubungi bomba yang menghantar tiga anggota kira-kira jam 11 pagi dan mengambil masa 20 minit mengeluarkan tangan anak saya.

“Uqshah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya. 
Pemilik kilang, Norhadidah Harun, 43, berkata ketika kejadian, dia berada di tingkat atas premis itu sebelum mendengar bayi berkenaan menjerit dan bernasib baik kerana seorang pekerja bertindak pantas menutup suis mesin, sekali gus mengelak kejadian lebih buruk.

P/s: Ini adalah salah satu dilema yang dialami oleh kebanyakkan ibu bekerja..terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah. Kerana tidak mampu membayar pembantu atau penjaga bayi atau tidak mampu menghantar ke taska, maka ramai yang membuat keputusan untuk membawa saja anak mereka bersama ke tempat kerja...

Harap pekerja dan majikan akan lebih prihatin dan berhati-hati tentang masalah ini pada masa akan datang...mungkin majikan perlu sediakan bilik khas mini taska.. :p

Sabtu, 27 Julai 2013

(EDISI GIVEAWAY RAMADHAN) Hadiahnya ialah seorang bayi comel...nak tak?

Ni giveaway siapa pulak ni? hadiahnya ialah bayi kecil yang comel..ada siapa-siapa berminat tak? saya tak cakap kosong..memang giveaway ini wujud...boleh periksa kat sini...

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, sebuah stesen televisyen di Pakistan telah melaksanakan satu rancangan realiti tv...hadiahnya ialah bayi-bayi kecil yang comel-comel belaka..
Pengacara, Aamir Liaquat Hussain sedang menimang bayi untuk diserahkan kepada pemenang.

So, dari mana datangnya bayi-bayi ini? sebenarnya mereka merupakan bayi-bayi yang dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab..bayi-bayi yang ditemui mereka bukan semuanya masih hidup, ada juga yang sudah tidak bernyawa..oleh itu, sempena bulan Ramadhan ini, stesen tv tersebut mahu buat rancangan tv sambil menyelitkan kerja-kerja amal..setakat ini, mereka sudah berjaya memberi dua bayi kepada pasangan yang berjaya memenangi rancangan realiti tv itu..pasangan tersebut biasanya terdiri daripada mereka yang belum mempunyai anak..ada juga pasangan yang sudah lebih 10 tahun menunggu tetapi belum mendapat zuriat..bagi pasangan ini, bayi tersebut merupakan kurnia sempena bulan Ramadhan ini..

whoa!! kat Malaysia dah ada ker rancangan tv seumpama ini?? padahal hampir saban hari kita dengar berita pembuangan bayi..