Boros Di Aralom: xder
Memaparkan catatan dengan label xder. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label xder. Papar semua catatan

Selasa, 27 Mac 2012

[Guest Post] Unlock Huawei modem secara percuma


by xDer
Assalam.. dan salam sejahtera. mungkin ramai yang tercari2 dan tertanya2 bagaimana untuk 'unlock' modem keluaran Huawei? paling koman pun, nak unlock secara percuma. terdapat pelbagai aplikasi yang menawarkan 'unlock code' diluar sana tapi sayangnya kebanyakannya memerlukan bayaran. ada cara mudah sebenarnya, secara percuma lagi. terpulang kepada pengguna untuk unlock berapa banyak modem yang dimahukan.

kisah unlock ni terjadi pada diri teman sendiri. baru2 ni, teman menukar ISP dan aplikasi softwarenya "tidak sesuai" dengan lappy burOk teman ni. asal nak buat connection je terus hang. menggigil satu badan dibuatnya ;) so.. dipendekkan cerita, teman maintain gunakan modem Huawei model E1552 yang seblomnya (ISP lama) dan mengganti SIM network yang baru.

macam biasa ler kan.. bila dah guna SIM network lain untuk dimasukkan ke modem network yang lain. pertama sekali ianya akan keluar arahan "Unlock Code" dan selagi tidak kita unlock, SIM tu tak ler boleh nak diguna-pakai pada modem network yang lain tu. contohnya: modem E1552 dari SIM network Maxis - nak masukkan SIM network U-Mobile misalannya. kena unlock baru boleh diguna-pakai..

kebaikan teknik unlock modem ni ialah dengan hanya menggunakan satu modem tu kita boleh masukkan pelbagai SIM network dari berlainan ISP. jadi, bila2 kita nak tukar service tak ler membazir nak ambil package bersama modem. cukup setakat membeli SIM card ISP yang baru.. jimat gak tu hehe

ok.. antara yang termudah ialah dengan pergi ke lelaman Online Unlock Key Generator ini. apa yang perlu dilakukan ialah, pengguna cuma perlu masukkan/isikan nombor IMEI modem dan teruskan proses yang disediakan di lelaman ini. sesuai untuk model modem Huawei: E1550, E155, E156, E156G, E160, E160G, E161, E166, E169, E169G, E170, E172, E176, E180, E182E, E196, E226, E270, E271, E272, E510, E612, E618, E620, E630, E630+, E660, E660A, E800, E870, E880, EG162, EG162G, EG602, EG602G

untuk model modem Huawei lain seperti: E156 E155, E1550 E1552, E156G E160, E160G E161 E166, E169 E169G, E170, E172, E176 E1762 E180 E182E E196 E226 E270, E800,E870 E880 EG162 E880 EG162 EG162G EG602 EG602G, E271, E272, E510 E612 E618 E630 ,E620 E630+ E660 E660a.. teman sarankan pengguna untuk muat-turun Huawei Unlocker (196 KB) ini. download ianya pada komputer dan 'open' application. proses sama seperti diatas, masukkan nombor IMEI modem dan teruskan. kod unlock akan dipaparkan. boleh terus diguna-pakai keatas dialer-software modem yang hendak di unlock.

~ teman menggunakan cara aplikasi Huawei Unlocker untuk modem E1552 dan ianya berkesan dengan mudah. jimat duit takyah ambil pakej penuh dengan modem sekali..


Artikel ini adalah dihantar oleh pengunjung Blog Sikarap. Jika anda ingin mengongsikan artikel atau blog post anda, boleh hantar butiran di Submit Article. Jadikan ini sebagai salah satu cara menambah backlink blog anda.

Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Isnin, 26 Mac 2012

[Guest Post] bahayanya si TOMCAT


by xDer

Apa Itu serangga TOMCAT?

Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Setempat: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll
Spesies: Sekitar 47,000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah

Cairan hemolimfe yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandung toksin sentuhan haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenal sebagai 'Pederin' (C24 H43 O9 N) ditemukan pada tahun 1953. Racun ini 12 kali lebih kuat daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih tetap beracun.

Cara mengelak serangan: Kurangi penggunaan cahaya lampu pada waktu malam, karena kumbang rove amat tertarik kepada cahaya. Gunakan aerosol anti serangga, perangkap berpelekat atau kelambu nyamuk yang halus. Hindari duduk dekat cahaya dan jika dihinggapi kumbang rove, jangan ditepuk, sebaiknya hembus/tiup supaya menghindar.. Jika bersentuhan dengan kumbang rove, cepat-cepatlah basuh pada bahagian yang terkena kumbang rove dengan sabun dan air - suarasurabaya


~ ada cerita dari sahabat, dirinya pernah terkena gigitan Tomcat/Charlie ni masa beliau masih menuntut di Utara Semenanjung beberapa tahun lalu.. teman sendiri pernah terlihat serangga ni waktu bertugas di kawasan sempadan sebelah Selatan dulu. langkah berjaga2 memberi manfaat terutama bagi yang mempunyai anak2 yang masih kecil dirumah..


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Rabu, 14 Mac 2012

Gangguan Bekalan Air 14 Mac 2012


from xDer

Kira-kira satu juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalamigangguan bekalan air pada 14 Mac ini ekoran kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

sumber: google
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata gangguan akan melibatkan 153 kawasan di Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.

"Gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 36 jam bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya,"katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata di Hulu Selangor kawasan terlibat ialah Kuang, Kundang dan keseluruhan Bandar Tasik Puteri manakala kawasan Petalingmelibatkan SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas dan Taman Mayang.

Turut terlibat ialah Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana & Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf, TTDI & Pinggiran TTDI, Sungai Pencala, Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera, Seksyen 12 hingga 14, Petaling Jaya,Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing dan Subang Bestari.

Kawasan Kuala Lumpur melibatkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Konvensyen Sime Darby , Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 hingga 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

Klang/Shah Alam pula melibatkan Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, Kampung Delik Kanan, Kampung Delik Kiri, Kampung Delik Dalam, Kampung Delik Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdan, Flat Sri Angkasa, Vista Indah Apartment, Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic dan Taman Kota Permai.

Turut terlibat ialah kawasan Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar dan Sobena Jaya.

Kawasan Kuala Langat pula melibatkan kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru.Abdul Halem berkata sebagai langkah persediaan Syabas telah meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta sebanyak 192 buah tangki statik di kawasan strategik bagi membekalkan air sekiranya berlakunya kecemasan.

Katanya orang ramai yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252

Abdul Halem berkata Syabas terpaksa menutup loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 itu sepanjang penyenggaraan kerana melibatkan kerja-kerja menukar peralatan yang mengalami masalah teknikal seperti injap.

Beliau berkata hentitugas itu juga perlu dilakukan bagi penambahbaikkan pam di loji rawatan itu bagi mencapai tahap kapasiti kepada 950 jumlah liter sehari (JLH) berbanding 840 JLH sekarang. - BERNAMA


Nak Duit Extra Sambil Blogging ke? Sertai PTP ini
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Ahad, 4 Mac 2012

[Guest Post] kinG kOng burger | Darabif


by xDer

salam berhujung minggu.. nak citer pasal burger! selalu kalo ujan2 cenggini perut mesti nak ingat burger. nak keluar pi stall burger nun jauh kat simpang.. kompom lencun kena ujan nyer. selalunya pun kita kalo kat rumah pekena burger packet biasa aje kan? yang packet2 biasa tu. kepingan2 bulat leper..

apa kata cuba lain sikit. kita masak guna beef/chicken patties. rasa memang nikmat. ala-ala rasa quarter pounder McDonald's gitu.. memang tak rasa perisa daging/ayam. maklum ler kan, guna isi daging. yang ni dok share, beef patty dariDarabif. lembut, kenyal dan tak berlemak. masa memasak pun tak berminyak sgt. memang berbaloi atau muai ler kata orang tu..

tempel pulak dengan telur butter. goreng leper atas kuali tabur sikit white pepper kendian letak dalam satu sudu teh butter tengah2. lipat kepingan telur tu jadi empat segi atas kuali. terbalikkan terus angkat. fuh! memang berguni2 kalori, tapi sodap!! hehe..

macam teman & family, jangan dikata ler. tindan dengan salad, potongan tomato segar.. sapu pulak tiga macam sos. mustard, black pepper & sos cili.. selangkan dengan kentang gowrengs lagi, dah siap! jadi ler kinG kOng burger haha.. ujan lebat, guruh berdentum.. hapah dah 






Nak Duit Extra Sambil Blogging ke? Sertai PTP ini
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je