by xDer
Assalam.. dan salam sejahtera. mungkin ramai yang tercari2 dan tertanya2 bagaimana untuk 'unlock' modem keluaran Huawei? paling koman pun, nak unlock secara percuma. terdapat pelbagai aplikasi yang menawarkan 'unlock code' diluar sana tapi sayangnya kebanyakannya memerlukan bayaran. ada cara mudah sebenarnya, secara percuma lagi. terpulang kepada pengguna untuk unlock berapa banyak modem yang dimahukan.
kisah unlock ni terjadi pada diri teman sendiri. baru2 ni, teman menukar ISP dan aplikasi softwarenya "tidak sesuai" dengan lappy burOk teman ni. asal nak buat connection je terus hang. menggigil satu badan dibuatnya ;) so.. dipendekkan cerita, teman maintain gunakan modem Huawei model E1552 yang seblomnya (ISP lama) dan mengganti SIM network yang baru.
macam biasa ler kan.. bila dah guna SIM network lain untuk dimasukkan ke modem network yang lain. pertama sekali ianya akan keluar arahan "Unlock Code" dan selagi tidak kita unlock, SIM tu tak ler boleh nak diguna-pakai pada modem network yang lain tu. contohnya: modem E1552 dari SIM network Maxis - nak masukkan SIM network U-Mobile misalannya. kena unlock baru boleh diguna-pakai..
kebaikan teknik unlock modem ni ialah dengan hanya menggunakan satu modem tu kita boleh masukkan pelbagai SIM network dari berlainan ISP. jadi, bila2 kita nak tukar service tak ler membazir nak ambil package bersama modem. cukup setakat membeli SIM card ISP yang baru.. jimat gak tu hehe
ok.. antara yang termudah ialah dengan pergi ke lelaman Online Unlock Key Generator ini. apa yang perlu dilakukan ialah, pengguna cuma perlu masukkan/isikan nombor IMEI modem dan teruskan proses yang disediakan di lelaman ini. sesuai untuk model modem Huawei: E1550, E155, E156, E156G, E160, E160G, E161, E166, E169, E169G, E170, E172, E176, E180, E182E, E196, E226, E270, E271, E272, E510, E612, E618, E620, E630, E630+, E660, E660A, E800, E870, E880, EG162, EG162G, EG602, EG602G
untuk model modem Huawei lain seperti: E156 E155, E1550 E1552, E156G E160, E160G E161 E166, E169 E169G, E170, E172, E176 E1762 E180 E182E E196 E226 E270, E800,E870 E880 EG162 E880 EG162 EG162G EG602 EG602G, E271, E272, E510 E612 E618 E630 ,E620 E630+ E660 E660a.. teman sarankan pengguna untuk muat-turun Huawei Unlocker (196 KB) ini. download ianya pada komputer dan 'open' application. proses sama seperti diatas, masukkan nombor IMEI modem dan teruskan. kod unlock akan dipaparkan. boleh terus diguna-pakai keatas dialer-software modem yang hendak di unlock.
~ teman menggunakan cara aplikasi Huawei Unlocker untuk modem E1552 dan ianya berkesan dengan mudah. jimat duit takyah ambil pakej penuh dengan modem sekali..
Artikel ini adalah dihantar oleh pengunjung Blog Sikarap. Jika anda ingin mengongsikan artikel atau blog post anda, boleh hantar butiran di Submit Article. Jadikan ini sebagai salah satu cara menambah backlink blog anda.
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je
Tiada ulasan:
Catat Ulasan