Boros Di Aralom

Selasa, 8 Mac 2011

Saiz hidangan KFC yang paling besar!

Ni hah..kalau lah ada mr. misai buat parti KFC kat sini, memang syok..apatah lagi kalau dia boleh bagi ayam-ayam goreng yang banyak macam kat bawah ni:- 

(sumber: www.oddee.com)
'So tender so tasty' a.k.a 'it's finger lickin' good'..haha..saiz hidangan KFC ini merupakan yang terbesar sehingga kini. Menghidangkan sebanyak 2,493.35 lbs ayam goreng kepada masyarakat di Louisville, AS, sempena menyambut ulang tahun KFC yang ke 70..perghh!

Dialah lelaki yang paling gembira di Amerika

Sejauh manakah tahap kegembiraan anda? boleh kah menandingi lelaki ini..entah lah..saat ini mungkin ada yang gembira dan juga sudah tentu ada yang bersedih malah mungkin ada juga yang tak ada perasaan. Menurut kajian, didapati bahawa orang yang paling gembira di US ialah si Alvin Wong ini:-
Mr Wong pictured with his wife, Trudy
Mr. Wong bersama isterinya, Trudy.
Alvin Wong yang berumur 65 tahun dan tinggal di Hawaii didapati mempunyai karakteristik yang memenuhi komposit statistikal dengan menggunakan survei Gallup Well-Being Index sebagai orang yang paling gembira di Amerika. Menurut Mr. Wong, dia mempunyai prinsip hidup ini, "if you can't laugh at yourself, life is going to be pretty terrible for you."

(Sumber: www.telegraph.co.uk)