Boros Di Aralom

Rabu, 6 Februari 2013

[News Edisi Blog Review] Jom Senyum Bersama Aku Penghibur - www.akupenghibur.com

Entri terbaru blog aku penghibur - wordless wednesday
Selamat pagi dan salam 1Blogger kepada semua blogger dan salam 1Malaysia kepada semua pembaca. Untuk edisi blog review hari ini, saya nak kongsi pula blog www.akupenghibur.com yang juga terkenal dengan tagline "Jom Senyum Bersama Aku Penghibur". Sebelum bercerita lebih lanjut, bagi sesiapa blogger yang mahu blognya direview, boleh komen dekat page Nak Blog Anda Direview? Ini bukan segmen, tapi hanya sebagai wadah perkongsian dalam dunia blogger.

Sekilas pandang, bagi yang sudah biasa mengunjungi blog ini, memang ianya sangat simple dengan gabungan warna hijau di tepi dan putih sebagai background entri. Template sebegini lah yang akan membuatkan sesebuah blog itu ringan dan cepat loading.

Mengenai www.akupenghibur.com:-
- Follower: 2837
- Facebook Page: Aku Penghibur [dot] com
- Twitter: Mohd Izahar sabtu (Akupenghibur)

Dari segi entri pula, blog Aku Penghibur ini banyak menyajikan pembaca dengan informasi, pedoman, inspirasi, dan juga hiburan. Tak hairanlah bila sekali baca entri, teringin pulak nak baca entri-entri yang lain. Kalau tak silap saya, blog ini juga pernah keluar majalah. Oh ya..Majalah Remaja, ada kat sidebar dia pula. :) Blog popular ini. So kalau anda nak kan inspirasi, datanglah ke blog Aku Penghibur. Dan jangan lupa senyum bila berkunjung ke sana ya.

Sekian sahaja untuk blog review kali ini. Jika anda berminat blog direview, sila baca dan komen dulu di page Nak Blog Anda Direview?

Selasa, 5 Februari 2013

Mohon jawatan pegawai ATM kena ada Ijazah kelas pertama

Barisan angkatan tentera ATM Malaysia
Kuala Lumpur: Mulai tahun ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan syarat baru dalam pengambilan serta melatih pegawai dan anggota sejajar hasrat negara menjadikan warga pasukan itu bertaraf dunia.

Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata syarat baru yang diperkenalkan itu merangkumi dua perubahan dalam pengambilan pegawai dan anggota yang akan dinilai melalui kelulusan akademik.

Laksana awal tahun ini

“Syarat baru ini kami mula laksanakan awal tahun ini, iaitu jika seseorang individu memohon menjadi pegawai muda, kelayakan akademik dinilai adalah dengan memiliki ijazah kelas pertama dengan kepujian dalam mana-mana bidang.

“Berbeza dengan syarat sebelumnya yang hanya dinilai dengan memiliki ijazah, tanpa mengira kelas pertama atau kedua dan diploma dalam apa-apa bidang,” katanya, baru-baru ini.

Zulkifeli berkata, syarat baru kedua ialah individu yang memohon untuk pengambilan anggota lain-lain pangkat hendaklah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Beliau berkata, sebelum ini permohonan untuk jawatan anggota lain-lain pangkat sekadar memerlukan kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

“Ini selaras hasrat ATM khususnya dan negara amnya dalam menjadikan pegawai dan anggota ATM bukan saja mempunyai kelebihan fizikal dan mental, malah kelebihan dari segi akademik yang mampu mengangkat nama ATM,” katanya. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian