Boros Di Aralom: News Edisi Sesi Review Blog
Memaparkan catatan dengan label News Edisi Sesi Review Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label News Edisi Sesi Review Blog. Papar semua catatan

Rabu, 6 Februari 2013

[News Edisi Blog Review] Jom Senyum Bersama Aku Penghibur - www.akupenghibur.com

Entri terbaru blog aku penghibur - wordless wednesday
Selamat pagi dan salam 1Blogger kepada semua blogger dan salam 1Malaysia kepada semua pembaca. Untuk edisi blog review hari ini, saya nak kongsi pula blog www.akupenghibur.com yang juga terkenal dengan tagline "Jom Senyum Bersama Aku Penghibur". Sebelum bercerita lebih lanjut, bagi sesiapa blogger yang mahu blognya direview, boleh komen dekat page Nak Blog Anda Direview? Ini bukan segmen, tapi hanya sebagai wadah perkongsian dalam dunia blogger.

Sekilas pandang, bagi yang sudah biasa mengunjungi blog ini, memang ianya sangat simple dengan gabungan warna hijau di tepi dan putih sebagai background entri. Template sebegini lah yang akan membuatkan sesebuah blog itu ringan dan cepat loading.

Mengenai www.akupenghibur.com:-
- Follower: 2837
- Facebook Page: Aku Penghibur [dot] com
- Twitter: Mohd Izahar sabtu (Akupenghibur)

Dari segi entri pula, blog Aku Penghibur ini banyak menyajikan pembaca dengan informasi, pedoman, inspirasi, dan juga hiburan. Tak hairanlah bila sekali baca entri, teringin pulak nak baca entri-entri yang lain. Kalau tak silap saya, blog ini juga pernah keluar majalah. Oh ya..Majalah Remaja, ada kat sidebar dia pula. :) Blog popular ini. So kalau anda nak kan inspirasi, datanglah ke blog Aku Penghibur. Dan jangan lupa senyum bila berkunjung ke sana ya.

Sekian sahaja untuk blog review kali ini. Jika anda berminat blog direview, sila baca dan komen dulu di page Nak Blog Anda Direview?

Khamis, 31 Januari 2013

[News Edisi Blog Review] www.pengerindu.com - "Bukan Sekadar Weblog Biasa"

Logo blog Pengerindu.com
Salam 1Malaysia kepada para pembaca dan salam 1Blogger kepada semua blogger. Hari ini sempat lepak kat  blog www.pengerindu.com dengan taglinenya "Bukan Sekadar Weblog Biasa". Sebenarnya dah lama saya nak review blog ini tapi entah kenapa dua tiga hari lalu, blog ini tidak dapat dibuka. Mungkin server error kot..nasib baik pagi ini boleh buka dan baca dah. Ini adalah blog ketiga yang direview dan jika anda adalah seorang blogger dan nak blog anda direview, sila layari page Nak Blog Anda Direview? untuk info lanjut.

Tidak dinafikan bahawa blog www.pengerindu.com ini memang popular dan mempunyai fans yang banyak. Templatnya yang mudah dinavigasi dengan warna serba hitam cerah juga turut dihiasi corak-corak dari bumi Kenyalang. Rasanya boleh agak dah yang blogger www.pengerindu.com ini berasal dari Sarawak. Betul tak Jacky Juing? Widget juga diletak kemas di sebelah kanan dan tersusun dengan rapi.

Dari segi entri pulak, blog ini banyak mengongsikan tentang berita terkini terutama yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak. So, jika anda tidak mahu terlepas dari update terkini www.pengerindu.com, sila la follow dan like Facebook pagenya PengeRindu.com

Maka dengan itu, cukup lah blog review untuk kali ini. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai blog www.pengerindu.com, apa kata kalau terjah je. Banyak info menarik kat sana. Siap ada ebook belajar bahasa iban lagi. Dan sekali lagi saya war-warkan, jika anda adalah seorang blogger yang tidak kisah blognya direview, sila daftar di ruangan komen page Nak Blog Anda Direview?

Rabu, 30 Januari 2013

[News Edisi Blog Review] Fatin Aziz's Belog

Fatin Aziz'z Belog
Salam 1Malaysia kepada semua pembaca dan salam 1Blogger kepada semua yang bergelar blogger. Hari ini sempat buat review untuk satu lagi blog rakan iaitu Fatin Aziz's Belog. Sebab dia dah setuju blognya direview kat facebook tadi jadi saya pun bersedia nak terjah blog dia pulak. Kalau anda seorang blogger dan mahu blog anda direview juga, sila rujuk page Nak Blog Anda Direview?

Sebelum ini, saya ada buat review pertama dengan blog aku punyer lah! Jadi kiranya, blog Fatin ini adalah yang kedua. Biasalah baru nak start buat benda ni. Tujuannya, untuk saya belajar dunia blogging di samping menambah kenalan blogger.

Berbalik pula kepada blog Fatin Aziz's Belog. Secara keseluruhannya, saya melihat blog cik adik kita sorang ini sangat kreatif dengan kombinasi warna pink cerah. Siap letak gambar peribadi kat header. Cun gitu. Dan kalau korang pasang speaker, korang akan dengar lagu best, Ku Pilih Hatimu dendangan Ussy ft. Andika. Hati siapa tu Fatin?? Ehem..

Tentang Fatin Aziz's Belog:
1. Genre: Personal blog
2. Follower: 997

Dari segi entri pulak, Fatin Aziz's Belog diupdate hampir setiap hari dan kebanyakkan entri adalah bersifat personal . Selain itu terdapat juga pelbagai tips dan info yang berguna kepada para pembaca.

Jika anda nak tahu lebih banyak mengenai Fatin Aziz's Belog, datanglah berkunjung. Taip-tiap hari pun tak per. So, sekian sahaja perkongsian singkat mengenai blog ini dan semoga maju jaya dalam apa sahaja yang dilakukan. Kepada Fatin, wish you all the best with you wishlist!! Semoga tercapai tidak lama lagi. Laptop dah dapat, sambung study on the way, DSLR pun dah ade, teddy bear besar pun dah..wah..almost there!!

Kepada blogger lain yang tak kisah blognya direview, boleh lah terjah page Nak Blog Anda Direview?

Ahad, 27 Januari 2013

[News Edisi Sesi Review Blog] aku punyer lah ! - Sebuah blog mesra pembaca

Blog aku punyer lah!
Salam 1Malaysia dan salam 1Blogger. Kali ini nak mulakan sesuatu yang baru pulak di blog News Edisi Blog Sikarap ini iaitu sesi review blog rakan-rakan blogger. Sebenarnya sesi atau segmen ini dibuat berdasarkan kepada inform consent para blogger juga. Oleh itu sekiranya anda inginkan blog anda direview selepas ini, sila baca dulu info kat page Nak Blog Anda Direview?. Terus terang saya katakan di sini, saya bukan lah seorang blogger lama yang tahu banyak perkara. Tapi melalui sesi review ini lah saya secara tidak langsung akan belajar dan menimba ilmu dari anda blogger-blogger lain di luar sana.

Untuk sesi pertama ini, sempat buat review blog www.akupunyerlah.com- aku punyer lah! Bukan blog saya tapi ini ialah milik blogger zoul ya. Secara keseluruhannya, saya simpulkan blog ini sebagai sebuah blog mesra pembaca yang menghimpunkan banyak informasi berguna kepada pembaca dan  juga mesra SEO.

Dari segi penggunaan widget pula, blog ini mempunyai susunan widget yang teratur, kreatif dan senang nak navigate. Saya sendiri pun tak tahu macam mana nak buat widget yang boleh berubah bentuk bila kena 'hover' tu.

Mengenai blog aku punyer lah!
- Jumlah Follower: 1059
- Fanpage Facebook: akupunyer[dot]com
- Akaun Twitter: zoul0408
-Entri Paling Popular: [Gambar] UiTM Lendu Diganggu Makhluk Halus

Memang banyak benda baru yang saya belajar dari blog ini. Tapi sedikit sahaja yang sempat saya kongsikan dan anda boleh melayari dan enjoy blog aku punyer lah! bila-bila masa. Tengok bagaimana susunan blog zoul yang teratur itu.

So, kalau anda mahu blog anda direview lepas ini, sila baca info kat page Nak Blog Anda Direview?. Ini kerana kita kena minta inform consent atau persetujuan bersama dari blogger dulu sebelum buat review. Mana tau kalau-kalau blogger itu tidak mahu blognya diperbuat sedemikian. Sekian.

Iklan Sisipan: 
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!