Barisan angkatan tentera ATM Malaysia |
Kuala Lumpur: Mulai tahun ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan syarat baru dalam pengambilan serta melatih pegawai dan anggota sejajar hasrat negara menjadikan warga pasukan itu bertaraf dunia.
Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata syarat baru yang diperkenalkan itu merangkumi dua perubahan dalam pengambilan pegawai dan anggota yang akan dinilai melalui kelulusan akademik.
Laksana awal tahun ini
“Syarat baru ini kami mula laksanakan awal tahun ini, iaitu jika seseorang individu memohon menjadi pegawai muda, kelayakan akademik dinilai adalah dengan memiliki ijazah kelas pertama dengan kepujian dalam mana-mana bidang.
“Berbeza dengan syarat sebelumnya yang hanya dinilai dengan memiliki ijazah, tanpa mengira kelas pertama atau kedua dan diploma dalam apa-apa bidang,” katanya, baru-baru ini.
Zulkifeli berkata, syarat baru kedua ialah individu yang memohon untuk pengambilan anggota lain-lain pangkat hendaklah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Beliau berkata, sebelum ini permohonan untuk jawatan anggota lain-lain pangkat sekadar memerlukan kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
“Ini selaras hasrat ATM khususnya dan negara amnya dalam menjadikan pegawai dan anggota ATM bukan saja mempunyai kelebihan fizikal dan mental, malah kelebihan dari segi akademik yang mampu mengangkat nama ATM,” katanya. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan