Boros Di Aralom

Isnin, 4 Mac 2013

Tips Utama Tingkatkan Trafik Blog

Tips tingkatkan trafik blog
Tidak dinafikan, banyak blogger yang mengimpikan supaya blog mempunyai trafik yang mencanak ribu-ribu setiap hari sehingga ada yang digelar sebagai 'gila trafik'. Memang tak salah fikir macam tu, siapa blogger yang tak nak blognya mempunyai trafik yang tiggi? lain lah kalau blog itu dah di'privatekan. Banyak cara sebenarnya untuk tingkatkan trafik ke blog tapi dalam entri kali ini, saya nak kongsi satu tips saja. Apa dia tips utama tingkatkan trafik blog?

Jawapannya ialah kualiti isi blog. Membina blog bertrafik tinggi bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan masa berbulan-bulan. Sama juga dengan menanam sayur atau buah-buahan. Pastinya tiada benih yang ditanam hari ini, esok akan membuahkan hasil. Dan jika benih yang ditanam itu adalah berkualiti tinggi serta dijaga dengan baik, ianya akan mengeluarkan hasil yang banyak dan bermutu tinggi. Demikian juga sama halnya dengan menulis blog. Jika isi blog yang ditulis itu berkualiti di mana ianya mampu memberi informasi padat dan mendalam kepada si pembaca, maka ianya juga akan menjadi pilihan ramai.

Bagaimana trafik dijana dari blog yang berkualiti ini? pertamanya ialah dari si pembaca sendiri. Apabila seorang pembaca merasakan bahawa artikel yang ada dalam blog itu sangat membantu menyelesaikan persoalan yang ada padanya, maka berkemungkinan besar pembaca ini akan mengongsikan atrikel tersebut ke dalam media sosial lain seperti twitter dan facebook. Artikel anda mungkin akan menjadi viral dan seterusnya menjangkau lebih banyak pengunjung ke blog.

Selain itu, isi blog yang berkualiti biasanya menjadi rujukan terutama kepada blogger lain yang menjadi pembaca blog anda. Blogger ini mungkin akan menulis sebuah entri yang berkaitan dengan salah satu entri dalam blog anda dan kemudian memasukkan link blog anda dalam artikelnya. Secara tidak langsung, anda sudah mempunyai backlink percuma. Backlink ini sangat penting untuk menaikkan ranking blog dalam enjin carian.

Kesimpulannya, membina trafik blog yang tinggi adalah satu usaha jangka panjang. Trafik datang secara tidak langsung jika si blogger itu menulis artikel yang berkualiti tinggi bukan sahaja kepada pembaca malah juga kepada enjin carian. Walaupun mungkin sekarang ini trafik blog masih lagi rendah, tumpukan saja kepada kualiti isi blog terlebih dahulu berbanding trafik, page rank dan backlink. Semua itu akan menyusul kemudian. Jangan saja buat entri yang berunsur fitnah. Tak baik sajikan pembaca dengan fitnah yang boleh merosakkan pemikiran terutama kepada mereka yang kurang bijak membuat pertimbangan munasabah.

Sekian untuk perkongsian. Jika anda mempunyai buah fikiran untuk dikongsikan, sila lah komen ya.

Jumaat, 1 Mac 2013

Tips Memilih Niche Blog

Traffik blog yang berfokus
Sebelum ini saya ada membuat entri mengenai Panduan Asas Memilih Niche Blog Yang Boleh Jana Duit. Kali ini, saya nak kongsi beberapa lagi tips bagaimana memilih niche blog.
Berikut merupakan gambaran mudah untuk anda memahami konsep niche ini:-
Sukan>>Berbasikal>>berbasikal marathon (niche) 
Kereta>>Kereta Sport>>Ferrari (niche) 
Fesyen>>baju>>baju pengantin (niche)

Amnya, niche ini merupakan sub-kategori paling khusus dalam sebuah kategori umum. Kita sebenarnya boleh sahaja berblog mengenai sukan, kereta, atau fesyen. Tapi tujuan kenapa kita harus mengecilkan lagi kategori tersebut ialah untuk menghasilkan isi yang berfokus (focused content). Kita anggap pengunjung blog mencari sesuatu yang khusus dan kita mahu mereka mendapatkannya di blog kita.

Kata lah ada seorang pelawat blog ini sedang ghairah mencari 'joran pancing yang terbaik', dan dibawa oleh enjin carian ke blog anda yang bertajuk "Joran Memancing", secara tidak langsung anda sudah memuaskan keinginannya. Itu pun jika anda banyak menulis info mengenai joran pancing. Kemungkinan besar juga pengunjung itu akan menjadi pembeli jika anda turut menjual joran pancing di blog.

Dengan cara ini, sebenarnya kita tidak memerlukan trafik yang banyak untuk menjana pendapatan. Ini kerana trafik yang datang ke blog kita merupakan sasaran blog. Bak kata orang putih, traffik yang datang adalah highly targeted. Apabila pengunjung itu adalah sasaran blog, kemungkinan besar mereka akan membeli produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan melalui blog.

Untuk memfokuskan lagi niche kita, apa kata buat blog bertajuk "Joran Memancing dari Bambu". Nah, ini makin highly targeted. Semakin kecil sub kategori blog, semakin kuat lah niche blog anda.

Harap dengan perkongsian singkat ini dapat memberi sedikit info berguna terutama kepada mereka yang baru mula nak blogging. Sebenarnya anda tidak perlu terikat dengan mana-mana peraturan niche, terpulang kepada anda untuk berblog mengenai apa sahaja. Tapi jika anda mensasarkan sesuatu dari blog anda macam anak panah dalam pertandingan memanah, haruslah tahu siapa sasaran anda dan menulis hanya untuk golongan tersebut. Bagi anda yang mahu berkongsi buah fikiran mengenai niche ini, boleh lah komen ya. Sekian, happy blogging!