Boros Di Aralom: Tips Blogging
Memaparkan catatan dengan label Tips Blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Blogging. Papar semua catatan

Ahad, 22 September 2013

Panduan asas dan cara buat blog

Hari ini saya nak kongsi panduan atau cara buat blog dengan menggunakan platform Blogger. Cara ini sangat sesuai dijadikan panduan paling asas kepada anda yang baru pertama kali nak buat blog. Dan kepada yang dah lama berblogging, anggaplah ini sebagai perkongsian untuk refresh balik ilmu blogging. Lagi pun sekarang dashboard blogger.com dah kena ubahsuai sikit.

Berikut adalah langkah-langkah asas cara buat blog: Sebelum tu, saya beranggapan yang anda sudah memiliki email google sendiri. Kalu belum ada email google, sila buat dulu.

Untuk buat blog, pergi ke Blogger.com dan masukkan email serta password anda. Disebabkan Blogger.com adalah milik Google, jadi anda gunalah alamat dan password email gmail anda. Ikuti langkah-langkah dalam gambar-gambar di bawah.

 Lepas anda masuk laman web Blogger.com, anda akan nampak dashboard macam kat bawah ini. Tekan "New Blog" untuk memulakan blog anda.

 Lepas tu, anda boleh pilih tajuk atau nama blog dan alamat blog anda. Saya sarankan agar anda menggunakan alamat blog yang sama dengan tajuk blog anda. Contohnya, jika anda buat tajuk "Kedai Baju Kurung Sofea", maka gunalah alamat "kedaibajukurungsofea.blogspot.com". 

 Dah buat tajuk dan alamat blog, pilih lah template yang anda suka. Template ini boleh diubah bila-bila masa anda suka kelak. Kemudian klik "Create blog!" untuk mula menulis entri. Klik "Start posting" untuk buat entri.


Dalam entri anda tu, kongsilah apa sahaja yang ada di kepala otak korang. Apa tajuk dan huraikannya. Lepas dah siap, anda klik "publish" untuk menerbitkan entri. Harus diingat, sekali anda tekan publish maka entri anda itu sudah boleh dibaca oleh orang lain. Jangan saja buat entri kontroversi, nanti kena saman macam Papa Gomo.

Selepas anda publish entri, anda kongsilah entri anda itu dengan kawan-kawan di Google Plus. Nak kongsi kat facebook dan twitter pun boleh.

Kalau anda nak tengok hasil tulisan entri anda tu, lihat sebelah kiri dan klik 'Posts' kemudian klik 'all' dan anda boleh lihat senarai tajuk entri anda. Klik 'view' di bawah tajuk entri untuk lihat entri penuh di blog anda.

 Tahniah..sekarang anda sudah ada blog sendiri. Kat bawah ini adalah rupa blog anda bila anda tekan 'view' tadi.

Jika anda mahu menambah entri baru dalam blog, masuk semula ke dashboard blogger.com dan klik "Create new post". Kemudian ulangi langkah 7 sampai 10. Senang je kan.




Demikian sahaja panduan asas buat blog yang boleh saya kongsi setakat ini. Saya harap panduan cara buat blog ini boleh membantu anda memahami dan memulakan blog anda sendiri. Ianya mudah dan hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit pun.


Entri berkaitan >> 10 Jenis blog pilihan

Selasa, 25 Jun 2013

Nuffnang dan Churp-churp, mana satu yang bayar lebih?

Nuffnang dan Churp-churp...pastinya kebanyakan pengamal media sosial seperti blogger, facebook dan twitter sudah lama kenal dengan dua benda ini.

Nuffnang, secara amnya merupakan sebuah syarikat pengiklanan yang menjadi pilihan ramai blogger. Blogger akan dibayar jika pengunjung blog mengklik iklan dalam blog. Kunjungilah mana-mana blog, pasti kebanyakkannya menyiarkan iklan dari Nuffnang.

Churp-churp pula merupakan 'adik' kepada Nuffnang yang baru diperkenalkan sekitar tiga tahun yang lalu. Churp-churp juga merupakan satu platform pengiklanan tetapi bezanya ia lebih kepada iklan perkongsian sosial. Maksudnya, iklan mereka dikongsi oleh kita menerusi laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Kita akan dibayar jika ada rakan-rakan kita yang mengklik iklan yang kita kongsikan itu. 
Contoh earning churp-churp. Jom sertai Churp Churp

 Earning Churp-churp VS Nuffnang
Contoh earning Nuffnang. Letak lah iklan Nuffnang dalam blog.
Jadi, mana satu yang bayar lebih? Bagi iklan Nuffnang, setiap klik dalam blog akan dibayar sekitar RM0.25 hingga RM0.50. Malah bagi yang berstatus Glitaretti, bayaran mereka adalah lebih tinggi. Churp-churp pula membayar sekitar RM0.20 dan RM0.40. Memang nampak di sini bahawa Nuffnang lebih masyuk berbanding Churp-churp. 

Tapi...semuanya itu bergantung kepada sejauh mana pengaruh kita dalam alam maya. Bagi yang mempunya blog bertrafik tinggi, memang peratus pengunjung yang mengklik iklan juga akan tinggi. Namun, kebanyakkan blog yang bertrafik tinggi ini biasanya memilik platform pengiklanan yang lebih masyuk seperti Innity dan Komli. 

Untuk Churp-churp pulak, ianya memberi kelebihan kepada individu-individu yang memang dah terkenal di luar alam maya seperti artis dan pelakon tanah air. Tambahan pula mereka memiliki jumlah pengikut (fans) di laman sosial yang begitu ramai. Pengikut ini pastinya akan sentiasa peka dengan status terkini idola mereka. Bila idola mereka tweet sesuatu, memang akan mendapat perhatian. So, kalau kurang femes, jangan mimpi nak dapat pengikut beribu riban kat Twitter. Lainlah kalau pengikut itu dibeli dari servis menambah follower. Tapi percayalah, servis itu tidak akan memberi folower yang berkualiti untuk anda. Look for quality, not quantity. Beli servis retweet lagi bagus. :P

Saya sudah pernah cashout Nuffnang dan Churp-churp ini walaupun tak banyak. Dulu masa ada sponsored tweet, memang income Churp-churp masyuk. Tapi sekarang entah lah  kenapa dah tak der. Mungkin sebab pengiklanan kat Twitter itu kurang memberi kesan kepada para pengiklan kot.. :(

Tapi kalau korang nak pasif income lebih masyuk, letak lah Nuffnang dan Churp-churp sekali dalam blog. Churp-churp tidak akan ganggu status Gliteratti korang. Sebab mereka bersaudara. Lain lah kalau letak iklan Advertlets dan 8Share. Status Nuffnang pasti akan tukar kaler dari kuning ke biru. Namun jumlah pendapatan tu sebenarnya bergantung juga kepada usaha. Kalau rajin kongsi, banyak lah dapat klik. Tapi kalau sekadar auto update iklan churp-churp macam yang saya selalu buat, memang lah income tak seberapa. Folower pun berapa ketul jer. Huhu

Satu je nasihat saya, jangan sesekali minta kengkawan hingusan kita untuk mengklik iklan dalam blog. Tak kira lah itu iklan Nuffnang atau Churp-churp. Nanti kena ban. Nak apply balik, terpaksa start dari RM0.00 kan..Nah baru padan muka. Itu pun kalau kena approve. No IC kita dah ada kat rekod mereka tau. Macam mana mereka tahu? senang saja, mereka boleh detect dari IP dan cookies. Cookies bukan yang biskut okay..

Last but not least..happy blogging and happy churping. Enjoy the writing and avoid the cheating. Learn and earn... cheewah. Jom sama sama sertai Nuffnang dan Churp-churp bagi yang belum menyertai.

Rabu, 19 Jun 2013

Buffered Earning Nuffnang berlambak tapi traffik blog sikit

Nah, satu lagi dilema yang dialami oleh kebanyakkan blogger khasnya di Malaysia. Dari dulu dah teringin sangat nak dapat Buffered Earning, bila dapat...gembira sakan sebentar..tapi bila check earning..adeiii..naik seposen je sehari sebab traffik tak banyak..sekitar 100UV je..huhu..kesian kan..macam blog gua ni la. 

Apa lagi kalau BE tu berlambak sampai 5 ke 6 bijik sekali. Whoa..siapa tak nak kan..kalau dapat BE ini memang senang hati kejap..pengunjung tidak klik iklan kita pun boleh buat duit jugak. Kira macam dibayar untuk setiap pengunjung blog gitu. Kalau iklan BE kena klik, lagi masyuk lah earning korang. Tapi jangan pula mintak orang lain tolong klik iklan. Nanti kena ban oleh si Nuffnang, padan muka. Nanti macam kisah si anjing dengan bayang-bayang.

Anyway, kalau gua la kan..berblog ini hanya lah sebagai hobi dan tempat untuk berkongsi serta meluah perasaan.  Pasal trafik..gua memang tidak kisah dah sekarang..dulu memang bergelora hati nak tingkat trafik sampai blogwalking berpuluh-puluh blog sehari..tapi tak salah juga kalau blogwalk banyak-banyak. Nanti boleh discover banyak blog lain yang mampu memberi inspirasi..jangan saja SPAM shoutbox tu..

Blog ini, gua dapat beberapa kerat BE ..tapi trafik tak lah setinggi mana. Agaknya, Nuffnang ini suka bagi BE kat blog yang bertrafik rendah dan sederhana je kan..patut lah ramai blogger bertrafik tinggi ini berhijrah ke platform lain..macam Innity tu...hehe..Innity lagi masyukkk tau..tapi kalau trafik tak smpai ribuan UV sehari..angan-angan mat jenin je la jadinya.. macam mana blogger wanita boleh menang RM10,000 dengan Kotex?

Apa pun keadaannya, gua pasti kebanyakkan blogger berblog kerana hobi dan minat dalam dunia penulisan. Kalau dulu masa kecil remaja, khasnya perempuan, memang suka buat diari..berblog pun macam tu la..cuma yang buat blogging ini lagi syok ialah bila kita boleh jana pendapatan pasif melaluinya..sikit-sikit lama lama jadi bukit...hehe..

Happy Blogging kepada teman-teman..

Selasa, 18 Jun 2013

Tips bagaimana nak dapat approval dari Google Adsense untuk blog?


Salah satu cara terbaik untuk menjana wang dengan blogging ialah melalui pengiklanan. Majoriti blogger akan memilih Google Adsense sebagai cara terbaik untuk menjana wang pasif. Namun untuk mendapatkan approval dari Google Adsense tidak lah semudah yang disangka. Tapi jangan risau, di sini terdapat beberapa tips yang boleh dipraktikkan. 

1. Tulis artikel/entri yang berkualiti dalam blog anda. Ini adalah kriteria utama yang harus diikuti sekiranya anda mahu dapat approval dari Google dan elakkan daripada buat entri 'kopi pasta'.

2. Usia blog anda haruslah sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum anda memohon Google Adsense.

3. Traffik harian harus melebihi angka 100-200 paparan unik. Google Adsense sangat mementingkan trafik blog. Bagi anda sendiri, mahu kah anda beriklan di blog yang bertrafik rendah?

4. Jumlah post/entri dalam blog haruslah dalam sekitar 30-40. Dan pastikan anda update blog dengan kerap.

5. Ikut terma dan syarat Google Adsense. Boleh baca kat https://www.google.com/adsense/localized-terms

6. Guna emel yang sama jika permohonan Google Adsense kali pertama anda ditolak. Perkara akan menjadi lebih rumit jika anda guna emel yang berlainan. Dan pastikan emel anda adalah milik anda.

Sebenarnya Google Adsense bukanlah satu-satunya cara untuk menjana duit dalam blog. Ramai blogger khasnya di Malaysia, Filipina, dan Singapura yang menggunakan platform pengiklanan Nuffnang. Saya guna Nuffnang dan Adhitz. Tiada masalah kalau nak letak banyak. Yang penting, harus baca dulu apa terma dan syarat kalau nak apply. Saya juga dapat jana wang pasif dengan pengiklanan Churp-churp

Khamis, 13 Jun 2013

Blog dapat 30,000 pageviews sebulan

30 ribu pageviews je pun nak bermegah ker?? orang lain dapat 100,000 malah ada yang dapat juta-juta pageviews dalam masa sebulan..huhu..tapi kira ok lah kan, daripada dua tiga kerat je pengunjung blog sebulan..
Trafik blog 'eksperimen'  sebulan
Tapi blog yang gua maksudkan bukan blog EdisiBlogger ini ya, tapi blog 'eksperimen' gua yang satu lagi. Usia baru sekitar 2 bulan. Nama biarlah rahsia..dah nama pun blog untuk tujuan eksperimen jew. Blog itu gua buat berdasarkan niche tertentu. 

Trafik datang dari mana? secara keseluruhannya, trafik utama dibawa oleh enjin carian pakcik google. Kira macam trafik organik la. Adalah sikit-sikit guna servis ping tapi trafik yang datang dari pingler ini tersangatlah sedikit. Begitu juga dengan RSS Graffiti kat Facebook tu.. :( Blogwalking untuk promosi pulak jauh sekali gua buat..blog eksperimen itu gua nak lihat performance tanpa guna trafik xchange, tanpa blogwalking, tanpa link building, dan tanpa promosi kat blog rakan-rakan.

Sebenarnya blog itu gua buat saja nak try test macam mana performance blog yang menggunakan niche spesifik dan memang terbukti blog eksperimen itu jauh lebih bagus dari blog EdisiBlogger ini. Trafik bukan saja meningkat malah ianya adalah targeted traffic. Baru sebulan lebih dah dapat 30k views yang majoritinya datang dari google search engine. Dulu masa start buat EdisiBlogger, selepas 2 bulan pageviews baru 1-2ribu jew..kesian..Anyway, the reason is 'niche'..pakcik google suka dengan blog yang ber'niche'. Dulu gua tak faham apa itu niche..buat blog pun sekadar terikut-ikut dengan kawan...sekarang dah faham sikit-sikit.

Tapi apa yang penting, walaupun blog ciput EdisiBlogger ini tidaklah sebaik blog eksperimen itu, tapi gua tetap sayang..hehe..sebab gua memang minat berblog..walaupun trafik sikit..gua tetap puas hati..kan kan kan.. Eh..dah cuba berblog guna Ultrabook Acer ker? Macam best jew tu..

Pasal blog 'eksperimen' tu pulak, gua akan terus update dan lihat performance selepas 6 bulan..oh ya, mungkin trafik blog eksperimen itu juga dipengaruhi oleh bahasa yang digunakan..blog tu gua guna bahasa Inggeris..Serius, gua sebenarnya masih tak mahir bahasa omputih..tapi kalau setakat 'oh my english'..gua boleh lah pakai sikit-sikit..nak gi pasar beli ikan masin pun dah tak boleh kena tembirang..ha ha..

PS: Kalau nak berblog secara serius, pastikan anda pilih niche yang korang minat dan korang banyak pengetahuan mengenainya...tak tahu apa itu niche? search saja di Google..gua sekadar berkongsi pengalaman sendiri..

Rabu, 6 Mac 2013

Tak kisah dengan entri copy paste

Si Copy dan Si Paste
Kalau kita lihat dan baca, memang banyak blog yang menyajikan kita dengan entri yang dikopi-pasta "copy paste" dari sumber-sumber tertentu. Bagi saya, tak kisah pun kalau itu adalah entri copy paste atau bukan. Malah dengan cara ini lah kita boleh menyebarkan informasi secepat yang boleh. Apa lagi kalau informasi itu sangat mustahak contohnya yang melibatkan keselamatan kita.

Apa yang sering menjadi masalah dengan entri copy paste ini ialah apabila entri itu tidak dihubungkan semula (backlink) dengan entri asal sehingga digelar sebagai 'pirated content'. Jika sesuatu artikel penulisan atau entri dalam blog itu ditulis seratus peratus dari akal fikiran kita sendiri, sudah pastilah ia menjadi harta intelek kita dan kita ada hak milik (copyright) ke atasnya. Pakcik Google sendiri pun dah revise benda ini baru-baru. Sampai banyak blog dan website yang kena blacklist sebab mempunyai isi yang dicuri dari sumber tertentu.

Bagi yang belum tahu, kalau nak ambil sesuatu content dalam blog orang lain atau dari mana-mana sumber, hendaklah minta izin dari si empunya dulu. Atau pun letakkan semula backlink ke entri asal. Barulah pembaca tahu siapa sebenarnya yang tulis benda yang kita tulis or copy paste tu.

Sekadar perkongsian ya. Kalau nak copy paste, buat dengan cara beretika. Saya pun selalu juga buat kopi pasta ni dulu.

Selasa, 5 Mac 2013

Kepentingan Email List dalam Blog

Kepentingan senarai emel
Senarai emel (email list) dalam blog merupakan satu 'senjata' yang sangat penting sekiranya anda mahu membina empayar pembaca blog anda atau mahu menjana duit secara konsisten dengan blog.

Bagaimana ia berfungsi?
Email list ini sebenarnya memberi kebaikan bukan sahaja kepada blogger tetapi juga kepada pembaca blog. Dan sekiranya anda adalah seorang blogger bisnes, maka senarai emal ini sangat-sangatlah penting. Memiliki senarai emel sama lah seperti memiliki senarai alamat rumah atau senarai nombor telefon prospek. Jika ingin memasarkan sesuatu produk terutamanya produk digital seperti ebook, software dan video pemasaran, sudah tentu kita memerlukan prospek. Prospek ialah mereka yang berminat dengan produk kita. Dari mana nak dapatkan prospek? salah satu cara ialah dengan membina senarai email di dalam blog.

Beberapa hari lepas, saya dihubungi oleh seorang konsultan kewangan dari CIMB dan dia menawarkan kepada saya untuk mengambil BIJAK MALAYSIA yang merupakan produk terbaru CIMB berbentuk bankasurance. Disebabkan tawaran tersebut sangat baik maka saya pun bersetuju untuk menyertainya dengan membayar RM100 sebulan. Saya adalah pelanggan CIMB dan semasa saya mengisi borang untuk membuka akaun dengan CIMB, saya masih teringat akan satu kolum yang menyatakan "adakah anda bersetuju untuk dihubungi oleh pegawai kami akan produk baru yang ditawarkan oleh CIMB?", dan saya bersetuju.

Jadi saya melihat senarai emel ini juga berfungsi seperti teknik CIMB ini. Apabila anda mempunyai sebarang produk atau perkhidmatan yang ingin anda pasarkan, senarai email yang anda peroleh dari blog sangat membantu untuk mendapatkan pembeli. Tapi satu perkara yang harus diingat ialah, produk itu haruslah berkaitan dengan apa yang anda katakan dalam blog anda. Ini kerana, pembaca akan melanggan sesebuah blog itu apabila ia menarik perhatiannya atau memenuhi kehendaknya sebagai pembaca. Dan pembaca ini mengharapkan agar anda seringkali mengupdate blog dengan satu informasi yang mampu menyelesaikan persoalan atau masalah mereka. Pendek kata, pembaca yang melanggani blog anda adalah peminat kepada blog anda.

Saya harap dengan perkongsian singkat mengenai kepentingan email list dalam blog ini, boleh membuka minda terutama kepada mereka yang baru mula nak berblog. Saya sarankan agar anda memasang widget subsciption email seawal hari pertama anda berblog seperti yang ditulis dalam entri 10 perkara yang perlu dibuat pada hari pertama berblogging.

Jumaat, 1 Mac 2013

Tips Memilih Niche Blog

Traffik blog yang berfokus
Sebelum ini saya ada membuat entri mengenai Panduan Asas Memilih Niche Blog Yang Boleh Jana Duit. Kali ini, saya nak kongsi beberapa lagi tips bagaimana memilih niche blog.
Berikut merupakan gambaran mudah untuk anda memahami konsep niche ini:-
Sukan>>Berbasikal>>berbasikal marathon (niche) 
Kereta>>Kereta Sport>>Ferrari (niche) 
Fesyen>>baju>>baju pengantin (niche)

Amnya, niche ini merupakan sub-kategori paling khusus dalam sebuah kategori umum. Kita sebenarnya boleh sahaja berblog mengenai sukan, kereta, atau fesyen. Tapi tujuan kenapa kita harus mengecilkan lagi kategori tersebut ialah untuk menghasilkan isi yang berfokus (focused content). Kita anggap pengunjung blog mencari sesuatu yang khusus dan kita mahu mereka mendapatkannya di blog kita.

Kata lah ada seorang pelawat blog ini sedang ghairah mencari 'joran pancing yang terbaik', dan dibawa oleh enjin carian ke blog anda yang bertajuk "Joran Memancing", secara tidak langsung anda sudah memuaskan keinginannya. Itu pun jika anda banyak menulis info mengenai joran pancing. Kemungkinan besar juga pengunjung itu akan menjadi pembeli jika anda turut menjual joran pancing di blog.

Dengan cara ini, sebenarnya kita tidak memerlukan trafik yang banyak untuk menjana pendapatan. Ini kerana trafik yang datang ke blog kita merupakan sasaran blog. Bak kata orang putih, traffik yang datang adalah highly targeted. Apabila pengunjung itu adalah sasaran blog, kemungkinan besar mereka akan membeli produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan melalui blog.

Untuk memfokuskan lagi niche kita, apa kata buat blog bertajuk "Joran Memancing dari Bambu". Nah, ini makin highly targeted. Semakin kecil sub kategori blog, semakin kuat lah niche blog anda.

Harap dengan perkongsian singkat ini dapat memberi sedikit info berguna terutama kepada mereka yang baru mula nak blogging. Sebenarnya anda tidak perlu terikat dengan mana-mana peraturan niche, terpulang kepada anda untuk berblog mengenai apa sahaja. Tapi jika anda mensasarkan sesuatu dari blog anda macam anak panah dalam pertandingan memanah, haruslah tahu siapa sasaran anda dan menulis hanya untuk golongan tersebut. Bagi anda yang mahu berkongsi buah fikiran mengenai niche ini, boleh lah komen ya. Sekian, happy blogging!

Khamis, 28 Februari 2013

10 Jenis blog pilihan

Jenis blog pilihan
Terdapat banyak jenis blog dan ianya datang dari pelbagai bahasa. Berikut merupakan beberapa contoh jenis blog yang menjadi pilihan ramai;

1. Blog Personal. Blog ini merupakan jenis blog yang merangkumi pelbagai kategori. Biasanya mereka berblogging mengenai topik personal seperti politik, musik, keluarga, kesihatan, dan macam-macam lagi.

2. Blog Perniagaan. Biasanya dimiliki oleh golongan profesional dalam bidang yang diceburi seperti guaman, kedoktoran, hartanah, dan perbankan. Mereka mengongsikan kepakaran mereka dan pada masa yang sama mereka menjual produk atau perkhidmatan dan menjadikan blog sebagai medium untuk berinteraksi dengna pelanggan mereka.

3. Blog Pendidikan. Blog merupakan salah satu medium yang baik untuk para guru dan pelajar berkolaborasi dalam projek bilik darjah.

4. Blog Non-profits. Kumpulan-kumpulan kerja amal, yayasan, dan pejuang hak menggunakan blog sebagai alat terbaik untuk meningkatkan kesedaran tentang apa yang mereka perjuangkan. Blog juga menjadi medium unik untuk mengumpul wang derma bagi kegiatan mereka.

5. Blog Politik. Ahli parlimen, parti, agensi kerajaan, dan aktivis menggunakan blog untuk berhubung dengan konstituen mereka. Di Malaysia, blog politik kian menjadi perhatian terutamanya bila pilihanraya makin dekat.

6. Blog Sukan. Kita seringkali membaca blog yang hanya bercerita mengenai sukan. Mereka sering update keputusan terkini perlawanan bola sepak, hoki, badminton, dan sebagainya.

7. Blog Tutorial dan Review. Terdapat juga banyak blog yang berkongsi tips, tutorial, dan review mengenai masakan, permainan, musik, buku, movie dan sebagainya.

8. Blog Kopi-pasta. Blog ini suka mengambil isi dari blog orang lain atau dari mana-mana media lain dan kemudian dimasukkan dalam entri blognya. Hal ini boleh dilakukan tapi perlulah dengan izin si penulis asal atau dengan meletakkan backlink semula ke entri asal.

9. Blog SEO. Blog seperti ini ditulis khas untuk enjin carian dan bukannya difokuskan kepada manusia. Blog ini didedikasikan untuk menipu si Google dan enjin carian lain supaya diranking lebih tinggi.

10. Blog cetak rompak. Blog ini mempromosi ebook, pakej software, movie, muzik, games dan sebagainya yang merupakan cetak rompak. Jika kedapatan, blog ini boleh disaman.

Sebenarnya banyak lagi jenis blog yang ada tapi dengan 10 jenis blog di yang telah diterangkan ini mungkin boleh memberi gambaran yang lebih besar terutama kepada anda yang baru nak mula menulis blog. Baca juga 10 jenis blogger di alam maya

Selasa, 26 Februari 2013

Tips Cara Komen Ke Blog Orang Lain Untuk Tingkatkan Traffik

Sediakan juga kotak komen yang beri backlink percuma
Salah satu cara mudah dan paling berkesan untuk mempromosikan blog ialah dengan memberi komen dalam blog orang lain. Selain mempromosi blog, kita juga boleh membina network sesama blogger. Namun apakah teknik atau cara terbaik memberi komen di blog orang lain? Di sini, saya nak kongsikan dua tips mudah cara memberi komen yang boleh membantu meningkatkan trafik blog anda.

1. Beri komen di blog yang sama niche dengan blog anda. Berilah komen yang merupakan pendapat anda sendiri mengenai artikel yang ditulis dalam blog tersebut. Pastikan komen anda itu membina, ringkas tapi padat. Sertakan juga link blog anda dalam komen.

2. Beri komen di blog yang "tarik" link blog anda secara automatik. Terma biasa yang kita guna dalam hal ini ialah 'do-follow' blog. Bila kita memberi komen di dalam blog ini, secara automatik entri terbaru dari blog kita akan dipaparkan selepas kita memberi komen. Biasanya blog yang menarik entri kita secara automatik ini memasang 'comment luv' dalam blog. Secara automatik juga anda memperoleh backlink ke blog anda. Antara blog popular yang menggunakan comment luv ini ialah blog kujie2.com, sebuah blog yang banyak bagi tips tentang blogging.

Saya harap tips di atas boleh dipakai bila anda mempromosikan blog melalui kaedah 'blog commenting'. Jika anda mempunyai perndapat sendiri mengenai kaedah ini atau mempunyai tips yang mahu dikongsikan, sila lah komen ya.

Ahad, 24 Februari 2013

Panduan Asas Memilih Nama Domain dan Kepentingannya

Panduan pilih nama domain
Secara umumnya, tidak ada peraturan khusus atau peraturan wajib dalam pemilihan nama domain. Nama domain menjurus kepada nama dalam link url blog anda. Contohnya, nama blog saya ini ialah Edisi Blogger dan nama domain saya ini ialah www.edisiblogger.com. Sejauh manakah kepentingan nama domain ini?

Saya pasti anda sudah banyak melayari website-website atau blog-blog yang ada di alam maya ini. Ianya datang dari pelbagai tajuk dan pelbagai kategori. Salah satu peraturan konvensional dalam memilih nama domain ialah dengan menggunakan ‘keyword’ di dalam domain. Contohnya jika anda menulis tentang kesihatan, pilihan domain perlulah mengandungi frasa-frasa seperti, diet, senaman, sihat, dan langsing.

Tapi harus diingat juga bahawa sebuah nama domain yang bagus biasanya mengandungi gabungan dua atau tiga keyword yang berkaitan. Sekiranya anda memerlukan bantuan atau ‘alat’ untuk mencari nama domain yang bersesuaian dengan blog/website anda, pergi saja ke Instant Domain Search untuk menentukan sama ada nama domain anda itu masih available atau tidak.

Kenapa pemilihan nama domain yang bersesuaian itu penting? Bukan sahaja membantu enjin carian untuk menjejaki blog anda malah nama domain ini juga penting untuk pembaca mengenali blog anda terutama kepada pelawat baru. Konteks ini sebenarnya sangat mudah untuk difahami. Katakan anda sedang berjalan di sebuah pasaraya besar seperti KLCC. Di dalam KLCC ini banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Setiap kedai itu juga memiliki nama kedainya tersendiri.  Dari nama kedai itu, anda sudah mempunyai gambaran awal akan apa barangan yang dijual di dalam kedai itu. Contohnya, kedai KARYA BOOKSTORE. Melihat saja nama ini pasti akan terlintas di fikiran kita bahawa kedai ini menjual buku. Hal ini juga sama dengan konteks pemilihan nama domain.

Satu lagi persoalan yang mungkin timbul dalam fikiran kita, macam mana pula dengan nama domain yang menggunakan nama sendiri atau nama glamer? Salah ke? Jawapannya memang TIDAK SALAH. Pilih lah apa saja nama domain yang anda suka.  Apa yang penting ialah niche dan strategi bagaimana anda mahu mengembangkan blog anda itu kelak. Ambil saja contoh blog popular dan berjaya yang menggunakan nama sendiri seperti Ben Ashaari, Hongkiat, John Chow dan banyak lagi. Mereka guna nama peribadi tapi bagaimana blog mereka ini menjadi sangat popular dan berpendapatan tinggi? Jangan terkejut bila saya katakan bahawa John Chow mampu memperoleh pendapatan sekitar RM120,000 sebulan selepas dua tahun berblogging. Apa rahsia beliau ya? Bila tengok nama domain, biasa-biasa saja. Perkara ini akan cuba saya kongsikan pada entri-entri akan datang.

Kesimpulannya, pemilihan nama domain ini memainkan perkara asas yang perlu diberi perhatian sekiranya ingin memulakan sesebuah blog atau website. Nama domain akan menjadi ‘first impression’ kepada pengunjung yang datang ke blog kita.  Tapi akhirnya semua ini bergantung juga kepada bagaimana anda menyusun strategi dalam mengembangkan blog supaya menjadi blog yang mampu menjana pendapatan lumayan suatu hari kelak.

Panduan Asas Memilih Niche Blog Yang Boleh Jana Duit

Tidak dinafikan bahawa sebuah blog yang mempunyai niche yang baik dan bersesuaian boleh menjana pendapatan yang konsisten dan lumayan. Apakah itu Niche? Terma ini sebenarnya merujuk kepada kategori blog anda. Jika blog anda itu banyak cerita pasal memasak, maka niche blog anda ini ialah ‘masakan’. Jika blog itu banyak cerita pasal telefon pintar maka niche blog itu ialah ‘telefon pintar’. Jadi apakah niche blog anda?

Terus terang saya katakan bahawa blog saya ini bukanlah contoh terbaik bila bercerita mengenai niche. Anda boleh nilai sendiri betapa berserabutnya cerita-cerita yang pernah saya kongsikan di sini. Bercampur aduk macam rojak kat pasar. Kejap cerita pasal artis, kejap cerita pasal benda pelik, kejap cerita pasal bola, dan macam-macam lagi lah. Walaupun dah banyak ebook dan blog mengenai niche yang dibaca tapi masih lagi belum dapat mengadaptasikan di dalam blog sendiri.  Tapi kita belajar dari kesilapan. Sekarang ini saya nak kembali ke pangkal jalan dan mulakan dimensi baru dalam dunia blogging. Sebab itu, kalau ada silap dan salah, sama-sama kita perbetulkan dengan cara yang beretika.

Selepas saya membaca blog Income Diary – How Pros Make Money Online yang ditulis oleh lima sahabat blogger muda profesional iaitu Micheal, Joshua, Nicholas, David, dan Nick S, fikiran saya mulai terbuka untuk menumpukan blog saya kepada satu niche sahaja.  Mungkin sekarang niche saya ini masih samar-samar tapi suatu hari kelak, mudah-mudahkan blog ini boleh diterima pembaca  dan mampu menjadi rujukan yang berguna.

Jadi apakah sebenarnya panduan paling asas dalam memilih niche blog ini? Pasti ramai yang memberitahu kita untuk menulis blog mengenai sesuatu yang kita suka dan minat. Ya, itu tak salah. Tapi kita kena berbalik kepada tujuan utama kita berblogging. Adakah sekadar untuk suka-suka atau untuk menambah pendapatan melalui blog? Jika serius mahu menambah pendapatan melalui blog, tulislah sesuatu mengenai minat yang menguntungkan. Jika sekadar suka-suka sahaja mungkin banyak tulisan kita yang orang akan anggap sebagai merapu saja. Sebaliknya, jika anda mempunyai minat dalam bidang rekabentuk laman web atau minat dalam dunia fotografi, tulis lah blog mengenai minat anda itu kerana anda tahu bagaimana anda boleh buat duit dari minat tersebut.

Sebagai contoh, jika anda minat dalam bidang rekabentuk laman web, anda pastinya akan berkongsi banyak perkara tentang membina laman web yang baik. Dan sudah pasti juga anda tahu bagaimana mereka bentuk laman web yang baik dan mesra pembaca. Di sini, anda sudah mula membina kepercayaan orang lain dan reputasi diri.  Nah, untuk menjana pendapatan dari blog anda, apa kata tawarkan perkhidmatan membina laman web pula. Pastinya anda akan mendapat ramai pelanggan. Kenapa? Sebab niche blog anda itulah yang akan membawa para prospek pelanggan ke laman web anda melalui enjin carian. Kata lah, seorang ini nak buat laman web dan kemudian cari di Google “cara buat laman web”, pastinya pencari itu akan dibawa oleh Google ke laman web anda.

Saya harap anda faham akan konsep ‘niche’ yang saya terangkan di atas ini. Jika anda mahukan idea dan gambaran terbaik akan niche mana yang boleh buat duit, saya sarankan agar anda layari laman web ClickBank atau Jomniaga dan klik bahagian Marketplace dan lihat produk-produk di setiap kategori yang ada.  Pastinya anda mendapati para penjual atau vendor menjual produk mereka mengikut niche seperti gaming, kesihatan, marketing, dan sebagainya. Sama juga bila anda masuk pasaraya besar. Kalau nak cari pensel 2B pastinya anda akan mencari benda ini di bahagian Alat Tulis dan bukannya di bahagian Peralatan Dapur.

Sekian sahaja untuk perkongsian mengenai panduan asas memilih niche blog dari saya. Harap ia membantu terutama kepada yang baru mula berjinak dalam dunia blogging ini. Jika anda mempunyai buah fikiran dan komen akan entri ini atau mahu berkongsi ilmu, kongsikan lah di bahagian komen.

Sabtu, 23 Februari 2013

Hadiri Seminar Blog To CEO Untuk Pelajari Teknik Blogging Berkesan

Susah sangat ke blogging ini sampai perlu hadir seminar-seminar tertentu? Jawapannya adalah “TIDAK”. Blogging tidak lah susah mana pun. Budak darjah satu pun boleh buat asalkan sudah tahu menulis karangan. Pendek kata, sesiapa pun boleh buat. Tapi, bukan semua boleh membina blog profesional yang mampu menjana pulangan yang lumayan. Saya yakin dan pasti ramai blogger di luar sana yang berangan-angan nak menjana pendapatan beribu ringgit sebulan melalui blog TAPI secara fakta MAJORITI daripada mereka tidak pernah dapat walau satu sen pun. Kenapa saya cakap fakta? Sebab saya pun pernah mengalaminya dahulu. Terus terang saya katakan pendapatan saya selama berblog tidaklah sebanyak mana. 2 tahun berblogging baru sekali cashout Nuffnang. Okey lah daripada tiada langsung, betul tak.

Untuk menjadi seorang blogger yang berwawasan atau mempunyai matlamat yang solid, pastinya memerlukan strategi yang dirancang dan dilaksanakan dari awal. Tidak mudah melakukannya tanpa bantuan seseorang yang pakar dalam bidang blogging ini. Sebab itu coach dalam seminar Blog To Ceo iaitu En. Saufi melihat perkara ini secara serius dan bermurah hati untuk menolong secara bersemuka dengan blogger-blogger di luar sana untuk berjaya sepertinya.  

Pada 23-24 Februari ini, beliau akan mengadakan seminar BlogTo CEO yang bertujuan untuk melatih para blogger baru dan lama mengenai strategi berbloging yang berkesan, bagaimana meningkatkan trafik blog, dan seterusnya mengajar begaimana menjana pendapatan dari blog. Bukan senang sebenarnya nak cari peluang-peluang seperti ini. Apa lagi di Malaysia. Dalam seminar ini, anda akan belajar strategi-strategi berikut:
1. Bagaimana anda boleh jana pendapatan pasif sehingga 4 atau 5 angka daripada blog anda?
2. Bagaimana nak mencari topik untuk menulis blog anda?
3. Pemilihan blogging engine yang sesuai dan Bagaimana nak beli domain name dan webhosting yang sesuai untuk blog anda
4. Bagaimana nak mencari idea untuk terus menulis blog anda?
5. Bagaimana nak buat blog design professional seolah-olah anda telah ada sebuah Syarikat gergasi?
6. Bagaimana nak bagi ramai visitor membanjiri blog kita?
7. Bagaimana nak mencipta character anda menjadi selebriti blogger terkenal. Cara untuk membentuk gaya penulisan anda?

Dan saya pasti banyak lagi ilmu blogging yang bakal dikongsikan oleh beliau nanti. Jika anda serius nak menjana pendapatan melalui blogging ini, tepuk dada tanya selera, adakah seminar Blog To Ceo yang anda tunggu-tunggu selama ini?