Boros Di Aralom

Ahad, 1 September 2013

(EDISI WTF) Pakar bedah plastik yang memang 'plastik'...isteri pun 'plastik'

Kebanyakkan orang..bila dah jatuh cinta pada pandangan pertama, mereka biasanya memang akan menerima apa juga keadaan si dia seadanya...tak kira lah si dia tu hodoh ker...gemuk ker..tua ker...dan sebagainya.

Veronica sebelum pembedahan
Tapi kisah ini berbeza dengan seorang pakar bedah plastik yang telah jatuh cinta pada pandangan pertama dengan seorang wanita. Bagi pakar bedah bernama David Matlock ini, wanita idamannya, Veronica, itu masih belum cukup sempurna. Dengan kepakarannya sebagai pakar bedah plastik, dia memujuk Veronica untuk menjalankan pembedahan plastik...dan Veronica menyetujuinya.
pasangan Matlock dan Veronica
Dari seorang wanita gemuk, Veronica akhirnya berjaya ditransformasikan menjadi 'Wonder Woman' idaman si Matlock ini. Prosedur pembedahan yang dilakukan termasuklah 'liposuction' atau penyedutan lemak pada dagu, tangan, dan peha.

selepas pembedahan
Sebelum ini, Matlock sendiri telah membuat pembedahan plastik untuk dirinya juga supaya dia kelihatan lebih muda dan macho.

P/: Jadi pakar bedah plastik ini memang benar-benar plastik lah yer...




(EDISI WOW) Lukisan chimpanzee ini menang $10,000...hadiah tempat pertama

Saya konpius la..nak panggil 'seekor chimpanzee' atau 'seorang chimpanzee'...hohoho...
Brent sedang melukis
Chimpanzee bernama Brent ini berjaya merangkul hadiah berjumlah $10,000 selepas mendapat undian terbanyak dalam pertandingan online 'seni chimp' yang dianjurkan oleh Human Society di Amerika. Wang tunai itu kemudiannya disalurkan kepada pusat pemulihan Chimp Haven di Lousiana.