Boros Di Aralom: Edisi Cool
Memaparkan catatan dengan label Edisi Cool. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Cool. Papar semua catatan

Ahad, 24 April 2016

5 Sebab kenapa saya tolak tawaran percutian ke Brazil ini

Fuh..bosan pula ni duduk petang-petang kat rumah. Tak tau nak buat apa, tiba-tiba terpikir nak update blog yang sudah lama terlantar kat ICU ni. Terlalu lama tak update. Huhu...kesian..

Kali ni saya tak nak cerita banyak. Cuma nak bagi pendapat separuh tiang jer pasal kontes 100plus yang bagi hadiah percutian ke Brazil tu. Jika diberi pilihan, mana satukah yang korang nak? Percutian seminggu ke Brazil atau duit tunai RM10,000?

Okay, simple choice. Saya tolak tawaran percutian ke Brazil dan Saya pilih duit RM10,000...kalau lah ada nasib yer. Kenapa? Ini sebabnya.

1. Saya tak der duit.
2. Saya tak suka melancong jauh-jauh kalau bajet tak cukup.
3. Saya nak buat modal meniaga.
4. Kalau dah ada untung meniaga nanti, jangankan Brazil, Argentina Chile Hawaii sekali aku pergi.
5. Saya malas melancong kalau banyak member yang ikut..rimass. Style backpacking lagi syok!
6. Brazil? Not in my bucket 'travel to' list.

Ini sekadar pendapat peribadi saja. Of course setiap orang ada pilihan tersendiri. Kan kan kan..lantak lah korang nak pilih mana satu. Yang penting, korang join kontest 100Plus tue.

Huh! Macam angan-angan Mat Jenin pula saya rasa ketika menulis entri ini. Hahaha..

K..bai. Selamat petang. Jangan lupa tengok si musang Leicester City malam ni yer.

Lagi info menarik:
~ Nah! Mereka pun ada merepek benda lain pasal Brazil dan duit RM10ribu ..tengoklah

Isnin, 16 Jun 2014

Lelaki ini pasti buatkan anda nak jadi 'mayat'

Kerjaya sebagai pekerja teknologi maklumat ternyata tidak cukup untuk membawa kepuasan kepada seorang lelaki sehinggalah dia menukar kerjaya menjadi ‘mayat'.

Chuck Lamb, 56, memperoleh sehingga AS$1,500 (RM4,828) sehari kerana melakonkan watak mayat dalam beberapa rancangan televisyen dan filem. Sebelum ini Lamb pernah muncul dalam siri televisyen seperti Jury dan filem Horrorween dan Kentucky Fried Horror. Lamb mendapat idea kerjaya unik itu selepas menonton satu episod siri Law & Order: Special Victims Unit bersama isterinya Tonya.

Lamb berkata, dia mengimpikan watak yang membolehkan dia muncul di televisyen seperti siri penyiasatan itu. “Ia semua bermula sebagai gurauan. Saya kemudian menyedari anda tidak perlukan sebarang bakat untuk menjadi mayat!” katanya. "Saya tidak akan dipanggil untuk menjadi watak utama kerana rupa saya yang sebegini. Jadi saya fikir, lebih baik saya gunakan sehabis baik apa yang Tuhan telah kurniakan kepada saya." 

"Apabila saya mula melakukan kerja ini, saya fikir, 'Saya benar-benar kelihatan seperti orang mati.' Saya pucat, saya botak, saya ada lebam di bawah mata dan saya sangat sesuai melakonkan watak zombi atau seorang lelaki yang mati," kata Chuck Lamb.

Sumber: Says

Daripada jadi 'mayat hidup'...elok jadi 'mayat' macam Chuck Lamb..jom tengok gambar-gambar dia jadi mayat.





Sabtu, 19 April 2014

Cara terpantas untuk buka baju ini boleh tingkatkan kualiti seks anda?


Nak tahu cara terpantas untuk buka baju-T anda? Ini dia cara yang dikongsikan oleh seorang pengguna Youtube dari Russia..lihat video kat bawah.
Menurutnya lagi, cara ini juga boleh tingkatkan kualiti seks anda..entah betul ker tak..Video yang dimmuat naik oleh Pengguna Youtube yang menggunakan usernama Crazy Russian Hacker ini telah mendapat tontonan sebanyak 700,000 dalam tempoh kurang 24 jam. 

Selain cara pantas buka baju, dia juga ada mengongsikan teknik-teknik lain seperti cara terbaik seterika baju, cara betul makan tembikai, dan bagaimana buatkan kasut anda kalis air.


Inginkan RM50 dari Blog Edisi Blogger? Sertai Giveaway ini

Isnin, 14 April 2014

Anda tidak akan sesat lagi kalau pakai kasut ini

Kalau anda pakai kasut ini, anda tidak akan sesat lagi. Kasut 'Satnav' yang menggunakan teknologi Blutooth yang bertindakbalas dengan sistem pelan di dalam telefon pintar ini akan memberi getaran kepada kaki si pemakai tentang arah yang perlu dituju sama ada nak belok kiri atau ke kanan.
Kasut Lechal
Kasut yang menggunakan teknologi yang dipanggil Lechal ini boleh dibeli pada harga £100 atau sekitar RM400. Pengguna boleh membeli kasut siap merah Ferrari atau beli 'insole' sahaja yang kemudiannya akan dimasukkan ke dalam mana-mana kasut lain. Kasut Lechal ini boleh bertahan selama tiga hari dan pengguna perlu mengecas semula selepas itu. 

Selain berfungsi sebagai penunjuk arah, kasut ini juga boleh membantu menjaga kesihatan dan berat badan. Setkan saja berapa kalori yang anda nak bakar, kasut ini secara automatik akan memberi isyarat getar kepada anda untuk berlari dalam satu jarak tertentu.

Sumber: Telegraph (Edited by Edisi Blogger)

Khamis, 10 April 2014

Inilah yang terjadi bila pembuat roti canai berkhawin, kalah transformer tau..

Majlis perkahwinan Mohd Fauzi dan Hafizah Hanis sememangnya lain dari yang lain. Majlis perkahwinan seorang penebar roti canai di Bukit Lintang, Melaka menarik perhatian tetamu apabila diserikan dengan aksi menebar roti canai  ‘terbang’ daripada pengantin itu sendiri. 
Pengantin roti canai yang stylo..
Aksi dilakukan Muhammad Fauzi Mohd Nor yang buat pertama kali disaksikan isterinya, Hafizah Hanis Mohd Mokhtar. Lihatlah aksi pengantin ini menebar roti canai di hari perkhawinannya..memang sangat unik..kalah transformer gitu..

Menurut sumber di Youtube, Mohd Fauzi pernah dikenali sebagai Juara 2005 Super Roti Man Malaysia dan kini bertugas di Sydney, Australia. Anda boleh baca lanjut mengenai kisah perkhawinan pembuat roti canai ini di Says Malaysia 

Sumber: Says, Youtube

Selasa, 8 April 2014

Profesor pun kena April Fool,,the best April Fool's prank

Reward and Punishment memang terbukti sangat membantu terutama untuk mendisiplinkan pelajar ketika berada di dalam kelas. Tapi, bila April Fool tiba..nampaknya profesor pun kena kaw kaw balik dengan punishment yang diciptanya..

Seorang professor makroekonnomi di Grand Rapids, Michigan, Amerika, telah menetapkan supaya jika telefon pelajarnya berdering, mereka kena menjawabnya sambil memasang speaker phone supaya semua orang dalam kelas itu boleh mendengar perbualan mereka. Prof tu guna teknik privacy confrontation agaknya..huhu

Walaupun April Fool dah berlalu hampir seminggu, namun nampaknnya para pelajar kelas ini masih berada dalam mood yang baik untuk mengenakan balik profesor mereka. Lihat apa yang berlaku dengan si profesor bila dikenakan April FOol...pandai jugak malu yer..


Best jugak dapat profesor macam tu..fleksible gitu..hehe..tapi awas, jangan pula lepas ni korang nak kenakan cikgu disiplin kat sekolah..tak pasal-pasal nanti kena denda menari kat pentas ketika perhimpunan..nak ker?

Selasa, 4 Mac 2014

Gambar-gambar selfie paling ekstrem..do not try this at home!

Mereka sanggup membahayakan diri semata-mata untuk mengambil gambar selfie paling ekstrem. but we can't argue..ada juga sesetengah gambar selfie itu memang awesome gila!
Selfie sambil berus gigi

Sempat lagi ambil gambar selfie ketika dikejar lembu ganas

Selfie paling ekstreme

Juruterbang jet pejuang dengan selfie

Selfie bersama ikan jerung

Selfie sambil main basikal

The best selfie ever..angkasawan berlatarkan planet bumi



Haiwan pun tidak ketinggalan juga untuk ambil gambar selfie...teeheee!!
Lagi Info Menarik:




Jumaat, 28 Februari 2014

Beli Barang Smartphone Di Lazada..blogger femes kena tipu??

Salam 1Malaysia..pernah dengar laman web Lazada tak? Saya pasti ramai yang dah tahu malah sering membeli barang di laman web shopping terbesar di Malaysia ini.

Siapa pernah kena tipu ketika beli barang online? Kes penipuan memang banyak. Ada tuu, blogger yang sering berkepit dengan laptop pun kena tipu juga. Begitulah liciknya teknik penipu ni. Bukan calang-calang blogger tu tau. Boleh baca kisah bloger femes ini kena tipu dengan online shop dalam entrinya. Online shop tu Lazada ker? Oh bukan..online shop tu di Facebook..memang bikin panass caranya menipu..adakah patut dia bagi alamat rumah bangla?

Saya saja nak berkongsi pengalaman sendiri membeli barang di Lazada. Saya beli smartphone bajet. Dulu pernah menang voucher dari Lazada, jadi membazir kalau tak digunakan sebaiknya. 
Huawei Ascend Y300
Saya beli smartphone bajet Huawei Ascend Y300. Harganya RM338. Lepas tolak voucher Rm150, maka harganya tinggal  RM188. Not bad at all..Lepas baca banyak review positif dari pengguna dan melihat kepada spesifikasinya yang memenuhi syarat maka ia menjadi pilihanku. Khamis beli, Selasa sampai. Rabu dapat. Khamis pakai. Ermm..ada masalah sikit pasal delivery. Saya beri alamat PO Box ingatkan mereka boleh hantar guna PosLaju tapi rupanya mereka hanya stick pada GDex saja. Then GDex telefon mintak alamat yang bukan PO Box. So, terpaksalah saya beri alamat saudara mara yang bekerja kat Kota Kinabalu untuk tujuan delivery. 

Saya bayar dengan menggunakan kad prepaid Visa Tune2Big. Kad ni memang sangat selamat jika dibandingkan dengan kad kredit dan kad debit bank. Sebab kad prepaid Visa Tune2Big ini perlu direload macam simkad dulu baru boleh guna. Dah habis isinya, maka perlu diisi balik. Dah lebih 2 tahun saya guna. Jadi tak der masalah hutang menghutang dengan bank. Memang terbaik. Boleh apply 100% secara online kat laman web Tune2Big. Kad prepaid Visa Tune2Big ni pun boleh digunakan untuk mengaktifkan akaun Paypal. 

Dari segi performance, Huawei Ascend Y300 ini boleh fight dengan Samsung Galaxy S. Kelemahannya hanya dari segi performance game beresolusi tinggi. Kalau sekadar game biasa macam Temple Run, Candy Crush dan Angry Bird tu, memang no hal punya. Tapi kalau nak main Battlefield, Snipers dan yang RPG beresolusi tinggi, memang banyak lagging. So, smartphone Huawei Ascend Y300 ini bukan untuk mereka yang suka gaming. Namanya pun smartphone bajet. 

Tapi percayalah, Huawei Ascend Y300 ini jauh lebih baik dari smartphone klon yang banyak diimport dari China tu. Walaupun Huawei ini jenama dari China tapi ianya branded.

Secara keseluruhan, saya memang puas hati dengan smartphone Huawei Ascend Y300 ini. Boleh dikatakan cukup sifat dan sangat sesuai untuk mereka yang baru nak upgrade kepada smartphone. Sebelum ni pun saya pakai smartphone juga. Tapi rasa nak cuba brand lain pulak..lagipun ini peluang terbaik untuk tukar handphone. Dan satu lagi yang menarik perhatian saya mengenai Huawei Ascend Y300 ini ialah dari segi security. Korang boleh set face unlock untuk lock phone korang. Kalau nak buka balik, phone ini akan scan muka korang dulu. Kalau orang lain, dia tak kan buka. Anyway, feature ini pun ada kat kebanyakkan smartphone.

Dari segi customer servis Lazada, kira okay lah. Walaupun tidak pernah contact mereka selama berurusan beli Huawei Ascend Y300 ini, tapi saya selalu contact mereka untuk tanya benda lain. Mereka reply as soon as possible. Dalam masa kurang 24jam gitu. So, overall, membeli belah secara online di Lazada memang selamat.

Huawei Ascend Y300 dengan harga RM188, mana nak cari ooii..


Lagi Info Menarik:

Khamis, 27 Februari 2014

Baginilah caranya kambing syok bergembira menikmati hidup

Cara kambing bermain dan bergembira..perkara paling comel mengenai haiwan yang saya suka tengok..soo cute..
Kambing main lompat-lompat


Maka dengan itu, belajarlah menikmati hidup walaupun diterpa pelbagai badai...macam kambing kat atas ni. Seriously, saya pun nak main benda tu..nak juga kembali ke zaman kanak-kanak dulu.

Lagi Info Menarik:

Jumaat, 31 Januari 2014

Penyanyi ini memang cantik macam kartun Jepun tapi tunggu sampai anda dengar suaranya

Ok..ini lah yang dikatakan multi talent..dia berbangsa Swedish tapi boleh bercakap dengan lancar dalam bahasa Jepun dan bahasa Inggeris serta mempunyai kebolehan mantap bermain gitar.

Memang tak menghairankan kenapa dia suka berpakaian ala-ala Jepun kerana dia adalah peminat fanatik kartun anime sejak berumur 10 tahun lagi. Sekarang dia dah 18 tahun. Disebabkan kecantikannya ini serta kebolehannya bermain gitar, dia terus ditawarkan untuk menjadi artis rakaman Universal Music Japan. So, sama-sama kita dengar macam mana suaranya menyanyi pula..hebat tak?


Ooohh..rupanya dia adalah lelaki..namanya Yohio..nama penuhnya ialah Kevin Johio Lucas Rehn Eires...pergh! ini namanya anime real life punya.

(Sumber: Wiki, News)


Lagi info menarik:

Isnin, 23 Disember 2013

5 Kebaikan jika anda memiliki Samsung Galaxy Note 3


Ini dia 5 kebaikan jika anda memiliki smartphone Samsung Galaxy Note 3 yang cantik menarik memang da bomb tu..

1. Anda boleh menelefon sambil buat nota kat phone Samsung note korang.

2. Anda boleh tangkap gambar berdifinisi tinggi.

3. Anda boleh eksyen, bangga ada henfon canggih benilai ribuan ringgit. Opps, sekarang turun harga dah..tengoklah harga diskaun kat Lazada Malaysia ni.

4. Anda senang buat banyak perkara dalam satu smartphone. Boleh jadi GPS, boleh jadi video recorder, boleh jadi alat presentation, boleh jadi macam-macam asalkan ada line internet. Kalau tak der line internet, korang hanya boleh main Candy Crush dengan 5 life jer..hohoho..

5. Dan ini yang paling hebat, kalau anda ada Samsung Galaxy Note 3, anda boleh menang RM10,000. Fuyoo! Kalau macam ni, aku pun nak g beli Samsung Note 3 sekarang..

Kalau korang nak tahu macam mana nak menang duit masyuk tu, boleh layari laman web Samsung Malaysia


Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Sabtu, 30 November 2013

6 skuter comel dalam game Mag A Cone

Siapa pernah main game Mag A Cone Bike Hero? alaa..game android tuu..yang korang boleh main kat smartphone dan tablet yang menggunakan iOS banyak versi tu. Game ni memang seronok. Dan yang paling menyeronokkan ialah main game ini boleh menang banyak hadiah real seperti Samsung 46inci Full HD LED, Macbook Air 11, Ipod Shuffle dan macam-macam lagi. Kalah Candy Crush woo..

Kalau nak main dan join, boleh kunjungi laman web Mag-A-Cone untuk download aplikasi ni. Kat Google Play dan App Store pun ada gak. Tapi kalau nak dapat score tertinggi, kena master dulu step by step guide untuk main game ni. Senang je pun. Budak 2 tahun macam anak buah saya pun boleh buat. Di laman web Mag A Cone tu ada sediakan tutorial.

Ok lah. Sedikit info pasal game ini. Kalau nak main kena pilih dulu mana satu skuter yang korang nak. Ada 6 skuter semuanya dan masing-masing ada kelebihan tersendiri. Tapi setiap skuter tu kena unlock dulu baru boleh guna kecuali skuter Beginner Bike. Lihat lah 6 skuter comel kat bawah ni. 


Kalau korang tengok video tutorial kan lagi elok dan jelas. Jadi kalau nak menang hadiah-hadiah hebat seperti yang disebutkan tadi, download lah game ni sekarang. Layari saja laman web Mag A Con.

Game-game macam ni memang menyeronokkan dan sesuai untuk relekskan minda. Tapi jangan saja terlebih main.

Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Ahad, 10 November 2013

5 sebab kenapa budak-budak suka bertanya

Kenapa kanak-kanak suka sangat bertanya soalan? Mesti kita yang dah besar ini pun nak tahu juga kan. 

Berikut antara sebab kenapa budak-budak suka sangat bertanya.
1. Kerana mereka adalah kanak-kanak dan masih berada dalam peringkat perkembangan. Harus diingat bahawa mereka suka meniru pada peringkat ini jadi berilah respon yang positif walaupun soalan mereka pelik-pelik.

2. Kerana mereka dak tau dan mahu menambah ilmu pengetahuan.

3. Mereka tidak tahu banyak perkara dan mahu meneroka dunia dengan lebih mendalam.

4. Mereka sangat tertarik dengan perkara yang anda tahu dan anda katakan.

5. Mereka tertanya-tanya bagaimana, bila, mengapa, dan siapa yang membuat sesuatu benda itu terjadi. Contoh yang paling dekat ialah bila mengajar kanak-kanak dalam kelas sains.

Mungkin anda boleh merefleksikan kehidupan anda masa kanak-kanak. Tanyalah ibu bapa anda apakah soalan yang sering anda tanyakan kepada mereka semasa anda kecil dulu.

>> Tak pasti apa nak jawab bila anak anda bertanya? Cuba tengok sini


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Jumaat, 18 Oktober 2013

4 Jenis telefon pintar Apple iPhone 5 yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia

Jumlah penggemar telefon pintar seperti Apple iPhone kian meningkat secara global. Malaysia pun dah kena tempiasnya. Berikut antara 4 jenis telefon pintar terbaru Apple iPhone 5 yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia.

1. Apple iPhone 5 16GB Unlocked Black
Harga terkini : RM2,099
Penurunan : 5%



2. Apple iPhone 5 16GB Unlocked White
Harga terkini : RM2,099
Penurunan : 5%


3. Apple iPhone 5S 16GB (3-Pin Adaptor) Space Grey
Harga terkini : RM2,730
Penurunan : 6%


4.  Apple iPhone 5C 16GB Unlocked (3-Pin Adaptor) White
Harga terkini : RM1,759
Penurunan : 20%


Fuh! Nampak macam sama jer iPhone ni kan..warna jer berlainan. Kalau korang nak tengok video iklan iPhone 5 ni, boleh tengok kat bawah. Mmmm….saya belum ada iPhone 5 lagi tapi bila tengok video ni, teringin pulak nak beli satu..hehe..tapi bajet kena revise dulu..



Kalau nak cari telefon pintar Apple iPhone yang harganya dah jatuh murah, boleh kelik banner kat bawah.



>> Anda juga boleh syncronise video di semua peralatan komunikasi seperti iphone, tablet dan pc


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Khamis, 17 Oktober 2013

5 produk Power Bank berkualiti tinggi yang harganya dah turun menjunam di pasaran Malaysia

Bagi pengguna smartphone seperti Apple iPhone dan Samsung Galaxy, satu lagi gadget sampingan yang perlu ada pada mereka ialah Power Bank. Benda ni memang mustahak kalau korang nak pergi jauh-jauh melancong atau berkelah kat hutan rimba atau kat mana-mana yang tiada sumber elektrik untuk mengecas handphone korang.

>> Kalau anda teringin nak melancong, layari dulu Travelar.com untuk informasi penginapan terbaik

Berikut antara 5 produk Power Bank berkualiti tinggi yang harganya dah merudum jatuh menjunam di pasaran Malaysia. Stok benda ni tak banyak, so kalau korang nak, elok beli cepat-cepat.

1. Universal Dual-Port Power Bank 20000mAh Black
Harga Asal : RM399
Harga Terkini : RM75
Penurunan : 81%


2. Macsonic Portable Battery Bank 12000mAh White
Harga Asal : RM299
Harga Terkini : RM75
Penurunan : 75% 


3. i-Glitters Icon Twin USB Powerbank 12000mAh White
Harga Asal : RM299
Harga Terkini : RM79
Penurunan : 74%


4. MY Power Bank LED Powerbank 12000mAh Blue
Harga Asal : RM299
Harga Terkini : RM72
Penurunan : 76%


5. Pineng PN-910 Power Bank LED Indicator 11200mAh Grey
Harga Asal : RM289
Harga Terkini : RM120
Penurunan : 58%


Wow! Semua Powerbank kat atas ni dah turun harga lebih dari separuh malah ada yang lebih 80%. Agaknya syarikat powerbank kat Malaysia ni nak habiskan stok cepat-cepat kot. Korang berkenan ker?
Oh ya, kalau nak cari produk elektronik lain untuk kegunaan harian anda, boleh kelik banner kat bawah ni jer..


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Rabu, 16 Oktober 2013

7 Jenis tetikus berteknologi tinggi khas untuk bermain game komputer

Anda seorang game addict? atau suka bermain game komputer? kalau bermain pakai tetikus biasa memang kurang menyeronokkan. Tapi kalau pakai tetikus berteknologi tinggi yang direka khas untuk game komputer, fuh!! memang best giler.

Berikut antara 7 jenis tetikus berteknologi tinggi yang sangat popular di kalangan game addict. Tetikus ini sangat sesuai digunakan permaian action-RPG dan MOBA.

1. Razer Naga Hex MOBA USB Wired Laser Gaming Mouse
Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai refleksi tinggi. Terdapat 6 butang khas untuk anda simpan ability, spell dan sebagainya.



2. Razer Naga Expert MMOG Wired Laser USB Mouse Black
Tetikus ini juga sepantas kilat macam Nage Hex cuma ia memiliki 12 butang khas untuk kegunaan in-game anda.



3. Razer Naga Epic Wireless Laser Mouse Black
Memilik 17 butang MMO-optimized.



4. Razer Ouroboros 4GB 8200DPI Wireless Laser Mouse Black
Konsepnya macam transformer gitu. Boleh cantum buka bahagian-bahagian tertentu. Menggunakan teknologi 4G Dual Sensor.



5. Razer Imperator 4G Wired Laser Black
Bukan transformer. Tapi ada 4G Dual Sensor dan reka bentuknya yang ergonomik.


6. Razer Taipan Ultimate Wired Optical USB Mouse Black
Sangat sesuai untuk pengguna yang mahukan refleksi yang tinggi ketika bermain game. Dilengkapi dengan 4G Dual Sensor dan reka bentuk yang lebih ergonomik untuk tangan kanan anda.


7. Razer Orochi 4G Wired Optical USB Mouse Black
Memilik accuracy yang superb dengan sensor laser 4G. Boleh digunakan dengan wayar atau tanpa wayar. Menggunakan bateri AA yang mampu bertahan selama 30 jam untuk penggunaan berterusan atau selama 3 bulan untuk penggunaan normal.


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Selasa, 8 Oktober 2013

Cara berpakaian kot yang betul untuk lelaki

Inilah dia cara berpakaian kot yang betul untuk seorang lelaki. Penuh gaya,macho, dan kemas.


Nah..sekarang dah tahu kan...jangan selekeh selekeh lagi lepas ni..



Jumaat, 6 September 2013

(EDISI WTF) Ini dia pekerjaan sebenar Power Ranger hijau..

Tadahiro Kanemasu atau lebih dikenali sebagai "Carry-Your-Pram-Ranger" sedang membantu seorang wanita membawa beg di sebuah stesyen di Tokyo, Jepun. Dengan memakai pakaian dan topeng hijau, dia menunggu di kawasan tangga di stesyen dan kemudiannya membantu membawa barang-barang terutama di kalangan orang tua dan ibu-ibu yang sedang menggendong anak mereka.
Power Ranger hijau angkat barang


(EDISI WOW) Ini lah dia basikal biasa di Mesir...

Basikal apakah ini?? nampak biasa tapi bukan biasa...basikal biasa di Mesir..mak aii...tingginya..


Ahad, 1 September 2013

(EDISI COOL) Mesti korang pernah ingat denda ini masa kat skolah rendah dulu kan..

Teringat masa zaman sekolah rendah dulu..bila tersalah eja sesuatu perkataan, cikgu akan denda suruh tulis semula perkataan tu dengan betul...kalau setakat tulis ganda sepuluh..tak per...ini ganda sampai beratus..terutamanya oleh cikgu bahasa Inggeris..hohoho
tips denda
Sekarang kalau ada yang kena denda macam tu lagi...hehe..ikut saja petua kat atas ni..

P/s: Tapi saya tetap berterima kasih dengan cikgu yang susah payah ajar saya mengeja 'Crocodile' dulu...hohoho..jasamu tetap dikenang..