Boros Di Aralom

Rabu, 2 Julai 2014

Bapa Rogol Anak Kandung Sendiri dihukum penjara 20 tahun, 12 sebatan

KOTA BHARU: Seorang bapa hari ini dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana kesalahan merogol anak kandungnya berusia 14 tahun pada Jun tahun lalu.
Gambar hiasan
Hakim Mohd Yusuff Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berumur 33 tahun itu setelah tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Tertuduh yang tidak bekerja itu didapati bersalah merogol anaknya yang ketika kejadian berusia 14 tahun di sebuah kawasan kebun getah, Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh, dekat sini antara pukul 11 malam hingga 11.10 malam, 13 Jun 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 16 Jun 2013.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nur Hilwani Mat Rifin.- Bernama

Selasa, 1 Julai 2014

Luis Suarez minta maaf secara terbuka di Twitter...lihat apa reaksi Chiellini

Akhirnya Suarez telah meminta maaf secara terbuka kepada Giorgio Chiellini atas insiden menggigit bahu pemain Italy itu ketika perlawanan peringkat kumpulan piala dunia antara Uruguay vs Italy pada 24 Jun lalu.
Permohonan maaf Suarez terhadap Chiellini

Suarez mengemukakan permohonan maaf itu melalui laman twitter. Selain memohon maaf, Suarez turut kesal dengan apa yang berlaku dan berikrar untuk tidak mengulanginya pada masa akan datang.

Tweet dari Suarez itu mendapat reaksi positif terutama dari Chiellini yang turut berharap agar permohonan maaf itu dapat membantu mengurangkan tempoh pergantungan yang diberikan oleh FIFA terhadap Suarez.
Chiellini maafkan Suarez dan berharap penggantungan Suarez dikurangkan
That's what we call 'semangat kesukanan'...tak payah gaduh-gaduh lagi yer..dua dua team pun dah bungkus dari Piala Dunia Brazil.. 

(Sumber Asal: Gossip Bola Sepak)