Boros Di Aralom

Isnin, 24 Ogos 2015

Gambar Stacy AF lafaz syahadah, sah peluk Islam

Gambar Stacy melafazkan syahadah kini tersebar luas di media sosial
PETALING JAYA: Setelah sekian lama meluahkan rasa cinta terhadap Islam penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia 6 (AF 6) Stacy akhirnya bergelar seorang muslim.

Majlis lafaz syahadah dilakukan pada petang Isnin.

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, dilaporkan hadir ke pejabat Jabatan Agama Islam ditemani Akim dan ibu serta bapa kekasihnya itu bagi tujuan berkenaan di Johor Bahru.

Stacy yang berasal dari Sabah sebelum ini beragama Kristian.

Sehubungan itu pihak Astro akan mengadakan satu sidang media pada petang Selasa bersama Stacy bagi berkongsi berita baik berkenaan. - mstar

Ahad, 23 Ogos 2015

Eww! Restoran ini menghidangkan kari berperisa tahi

Eww..tengok tahi pun dah rasa jijik..apa lagi nak makan..hohoho. But, mungkin ada juga segelintir dari masyarakat kita yang tiada kenal rasa jijik pada benda jijik..sebuah restoran di Jepun ini menghidangkan menu kari berperisa tahi..macam mana lah rasanya yer? Siapa pernah makan tahi kat sini?
Kari tahi

Anyway, menu ini sebenarnya tidak mempunyai campuran tahi. Jadi apakah bahan-bahannya? chef yang memperkenalkan menu ini, chef Ken Shimizu, menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti teh hijau, peria dan serbuk koko untuk menghasilkan kari tahi ini. Menurutnya, campuran bahan-bahan ini bukan saja membuatkan menu kari tahi ini kelihatan seperti tahi malah turut mempunyai rasa seperti tahi.
Chef Ken Shimizu 

Jadi untuk menu ini kelihatan lebih realistik, ia dihidangkan di atas mangkuk yang menyerupai mangkuk tandas.