Boros Di Aralom: Edisi Makanan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Makanan. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Oktober 2016

7 Bentuk Tahi Ini Menggambarkan Tahap Kesihatan Anda

Bentuk tahi menggambarkan tahap kesihatan anda
Jangan tipu! Masa korang berak, pasti saja akan 'curi-curi' tengok tahi korang tu kan. Nah, daripada asyik menengok tanpa mengerti apa-apa, apa kata jadikan panduan ini untuk mengetahui maksud di sebalik bentuk tahi korang tersebut. Tahukah anda bahawa bentuk najis menggambarkan tahap kesihatan seseorang?

Najis atau tahi ini terdapat dalam pelbagai bentuk. Menurut Bristol Stool Chart, terdapat tujuh jenis atau bentuk tahi yang biasa dialami oleh seseorang.

1. Berketul-ketul dan keras yang biasanya sukar 'dikeluarkan' oleh dubur. Keadaan ini merupakan indikasi kepada konstipasi atau sembelit. Ia menandakan seseorang itu kurang memakan sayuran, buah-buahan dan bijirin yang membekalkan sumber fibre kepada tubuh.

2. Tahi berbentuk sosej tapi beralun.Ia menandakan orang itu mengalami sembelit yang sederhana.

3. Tahi berbentuk sosej tapi retak di bahagian permukaan.Ini menandakan orang itu berada dalam keadaan sihat walafiat.

4. Tahi berbentuk sosej tapi lembut dan licin. Keadaan ini juga menunjukkan seseorang itu sihat normal.

5. Tahi berbentuk ketulan lembut dan kedua-dua hujungnya terputus rata. Keadaan ini turut menandakan seseorang itu kekurangan fibre dalam diet mereka.

6. Tahi berbentuk kepingan kecil yang mengembang dan memiliki bahagian tepi yang agak kasar. Ini menandakan seseorang itu mengalami radang pada bahagian usus.

7. Cair dan tiada satu pun ketulan keras. Ini menunjukkan bahawa orang itu kurang sihat. Keadaan ini disebabkan oleh virus, bakteria atau parasit terutamanya pada makanan. Sebab itu orang yang kena food poison akan mengalami berak cair.
Gambar Rajah bentuk tahi...pun ada
Oleh itu, bila anda susah sangat nak berak, itu maksudnya anda mengalami sembelit yang disebabkan oleh kurangnya serat dalam makanan. Jadi, kalau nak senang berak, banyak-banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Jangan lupa juga minum air yang secukupnya. (sumber)

Lagi Info Menarik:

Selasa, 18 Oktober 2016

Cili ini terlalu pedas sampai leher berlubang selepas memakannya

Bagi kebanyakkan orang, makanan tanpa ada perasa pedas memang tidak lazat dimakan. Tapi kalau sudah keterlaluan, makanan pedas sememangnya akan menyebabkan kecederaan dalaman kepada si pemakannya.
 
bhut jolokia chili
Baru-baru ini di UK, seorang lelaki telah mengikuti sebuah pertandingan untuk memakan sebiji burger yang dipenuhi cili bhut jolokia yang juga merupakan cili paling pedas di dunia. Akibatnya, dia muntah-muntah sambil mendakwa mengalami sakit perut yang melampau. Apabila diperiksa oleh doctor, lelaki berusia 47 tahun tersebut didapati mengalami lecur sebesar 2CM di sepanjang saluran esofagusnya sehingga berlubang dan terpaksa dibedah untuk menyelamatkan nyawanya.
 
Maka dengan itu, kalau nak makan cili, haruslah berpada-pada. Kerana, siapa yang makan cili, dialah yang akan terasa pedasnya. Memang sangat enjoy kalau makan makanan pedas ini. Apa lagi kalau dijadikan sambal untuk dicecah bersama ikan bakar dan ikan bilis…pergh!!! Meleleh…
 
TAPI…akan ada perkara yang paling mengerikan iaitu apabila kita nak ke tandas untuk buang air besar…huhu…sakitnya tu di sana…

Lagi Info Menarik:


Ahad, 16 Oktober 2016

Resipi Sebenar ayam goreng KFC didedahkan oleh anak saudara pengasasnya



Memang tidak dinafikan bahawa KFC (Kentucky Fried Chicken) merupakan franchise restoran makanan segera yang paling popular di seluruh dunia. Pergilah ke mana-mana negara, pasti saja restoran ini ada kat situ. Dek kerana kepopularan ayam goreng kegemaran ramai orang ini, maka ramailah yang cuba meniru malah mencipta resipi sendiri lantas mendakwa hasil gorengannya seakan-akan ayam goreng KFC. Namun sehingga kini, belum ada sebenarnya yang berjaya ‘mencuri’ resepi asal tersebut.

Sehinggalah pada baru-baru ini, Chicago Tribune telah melaporkan bahawa anak saudara Colonel Sander, pencipta resepi itu sendiri iaitu Joe Ledington telah mendedahkan satu helaian kertas yang tertulis 11 jenis rempah yang digunakan untuk memerap ayam goreng original KFC. Kertas tersebut dijumpai di dalam buku skrap milik isteri kedua Colonel Sanders.
Joe Ledington menunjukkan gambar Colonel Sanders
Berikut merupakan 11 rempah sebelum disalut bersama tepung dalam resepi ayam goreng KFC original seperti yang tertulis dalam kertas tersebut:

2/3 Ts salt
1/2 Ts thyme
1/2 Ts basil
1/3 Ts oregano
1 Ts celery salt
1 Ts black pepper
1 Ts dried mustard
4 Ts paprika
2 Ts garlic salt
1 Ts ground ginger
3 Ts white pepper

Namun demikian, resipi tersebut dipertikaikan oleh banyak pihak. Sebelum ini pun sudah banyak yang mendakwa telah menemui resipi asal ayam goreng KFC namun seringkali juga dipertikaikan. Walau bagaimanapun, pihak KFC sendiri tidak memberikan apa-apa respon terhadap penemuan tersebut. Menurut satu laporan lagi, resipi asal KFC yang ditulis tangan sendiri Colonel Sanders kini disimpan di sebuah peti keselamatan. Peti keselamatan tersebut pula diletakkan di dalam konkrit sedalam dua kaki dan dilindungi pass keselamatan serta dilengkapi kamera litar tertutup 24jam.


Apa susah-susah nak buat sendiri ayam goreng KFC? Pergi saja terus ke restoran KFC terdekat untuk merasa kenikmatannya. Itu pun kalau ada duit lebih lah. Jangan saja pergi setiap hari, nanti kena penyakit tiga serangkai. Sekali sebulan tu….ok lah. Huhuhu….

Lagi info menarik:


Isnin, 1 Ogos 2016

Harga durian cecah RM28 sekilo di Sabah

Harga durian di Sabah sekarang memang sangat mahal. Tentu saja ini satu keadaan yang menguntungkan buat para pengusaha kebun durian. Di daerah tempat tinggal admin sendiri (Tamparuli-Tuaran), harga durian adalah sekitar RM7 hingga RM28 sekilo bergantung kepada jenis durian tersebut. Tak payah lah ambil contoh orang lain, bapa admin sendiri pun sekarang ni asyik tersenyum lebar setiap hari. Apa tidaknya, seawal jam 5pagi sudah dikejutkan oleh si tukang pajak durian. Bapa aku tu bukannya banyak pokok durian pun..adalah dalam berpuluh-puluh pokok jer..tapi bukan semua berbuah.

Cuma yang paling menggembirakan dia ialah semua durian yang berbuah miliknya tu adalah dari jenis durian yang mahal di pasaran. Setiap hari si pemajak akan datang ke rumah untuk pajak durian pada harga RM16 sekilo. Fuyooo!! Tahun lalu, jangan harap ada harga semahal ini. Paling mahal pun RM7 saja sekilo dan durian yang sama juga. Sehari si bapa dapat jual sekitar 20 hingga 40 kilo saja. Sikit tapi harga sampai ratus-ratus juga woh! Jeles betul..tiga hari saja hasil jualan si bapa dah mengalahkan gaji saya sebulan..huhu..gaji saya rendah saja gia..haha
Taikar yang baru saja jatuh dari pokok..ngap!!

Kenapa durian pada musim ini sangat mahal? Well..well.well..you can do the economic math la kan. High demand tapi low supply. Itu lah yang berlaku. Terlalu sikit buah durian yang menjadi pada musim kali ini. Keadaan diparahkan lagi dengan kehadiran makluk-makluk bernama 'tupai' yang suka sangat bawa geng pergi ke kebun durian. Walaupun dah pasang radio yang memainkan bunyi meriam, kononnya nak takut-takutkan sang tupai, jangan harap lah si tupai terpedaya. Sekejap saja dia terkejut, lepas tu....datang balik tanpa segan silu..errrr..gerammnya.

Ada beberapa jenis durian yang menjadi buahnya di kebun si bapa. Ada Kanyau, Taikar, D24, durian wiski (entah dari mana datangnya nama ni), anak kanyau, tembaga (sikit jer), durian madu, dan tupolo (durian ni tak ramai yang tau). Dan dalam banyak-banyak durian ni, durian Kanyau lah yang paling mahal. Untung lah mereka yang ada durian ni sekarang. Selain tu ada juga durian jenis lain yang jauh lebih mahal seperti Musang King. Tapi sayangnya, si bapa tak da tanam ini durian..saya tak tau lah harganya berapa, tapi tahun lalu, harganya mencecah RM28 sekilo pajak. Wow!
Durian wiski...sedapnya tak terkata!!

P/s: Sekarang ni, kena kontrol nafsu nak makan durian sebab durian terlalu mahal...lain lah kalau korang ni taukey durian...ataupun anak tokey durian...hari-hari boleh makan free..

Lagi Info Menarik:-

Selasa, 5 April 2016

(Video) Kencing di meja tempat berniaga! Hati-hati dengan peniaga apam balik ini

PETALING JAYA: Jijik dan pengotor! Itu yang boleh digambarkan mengenai sikap seorang peniaga yang menjual apam balik dan minuman bungkus apabila mengambil jalan mudah iaitu kencing sambil berdiri di tempatnya berniaga tanpa mempedulikan orang di sekeliling.
Peniaga apam balik kencing dalam plastik. (FMT)
Aksi lelaki terbabit yang berusia lingkungan 50 tahun telah dirakam oleh pengunjung Pasar Kota Jembal di Kota Bharu, Kelantan dan videonya yang dimuat naik di laman sosial menjadi viral.

Rakaman itu diambil pada Jumaat lepas dan pengguna alam maya yang telah menontonnya memberi kritikan terhadap perbuatan lelaki itu yang dianggap sangat menjijikkan.
Pengguna Facebook yang menggunakan nama Ckcm Prada Original yang memuatnaik visual tersebut telah menulis pada ruangan status;
Kuih Apam Balik (sekadar gambar hiasan)
“Berlaku di Pasar Kedai Lalat. Mohon berhai-hati bila membeli apam dan air segera..Perkara yang tak patut berlaku..Amat mendukacita, memalukan dan menjijikkan..Pihak berwajib seperti Jabatan Kesihatan Negeri pantau pasar-pasar di sekitar Kota Bharu,” tulisnya.

Pemerhatian terhadap visual mendapati, lelaki terbabit menadah air kencing di dalam plastik minuman yang digantung di meja tempatnya berniaga. -FMT

Video peniaga apam balik kencing dalam plastik ketika berniaga ada kat bawah ni. Aku cedok dari Youtube. 

Tuu diaa...rileks jer dia kencing kat tempatnya berniaga jual apam balik...macam dah biasa pula buat benda tu..

P/s: Jika benarlah peniaga itu kencing sambil berdiri di depan meja tempatnya berniaga apam balik, maka pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera...entah dah berapa kali peniaga ini buat benda jijik dan kotor itu. Kesian pula dengan para pembeli yang sudah terbeli dan termakan apam balik hasil buatan tangannya. Bukankah sepatutnya pihak berkuasa perlu menyediakan satu garis panduan khas kepada para peniaga makanan ini supaya lebih mengutamakan kebersihan diri dan kawasan tempat berniaga. Tak hairanlah kenapa kes keracunan makanan sering berlaku..sebab kebersihan sering diabaikan.   

Dulu masa pergi kat Korea Selatan..para penjaja makanan di pasar semuanya siap berpakaian kemas. Tangan kaki dan tubuh dilindungi plastik dan meja berniaga makanan pun bersih. Sangat berbeza dengan tempat kita Malaysia..huh!! 

Ahad, 23 Ogos 2015

Eww! Restoran ini menghidangkan kari berperisa tahi

Eww..tengok tahi pun dah rasa jijik..apa lagi nak makan..hohoho. But, mungkin ada juga segelintir dari masyarakat kita yang tiada kenal rasa jijik pada benda jijik..sebuah restoran di Jepun ini menghidangkan menu kari berperisa tahi..macam mana lah rasanya yer? Siapa pernah makan tahi kat sini?
Kari tahi

Anyway, menu ini sebenarnya tidak mempunyai campuran tahi. Jadi apakah bahan-bahannya? chef yang memperkenalkan menu ini, chef Ken Shimizu, menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti teh hijau, peria dan serbuk koko untuk menghasilkan kari tahi ini. Menurutnya, campuran bahan-bahan ini bukan saja membuatkan menu kari tahi ini kelihatan seperti tahi malah turut mempunyai rasa seperti tahi.
Chef Ken Shimizu 

Jadi untuk menu ini kelihatan lebih realistik, ia dihidangkan di atas mangkuk yang menyerupai mangkuk tandas. 

Rabu, 18 Februari 2015

(Gambar) Terkejut jumpa pisau cukur dalam kuih tinapung

Kes ini berlaku kat Beufort Sabah baru-baru ini. Memang agak viral juga jadi perbualan di whatsapp sampai akhbar popular mstar pun turut membuat liputan mengenainya.

Pisau cukur dalam kuih tinapung. Jenama Gillete lagi tau. Kalau orang Dusun Sabah, mereka panggil kuih ini sebagai kuih 'tinapung'. Tapi kalau orang Melayu Brunei, mereka panggil kuih 'kelupis'. Nampak sama tapi ada beza. Kuih ini memang antara kuih favorite orang Sabah lah.

Harap-harap lah berita terbaru mengenai pisau cukur dalam kuih tinapung ini tidak memberi kesan terhadap selera anda terhadap tinapung yer. Jangan pulak lepas ni, kuih tinapung diberi label baru 'kuih tinapung gillete'.
Pisau cukur dalam Kuih kolupis atau kuih tinapung
KOTA KINABALU: Seorang pemilik kedai kopi terkejut apabila menemui beberapa keping pisau cukur tertanam dalam kuih kelupis yang dijualnya.  Beliau percaya ada individu yang cuba mensabotaj perniagannya dengan meletakkan kepingan pisau cukur berkenaan dalam kuih tradisional tersebut.  
Kuih kelupis merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras pulut. Ia merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu Brunei di Sabah dan Sarawak. Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Awang, 35, berkata dia baharu sahaja membuka perniagannya di bandar Beaufort apabila tiba-tiba seorang pelanggannya menunjukkan kepingan pisau cukur yang terdapat dalam kuih berkenaan pada pukul 9 pagi, 14 Februari lalu.  
"Saya sangat terkejut dan membawa kuih kelupis tersebut ke balai polis dan membuat laporan pada pukul 4 petang hari yang sama," katanya.  
Kuih kelupis yang dijual oleh Awang sangat digemari masyarakat tempatan dan popular di daerah tersebut. 
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beaufort, Supritendan Mustaffa Maarof mengesahkan pihaknya telah menerima laporan daripada pemilik gerai tersebut. Beliau berkata pihak polis kini sedang menyiasat isu berkenaan.  
"Kami sentiasa memantau perkara ini kerana nyawa orang awam di daerah ini mungkin terancam sekiranya insiden yang sama berulang kembali," katanya. - mstar

Sabtu, 31 Januari 2015

Restoran Oldtown White Coffee hidang babi? Betul ker bohong?

AUTA

SEJAK beberapa hari lalu, tersebar di laman sosial satu resit makanan yang dipesan di sebuah kopitiam Oldtown White Coffe.

Pada resit tersebut, tertera tulisan 'taufu pork ball' dalam sajian mee kari yang dikatakan hanya disedari oleh seorang pelanggan selepas membayar hidangan tersebut.
Mesej yang tersebar itu turut mendakwa hidangan tersebut disahkan mengandungi babi oleh pelayan di kopitiam tersebut.

Dalam mesej itu turut mempersoalkan mengenai status halal Oldtown White Coffee walaupun telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

FAKTA

OLDTOWN White Coffee dalam kenyataan di laman Facebook menafikan menghidangkan sajian babi di semua cawangan mereka.

Menurut kenyataan itu, terdapat kesilapan ejaan pada resit yang tersebar di laman sosial.

“Salah faham ini berpunca daripada kesilapan ejaan kakitangan di cawangan kami yang memasukkan pesanan secara manual ke dalam sistem.

“Apa yang kakitangan kami maksudkan ialah tau fu pok (taufu goreng), bahan berasaskan soya yang terdapat dalam mee kari. Tiada dalam menu kami hidangan yang dikenali sebagai taufu pork (babi),” kata kenyataan itu.

Oldtown White Coffee turut memaklumkan mereka sedang berusaha menghubungi pelanggan yang memiliki resit itu bagi mengenal pasti cawangan terlibat seterusnya mengelakkan peristiwa sama berulang.

Dalam pada itu, Oldtown White Coffee juga memberi jaminan akan terus bekerja rapat dengan Jakim dalam memastikan semua peralatan, bahan-bahan, pembekal dan prosedur pembersihan terus memenuhi keperluan halal oleh jabatan itu. - Sinarharian

Isnin, 13 Oktober 2014

Jijik! Video ulat hidup di dalam ayam goreng KFC

Ulat hidup dijumpai dalam ayam goreng KFC. Walaupun insiden ini bukan berlaku di Malaysia namun ia sedikit sebanyak telah mencalar nama syarikat makanan franchais terbesar yang memiliki beratus ribu cawangan di seluruh dunia itu. 
Ulat dalam ayam KFC (via CEN)
Seorang wanita di China mendakwa telah menemui berdozen ulat hidup di dalam salah satu ayam goreng yang dipesan dari sebuah restoran KFC di Guangzhou. Insiden tersebut membuatkan wanita itu menjadi jijik dan marah. Malah dia menolak untuk menerima ganti rugi - iaitu set hidangan KFC percuma- yang ditawarkan.

Liu Tsai mendakwa, dia menemui ulat-ulat itu pada ayam goreng ke lima dari sepuluh ketul ayam goreng yang dipesan. Apabila dia hanya ditawarkan ganti rugi iaitu berupa set hidangan sama, dia menjadi marah dan melaporkan perkara tersebut kepada pihak media. Dia turut mengambil gambar dan merakam video ayam goreng berulat itu.



Namun demikian, laporan tersebut telah dinafikan kesahihannya oleh KFC China.

Ini bukanlah kali pertama tahap kualiti dan kebersihan makanan KFC di China dipersoalkan. Sebelum ini terdapat satu penyiasatan telah dijalankan terhadap syarikat pembekal KFC yang didakwa menyediakan ayam yang telah  expire dan dikutip dari lantai.

So, korang berhati-hatilah apabila makan di mana-mana restoran. Nasihat paling bagus, baca lah doa sebelum makan..masak sendiri baru puas hati :p

Jumaat, 6 Jun 2014

Iklan Cadbury segalanya baik! Nikmati kami sekali lagi

Selepas disahkan halal olah JAKIM, Cadbury dengan pantas mempromosikan semula produk mereka melalui media massa. Iklan yang bertulis "Cadbury, Segalanya Baik, Nikmati kami sekali lagi!" itu kini terpampang di mana-mana laman web bertujuan untuk menarik semula keyakinan pengguna di negara ini terhadap produk itu.

Cadbury turut membuat kenyataan akhbar di laman web mereka menerusi pautan iklan yang mereka promosikan. Kenyataan akhbar itu menyatakan bahawa coklat mereka adalah halal dan tidak dicemari oleh DNA babi yang dikenali sebagai porsin.

Selasa, 3 Jun 2014

Arab Saudi pula uji produk Cadbury. Adakah mereka temui DNA babi?

Isu DNA babi yang dijumpai dalam coklat Cadbury di Malaysia baru-baru ini turut mendapat perhatian Arab Saudi untuk menguji kandungan coklat tersebut.

Jabatan Pemantauan Makanan dan Dadah Arab Saudi (SFDA) melakukan pemeriksaan secara rawak terhadap produk coklat jenama Cadbury di pasaran tempatan susulan kes makanan tersebut dicemari asid deoksiribonukliek (DNA) babi di Malaysia, baru-baru ini.
Cadbury
SFDA akan mengambil langkah berjaga-jaga jika keputusan analisis oleh pihak makmal menunjukkan produk berkenaan mengandungi DNA babi.

Arab Saudi menjadi negara kedua selepas Indonesia menjalankan ujian ke atas produk keluaran syarikat Mondelez International itu apabila pemeriksaan berkala yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kewujudan DNA babi dalam produk Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

Ujian itu dijalankan menurut kerajaan Arab Saudi sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan penemuan di Malaysia dan siasatan juga sedang dijalankan bagi mengenalpasti sama ada produk Cadbury yang dijual di pasaran Arab Saudi diimport dari Malaysia.

Walau bagaimanapun, pihak Arab Saudi masih belum menemui Sebarang DNA babi dalam mana-mana produk Cadbury yang telah diuji. 

Mengikut laporan, produk Cadbury yang dikilangkan di Malaysia tidak memasuki pasaran Arab Saudi.

Sumber: Says



Lagi Info Menarik:

Isnin, 2 Jun 2014

Isu Cadbury: JAKIM pula sahkan tiada DNA babi dikesan

BANGI - Dua produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi disahkan bebas daripada unsur haram itu berdasarkan analisis yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Cadbury
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kedua-dua sampel produk coklat dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam diambil dari kilang pengeluar produk tersebut di Shah Alam.

"Bukan hanya dua sampel dihantar untuk dianalisa Jabatan Kimia tapi 11 sampel. Keputusan analisa keluar pagi tadi.

"Keputusan analisis makmal terhadap Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01H12, DNA babi tidak dikesan.

"Bagi Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013 N01RI1, DNA babi tidak dikesan," katanya dalam sidang media tergempar, sebentar tadi.

Menurutnya, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat Cadbury.

"Bagaimanapun, memandangkan perkara ini melibatkan tanggungjawab dan integriti syarikat, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula merangkumi bahan mentah aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

"Laporan pemeriksaan menyeluruh tersebut akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum Sijil Pengesahan Halal Malaysia dua produk tersebut dikembalikan," katanya.

Jamil Khir menegaskan, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pihak dalam soal halal haram di negara ini.

"Kerajaan tidak melindung mana-mana pihak sebab bukan ringan nak tanggung soal halal haram ini.

"Kita akan panggil semua pihak untuk menyelaraskan semua perkara. Saya nak tegaskan, hanya Jakim yang boleh mengumumkan tentang halal bukan pihak lain," katanya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan penemuan DNA babi dalam produk makanan Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no 200813M01H I2) yang bertarikh luput 13 November 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015. - Sinarharian


P/s: Macam ada something wrong jer...

Lagi Info Menarik:

Khamis, 29 Mei 2014

Isu DNA babi Cadbury: Umat Islam diseru jangan berlebih lebih

Kuala Lumpur: Umat Islam di negara ini diminta supaya bertenang dan tidak berlebih-lebih dalam isu DNA babi yang dikesan dalam dua produk keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd, beberapa hari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, umat Islam tidak perlu bimbang terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu melakukan tindakan seperti menyamak perut, mulut dan menukar darah kerana Islam bukanlah agama yang terlalu regid. 


Menurutnya, Islam adalah agama bersifat 'rahmah' serta mudah dan tidak memberatkan umatnya dalam keadaan yang tidak diketahui atau disedari seperti isu DNA babi yang dikesan dalam produk makanan. 

"Bagaimanapun, pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan sewajarnya sebagai peringatan kepada pihak berkaitan jika didapati ia dilakukan secara sengaja dan lalai demi kepentingan pengguna.

"Dalam hal ini, saya menasihatkan semua umat Islam supaya bertenang dan tidak bersikap emosional ketika memperkatakan isu ini. Kita juga perlu mengelakkan perkara yang dilarang oleh Islam," katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, semalam.

Dr Abdul Shukor dalam kenyataan itu turut menegaskan bahawa semua pihak harus memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa yang sudah diamanahkan untuk melaksanakan tugas dalam aspek pengesahan halal haram sesuatu produk. - hmetro


Lagi Info Menarik:

Rabu, 28 Mei 2014

Isu DNA babi Cadbury: Pekerja Cadbury kata produk disabotaj

Ekoran penemuan DNA babi dalam produk Cadbury, kini salah seorang pekerja syarikat itu pula tampil menjelaskan isu tersebut dari pihak mereka. Pekerja itu mengatakan bahawa ada pihak tertentu yang mungkin telah mensabotaj produk Cadbury.

Selasa, 27 Mei 2014

Isu Cadbury: KKM akan periksa SEMUA jenama coklat di negara ini

Ini baru adil dan menyeluruh...tak kan lah Cadbury saja kena buat pemeriksaan, gua ni pun selalu gak makan coklat pelbagai jenama..rasanya pun tak lah banyak beza, banyak orang selalu cakap, bahan untuk produk ni sama jer dengan produk lain, bezanya hanya jenama...jadi memang patut semua jenama coklat kat Malaysia ni kena periksa satu satu..jangan lupa juga periksa coklat untuk buat kuih raya tu..
Dr Subramaniam
Putrajaya: Pemeriksaan terhadap semua jenama coklat di negara ini akan dilakukan Kementerian Kesihatan bagi memastikan produk berkenaan bebas dari sebarang pencemaran DNA babi (porcine) seperti yang dikesan dalam dua coklat keluaran Cadbury.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, tindakan berkenaan diambil bagi memastikan masalah itu tidak membabitkan coklat berjenama lain.

“Jenama lain juga akan diperiksa, bukan hanya Cadbury. Pemeriksaan membabitkan produk coklat pelbagai jenama di pasaran tempatan, setakat ini hanya dua produk Cadbury yang ada DNA babi, manakala coklat susu didapati negatif.

“Ini adalah tanggungjawab kementerian mengikut Akta Makanan 1983 bagi memastikan setiap bahan yang terkandung dalam sesuatu produk makanan dinyatakan dengan jelas pada label produk berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.


Selain itu, Dr Subramaniam berkata, siasatan awal kementerian mendapati kehadiran DNA babi dalam dua produk coklat berkenaan mungkin berlaku akibat pencemaran di sepanjang rantaian pembuatan produk berkenaan. - hmetro

Lagi Info Menarik:

Isnin, 26 Mei 2014

Isu Cadbury: Ada 15 lagi produk lain mengandungi DNA khinzir?

Sabtu lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa dua produk coklat Cadbury iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi yang dikenali sebagai porcine. 

Ekoran dari hasil kajian oleh KKM itu, Cadbury telah mengambil tindakan drastik dengan menarik bali serta merta dua produk tersebut dari pasaran. 

Namun, ada juga dakwaan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyatakan bahawa bukan setakat dua produk malah ada 15 lagi produk lain yang mengandungi DNA porcine tapi dirahsiakan oleh KKM. 
Imej via KerabuBersuara

Sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Kita berharap supaya pihak KKM dapat menjawab dakwaan ini demi untuk mengurangkan rasa sangsi masyarakat Malaysia terhadap produk Cadbury.

Lagi Info Menarik:

Isu 'Alien' dalam kotak susu: Akhirnya Dutch Lady beri penjelasan rasmi

Pada 5 Mei lalu, seorang pengguna bernama Nazlinda Mashtuki telah memuatnaik 5 keping gambar susu Dutch Lady yang mengandungi objek 'jijik' macam alien kat dalamnya. Gambar-gambar tersebut telah menjadi viral dan dikongsikan lebih 20000 kali oleh para pengguna Facebook. 
Salah satu gambar yang dikongsikan pengadu di Facebook
Walaupun awalnya, Dutch Lady sudah memberi kenyataan melalui laman facebook mereka namun masih banyak yang mahukan penjelasan lebih jelas kenapa benda itu berlaku dalam kotak susu mereka.

Terkini, Dutch Lady telah memberikan kenyataan rasmi mengenai isu tersebut di laman rasmi Facebook mereka.


(Pics via Says)
Macam-macam produk yang ada kat luar sana..berhati-hati ketika membeli..sila baca label sebelum menggunakannya. Coklat Cadbury pun sama...

Lagi Info Menarik:

Sabtu, 24 Mei 2014

DNA babi dalam coklat Cadbury - Surat Pengesahan dari KKM

Sila baca dengan teliti senarai coklat Cadbury yang mengandungi DNA babi berikut:

i. Coklat Susu dengan kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk Hazelnut (batch no. 221013N01RI2)

ii. Coklat susu dengan buah badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond (batch no. 22103N01RI1)

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa dua produk coklat keluaran Cadbury kat atas ni mengandungi DNA babi yang dikenali sebagai porcine. 

Menurut KKM lagi, pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd sudah pun memberi jaminan akan menarik balik semua produk tersebut dari pasaran dengan serta merta.

Berikut adalah surat rasmi dari KKM yang mengesahkan kewujudan DNA babi dalam produk coklat Cadbury. 

(Kredit Gambar: BanKami)

Lagi Info Menarik:

Khamis, 6 Mac 2014

Inilah dia coklat Ferrero Rocher terbesar yang paling menggemukkan

Nak gemuk? Makanlah coklat Ferrero Rocher ini..satu biji jer dah 25,000 kalori. Bagi seorang manusia dewasa normal, kita hanya memerlukan sekitar 2,000 kalori sehari. 
Coklat terbesar berkalori 25,000 (Sumber: Metro UK)
So, kalau nak gemuk cepat, makanlah banyak-banyak. Dan kalau nak kurus cepat, makan lah sikit-sikit. Ataupun makan seperti biasa tapi banyakkan senaman.




Rabu, 5 Mac 2014

Chef Wan kritik makanan kedai mamak pulak dah

Bila orang biasa memberikan komen peribadi tentang makanan, sah-sah tak ramai yang ambil peduli.

Tapi kalau yang mengeluarkan kenyataan adalah orang yang mempunyai kepakaran dalam bidang masakan, sudah tentu ia mendapat perhatian ramai.
Jika sebelum ini Chef Wan memberikan komen pedas tentang makanan disajikan di hotel 5 bintang dan syarikat penerbangan yang tidak menepati selera tekaknya dan memalukan, terbaru, Chef Wan mengkritik pula makanan di kedai mamak.

Dalam satu status dimuat naik di laman Instagam miliknya beberapa jam lalu, Chef Wan berkongsi cerita bagaimana daripada sekian banyak makanan yang dipesannya dan rakan-rakan di sebuah kedai mamak termasuk teh tarik, tosai, mi segera goreng dan ayam tandoori; tak satu pun yang disukainya.
Chef Wan kongsi pengalaman negatif mengenai kedai mamak
Malah Chef Wan menyifatkan ayam tandoori yang dihidangkan kepada mereka keras dan kaku macam ayam mati terperanjat dilenyek lori bandaraya.

Berdasarkan perkongsian Chef Wan, beliau sebenarnya memang sudah lama tak makan di kedai mamak kerana sentiasa terkenang pengalaman jijik ketika kecil.

Di sebuah kedai mamak di kampung halamannya, Chef Wan melihat bagaimana mamak memasak di dapur yang kotor dan selamba menghembus hingus ke lantai sebelum mengesatnya di kain pelekat sebelum menyambung semula membuat rojak.

Sejak itu kata Chef Wan, dia tak pernah lagi jejakkan kaki ke kedai mamak sampailah semalam. Itu pun semata-mata kerana hendak menunjukkan gaya hidup makan lewat malam di negara ini kepada rakannya dari luar negara.
Chef Wan dan rakan-rakannya berada di kedai mamak (sumber: instagram chefwan)

Nampaknya pengalaman Chef Wan bersama kedai mamak memang menjijikkan tapi tak dapat dinafikan, banyak juga kedai mamak pada hari ini yang amat bersih dan sedap makanannya.

Apa pun, diharapkan teguran Chef Wan ini diberikan perhatian oleh segelintir kedai mamak yang kotor dan tidak sedap makanannya untuk meningkatkan kualiti mereka. - mynewshub