Yoda
Kucing bertelinga 4 ini bernama Yoda. Pemiliknya iaitu pasangan Valerie & Ted Rock yang tinggal di Illinois, Chicago, US, mengambil kucing tersebut di sebuah bar di mana sekumpulan pengunjung sedang memegangnya sambil mengolok-olok kucing itu. Selepas gambarnya diterbitkan di dalam internet, Yoda telah menjadi selebriti media antarabangsa yang terkenal. Pernah menghadiri rancangan Good Morning America, Fox News, dan The Tyra Banks. Telinga ekstra tersebut terhasil disebabkan oleh mutasi genetik. Nama Yoda diberikan sempena watak 'Yoda' dalam Star Wars. Pemilik Yoda terpaksa memberikan sepenuh perhatian untuk melindunginya kerana mereka takut Yoda akan diculik kerana keunikannya.

