Kucing Bertelinga Empat | Boros Di Aralom

Jumaat, 19 November 2010

Kucing Bertelinga Empat

Yoda

Kucing bertelinga 4 ini bernama Yoda. Pemiliknya iaitu pasangan Valerie & Ted Rock yang tinggal di Illinois, Chicago, US, mengambil kucing tersebut di sebuah bar di mana sekumpulan pengunjung sedang memegangnya sambil mengolok-olok kucing itu. Selepas gambarnya diterbitkan di dalam internet, Yoda telah menjadi selebriti media antarabangsa yang terkenal. Pernah menghadiri rancangan Good Morning America, Fox News, dan The Tyra Banks. Telinga ekstra tersebut terhasil disebabkan oleh mutasi genetik. Nama Yoda diberikan sempena watak 'Yoda' dalam Star Wars. Pemilik Yoda terpaksa memberikan sepenuh perhatian untuk melindunginya kerana mereka takut Yoda akan diculik kerana keunikannya.

10 ulasan:

Mohamad Termizi berkata...

ahah payah jgk kalo nak jage kucing yang popular ni kan..

slamat kucing aku biase2 je

Unknown berkata...

Kalau jual, brapa la harga kucing ni ar??

Izamir Ridzwan berkata...

wauu..special nya kucing ni.. nak nak,..

nabilah_2908 berkata...

menarik kucing ni... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
AIDILADHA 1431H - PART 2

nc berkata...

aadui...kesian gi.. kana uluk2 mula2.. na.. jadi famous sda.

i luv cats!! :)

whitecappuccino berkata...

memang unik kucing ni!

Nancypoh berkata...

Mizi* memang payah..huhu

Kreatifbuzz* entahlah brapa harganya..yg pasti memang masyukkkk...

Izamir & Nabila* ia memang kucing yg menarik dn special edition gitu..

nc* tu la, kena olok2 tp lama2 dia jadi femes pulak..koto sama org2 yg olok2 dia tu..hehe

capucino* keunikan yg bawa bnyk $$$$

Relevan berkata...

Nama Yoda macam watak dalam Star wars tu..

eiela berkata...

menakutkan la tengok kucing tuh.

Del Glamiva berkata...

Wow! Comel la telinga kecil dia tu. =D mesti lagi tajam pendengaran dia.