Manusia Tanpa Muka | Boros Di Aralom

Khamis, 18 November 2010

Manusia Tanpa Muka

Jose bersama adiknya Guida
Jose Mestre, 51, yang berasal dari Lisbon, Portugal, telah kehilangan wajahnya kerana mengalami ketumbuhan yang berlaku sejak 35 tahun yang lepas. Ketumbuhan yang disebabkan oleh tumor itu kini berukuran 33cm panjang dan mempunyai berat 3kg. Tetapi disebabkan oleh kepercayaan kuat Jose terhadap agamanya yang menghalang pemindahan darah, dia menolak untuk menerima transfusi darah yang seterusnya mencegah dia daripada mengalami pembedahan untuk menghentikan tumbesaran tumor tersebut. Namun demikian, seorang ahli perubatan British telah menawarkan untuk merawat Jose dengan menggunakan gelombang ultrasound (teknik yg tidak bercanggah dengan kepercayaan Jose). Jose telah bertemu dengan para ahli perubatan ternama di London. Dia berjalan melalui beberapa siri ujian, konsultasi, dan bertemu pesakit lain dengan penderitaan yang sama. Di London ia juga menghabiskan masa dengan adiknya Guida dan seluruh keluarga sementara membuat keputusan terbesar dalam hidupnya. Seperti orang lain, Jose juga inginkan hidup yang normal. Akhirnya, pada tahun 2008, Jose telah kembali ke London untuk menjalankan pembedahan tanpa transfusi darah tersebut.

4 ulasan:

tot tot kecik berkata...

salam..


de ritu, time tu dlm train..de nmpk sorg tu,lbh kuag cani gak muke die..tp masih nmpk mata idung sume..

kesian tgk org tu..mcm saket je tgk keadaan die..

ftrhd berkata...

erkk kesiannya tengok...

Unknown berkata...

erk penyakit apa nih.. kesiannya..

Relevan berkata...

Kejadian Tuhan..harus menerima..