Adakah Saya Selalu Dipergunakan? | Boros Di Aralom

Jumaat, 22 Oktober 2010

Adakah Saya Selalu Dipergunakan?

Header ni nampak mcm menyedihkan saja la..mcm sy ni sedang berada dlm dilema..isk isk..memang pun..adakah sy ni selalu dipergunakan?? atau adakah saya ni selalu mempergunakan? soalan ini timbul semasa sy terbaca satu artikel lama td kat rak buku di rumah..bagus juga la sebab boleh juga sy menilai diri slepas bca artikel bertajuk "Adakah Kamu Sering Dipergunakan?" ini..skrg sy nak kongsi dengan korang pulak. Cuba la nilai diri korang juga - adakah korang rasa korang ni selalu dipergunakan? sila lah beri respon kpd  pernyataan2 berikut ye (jika dah pernah jwb soalan2 ni, anggap je la sebagai ulang kaji)..

1.Teman sepejabat minta kamu gantikan kerjanya atau shifnya pada malam minggu ni tp pada masa yg sama kamu sudah ada plan kmu sendiri, apa kmu akan buat?
A katakan tidak boleh kerana sudah ada plan
B katakan tidak boleh dan menawarkan utk gantikannya pada hari lain
C bersetuju saja dan terpaksa lupakan plan kmu tu

2. best friend korang telah minta pinjam buku atau barang2 korang yang baru saja dibeli dan dia masih tidak mahu pulangkannya, kamu akan..
A memintanya agar memulangkan buku/barang2 tersebut
B meminta teman kamu membayar separuh harga buku/barang itu dan memberinya terus buku/barang tersebut
C beri saja buku/barang itu pada dia kerana kamu boleh membeli yang lain

3. Pernahkah seseorang meminjam wang kamu dan tidak membayarnya kembali?
A tidak pernah
B kadang-kadang
C selalu

4. Teman kamu sering meminta untuk meniru tugasan kamu apabila dia tidak menyiapkan tugasannya. Reaksi kamu?
A katakan tidak boleh kerana kamu tidak mahu hasil kerja kamu berdua adalah sama
B katakan tugasan itu masih belum selesai
C Ok saja dan terus menghulurkan tugasan kamu kepadanya

5. Kamu bekerja separuh masa utk mengisi masa lapang di sebuah butik pakaian. Kamu mendapat diskaun utk 5 barang pd setiap bulan. Apabila teman kamu inginkan diskaun tersebut, kamu akan..

A katakan tidak boleh kerana ia hanya untuk staff saja
B berikan saja kerana bulan itu tidak ada barang yg kamu mahukan
C memberikan pakaian itu sehari selepas teman kamu memberitahu pada kamu

Okay..dah jawab semua?? ini lah hasilnya..
Jika jawab banyak A
Kamu adalah Assertive Sista yg menggambarkan betapa kamu berkeyakinan tinggi. Tapi kamu harus berhati-hati kerana setiap manusia pasti ada kelemahannya. Atasinya dengan sebaik mungkin..

Jika jawab banyak B
Kamu adalah Miss Balanced. Adalah susah untuk mencari silap kamu ekrana kamu selalu bersedia dengan apa yang bakal kamu lakukan. Kamu tidak gopoh dan selalu membuat yg terbaik.

Jika jawab banyak C
Kamu adalah The Doomat. Sikap kamu yang suka menghulurkan pertolongan kepada orang lain kadang-kadang akan mengundang ketidak adilan kepada diri sendiri. Tidak salah membantu asalkan diri sendiri juga dihargai


Korang rasa korang kat kategori mana? Menurut reaksi yang telah saya beri dalam artikel itu, dikatakan sy ni seorang yg dikategorikan sebagai The Doomat..aarghh!! betul ka?? bila sy fikirkan, memang saya ni lebih banyak kata 'yes, okay, no problem, please yourself, tak pe, boleh aja, leave it to me', and so on la..aduhai..mungkin sy ni terlalu nak jaga perasaan org lain kot..tp tak selalunya mcm tu la..kadang2 sy ni jahat jugak..well, nobody is perfect (saja nak hiburkan diri)..hik hik.

4 ulasan:

StellaClaire-Richard berkata...

Hahaha..nice post..
Sya pula dapat B.. Miss Balanced hahaha...
Sya jarang tolak permintaan org kalau drg minta tolong.. Tapi kalau sya tdk mampu sya terus terang tdk dpt lah.. sian juga kalau bg harapan palsu..kekeke

juma berkata...

saya pun B...huhu...ader mae leh tolerate n ader masa kene tegas.

Nancypoh berkata...

stella & juma* jd sukar la org len ni nak tengok kesilapan korang kan..hehe..MIss Balance la katakan..

suzzsuzie berkata...

nasib baik mis balanced...sebenarnmya sy cepat kesiankan orang tapi takla sampai sy dipergunakan...kesian Nancy..be firm next time k..dun let been bullied..