KUALA LUMPUR: Seorang lelaki layak digelar anak derhaka apabila membelasah ibunya berusia 73 tahun gara-gara tidak menjumpai kunci rumah yang diletakkan di atas meja, kelmarin. Tidak cukup dengan itu, anak mangsa mengugut membakar rumah jika mendapati tiada sesiapa di rumah ketika dia pulang pada lewat malam.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa berada di rumahnya di Sentul bersama anak lelakinya itu yang berusia 38 tahun sebelum anaknya meminta izin untuk keluar berjumpa kawan. Mangsa yang tidak mahu dikenali itu berkata, anaknya yang berniat untuk pulang lewat malam mula mencari kunci rumah, tetapi tidak menjumpainya dalam bilik tidur.
“Anak saya kemudian mencari kunci di ruang tamu namun gagal menyebabkan dia naik angin sebelum menolak barang di atas meja.
“Lebih mengejutkan, dia membaling kerusi ke arah saya yang terkena pada kepala sebelum membaling barangan lain berdekatan saya,” katanya, semalam.
Menurutnya, sebelum keluar rumah, anaknya memberi amaran kepada mangsa supaya tidak keluar rumah sehingga dia balik dan jika tidak, dia akan mengamuk.
Katanya, anaknya turut mengugut memukul mangsa atau membakar rumah jika tiada sesiapa membuka pintu ketika dia balik.
Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentul. - Sumber: myMetro
1 ulasan:
ini anak memang sesuwai sgt2 kena pijak ramai2 :(
Catat Ulasan