Gara-gara selisih faham, lelaki parah ditikam | Boros Di Aralom

Isnin, 13 Ogos 2012

Gara-gara selisih faham, lelaki parah ditikam

PENAMPANG: Angkara hutang, seorang lelaki terpaksa bertarung nyawa setelah ditikam beberapa kali menggunakan pisau dalam satu kejadian di sebuah restoran di pekan Donggongon, di sini. Kejadian sekitar jam 1 petang itu berlaku apabila mangsa, berusia lingkungan 30an, dikatakan tiba-tiba diterjah oleh seorang lelaki di restoran berkenaan.

Mangsa dikatakan ditikam oleh suspek beberapa kali dengan menggunakan sebilah pisau sehingga mengakibatkan mangsa cedera teruk di bahagian perut. Difahamkan, sebelum kejadian berlaku, mangsa kelihatan duduk bersama suspek dan berlaku perselisihan antara mereka yang dipercayai disebabkan hutang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Ratan Kumar Singh, berkata susulan daripada kejadian itu, pihaknya berjaya menahan suspek berusia 58 tahun berhampiran pekan Donggongon.

“Suspek kini ditahan polis kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya,” katanya, sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - Borneo Post

Tiada ulasan: