Mari makan durian kampung 'sukang' | Boros Di Aralom

Jumaat, 23 November 2012

Mari makan durian kampung 'sukang'

It's time! Musim buah-buahan dah kick start..hehe..musim yang paling saya suka..lagi-lagi kalau semua pokok buahan kat kebun si 'baliau' berbuah. Tapi..kalau tiada buah, gigit pokok je lah.. :(

Nah, ni kali agak bertuah sikit sebab tu pokok durian kampung di kebun si 'baliau' ada juga menjadi buahnya. Walaupun tak banyak tapi bolehlah setakat melepaskan rindu pada si durian. Tadi si 'baliau' a.k.a si bapa ada pergi kebun dan bawa pulang satu karung penuh durian kampung berjenama 'sukang'. Kat Sabah, kena panggil nama ni tapi entahlah kalau kat tempat lain. 
Durian kampung 'sukang'. Adoi..tajam tu duri.
Sukang ini sejenis durian kampung yang berduri panjang berbanding durian biasa, tangkai pun pendek, sekitar 1cm hingga 2cm gitu, dan warnanya pun hijau hijau tua. Ala, tengok saja gambar di atas pun dah tau kan. Isinya....pergh!!
Sukang berisi tebal dan agak 'berlemak'. Tapi memang sangat sedap. Yummy!!
Seperti durian lain, kulitnya saja yang berat. 
Inilah menu saya malam ini. O ya, durian 'sukang' ini datang dari dua pokok yang berbeza. Rasanya pun agak berbeza juga. Dalam gambar-gambar kat atas tu, ianya buah sukang dari pokok yang sudah berusia hampir 30 tahun. Doi..saya belum lahir lagi. Dan ia ditanam di tepi sungai dekat kebun si 'baliau'. Yang satu lagi (maaf, tiada dalam gambar sebab rasanya tak berapa sedap. Bau macam 'posisang') dari pokok yang baru berusia kurang 10 tahun dan ditanam di atas bukit. Apakah yang menyebabkan keduanya berbeza rasa walhal keduanya dari spesis yang sama?? huhu..memang soalan bonus. Sudah tentu lah penyebabnya ialah dari baka yang berbeza. Betul tak.. 

Tadi saya hanya mampu menghabiskan tiga buah durian, whoa...memang kenyang. Lepas ni, tunggu tahun depan lagi baru boleh makan durian sukang. Sekarang tengah menunggu durian spesis yang satu lagi di kebun si baliau. Durian Kanyau..ni memang the best punya lah. Selain Kanyau, ada lagi durian tembaga, durian kawin, durian thailand, durian 'rumokot @ ralit' (ini yang merah menyala isinya), dan macam-macam lagi la. Memang kenyang sakan hujung tahun ini. Belum campur lagi dengan buah mata kucing, rambutan, dan langsat di kabun si baliau. Fuh..bajet dapat makan free buah-buahan tempatan la kunun. 

Besok, dah mula tamu di Tuaran. Tamu sebenar adalah hari Ahad. Kalau nak makan buah-buahan tempatan, sila lah berkunjung ke sana. Tambahan pula sekarang ini dah mula demam buah. :)

p/s: Waktu kecil dulu, masih teringat banyak orang kampung yang sanggup bermalam di bawah pokok durian menjaga buah yang jatuh supaya tidak dicuri orang lain. 


Tiada ulasan: