Cyber Monday Aliexpress - Beli Samsung Galaxy SIII online serendah $99.00 | Boros Di Aralom

Jumaat, 30 November 2012

Cyber Monday Aliexpress - Beli Samsung Galaxy SIII online serendah $99.00

Wow! murahnya..biar betul. Beli Samsung Galaxy SIII online serendah $99.00 atau sekitar RM300 gitu, di mana?

Secara amnya, harga Samsung Galaxy SIII di pasaran kini adalah pada $600 - $700 atau sekitar RM1500-RM2000. Tetapi seperti yang diwar-warkan beberapa hari yang lalu, pengguna boleh memilikinya pada harga serendah $99.00 semasa promosi "Cyber-Monday" berjalan. Aliexpress.com merupakan salah satu laman web jual-beli popular di China yang menawarkan barangan branded tersebut. Namun demikian, untuk mendapatkannya adalah sangat payah kerana anda perlu bersaing dengan ratusan ribu pembeli dari seluruh dunia dan jumlah yang ditawarkan pula hanyalah 5 unit. Kalau line korang tu slow, tak payah lah susah-susah.

Tapi kalau terlepas Samsung Galaxy SIII tu pun, masih banyak lagi handphone lain yang ditawarkan pada harga yang sama seperti Samsung Galaxy Note2, Sony Ericsson, LG, dan HTC yang sama hebat. iPhone tak da ya...aksesori je ada.

Sepatutnya, saya dah tulis entri ini sebelum Cyber Monday bermula, tapi biasalah kalau sibuk dengan benda lain kan. Lagipun, Cyber Monday di Aliexpress belum lagi habis. Hari ini hari last kot. So masih ada peluang untuk berjimat sakan ketika shopping online. Potongan hingga 70% woo. Macam-macam ada, dari pakaian, komputer, telefon, aksesori, hinggalah kepada mainan kanak-kanak. Tapi semua barangan adalah "Made in China" la. Tapi ada juga yang original seperti Samsung, Nokia, Nikon, dan sebagainya. Jangan risaulah, kalau korang dapat barang tiruan, duit korang akan dikembalikan 3 kali ganda dari harga asal.

Lagi satu sebab kenapa saya memang suka shopping kat Aliexpress ialah tahap safety yang tinggi. Mereka menggunakan sistem pembayaran ESCROW. Korang dapat barang dulu barulah pihak Aliexpress lepaskan bayaran korang tu kepada si penjual. Kalau korang tak dapat barang dalam masa yang ditetapkan, biasanya 2 bulan, duit korang tu akan dikembalikan.

So, bagi yang suka shopping online macam saya, agak berbaloi juga kalau membeli belah di Aliexpress sempena promosi Cyber Monday ini. Apa pun, saya dah terlepas Samseng Samsung Galaxy SIII tu..huhu.. :(

p/s: Shoping..shoping juga..tapi bajet tu kena kawal.

Tiada ulasan: