Salam sejahtera, salam bahagia dan salam satu Malaysia. Sebelum ini saya ada buat satu entri mengenai Bagaimana membeli secara online dengan selamat? dan sebenarnya memang dari dulu saya praktikan cara itu untuk membeli barangan di atas talian. Bukan atas tali kerbau, tali nylon, atau taliban ya.
So, hari ini, saya nak kongsi pula pengalaman membeli kamera di sebuah kedai online yang memang pun berfokus kepada penjualan kamera dan peralatan kamera iaitu vstore.my. Kalau kita lihat laman web ini, nampak macam masih baru tetapi sudah banyak jualan yang dibuat. Itulah dia, kelebihan perniagaan online. Punyai dimensi prospek pelanggan yang luas.
Saya beli kamera jenis NIKON COOLPIX L310 di vstore.my dan saya memang sangat berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan. Sebelum ni pun dah beratus kali saya beli barang secara online tetapi setakat ini, layanan dari vstore.my juga yang terbaik. Bukan saja dapat beli barang yang berkualiti, tapi dapat beli pada harga yang memang murah. Kemera ini saya beli dengan harga RM568 saja selepas diskaun dan redeem kupon free penghantaran. Kalau tanpa diskaun agaknya harga dia dalam linkungan RM600 gitu. Barang baru tu beb, bukan secondhand apalagi thirdhand. Kalau beli kat Sabah ini, entah ada ke tak.
Penghantaran. Cakap pasal penghantaran, saya memang puas hati. Beli pada hari Jumaat lalu (16 Nov 2012) dan dapat pada hari Rabu (21 Nov 2012). Kalau potong hari Sabtu Ahad, kira dalam masa 3 hari saja, dah sampai. Tapi kalau korang yang duk kat sekitar KL, Selangor, dan yang sewaktu dengannya, dalam 1 hari saja pun dah boleh sampai agaknya. Biasalah, saya ni duk kat Sabah. Delivery pun lambat skit. Pihak vstore.my pun agak fleksible. Dorang akan hantar ikut courier yang korang nak. Tapi tertakluk kepada keadaan la. Saya mintak mereka poskan guna Pos Laju sebab kat area saya ini hanya ada Pos Malaysia dan ABX saja yang dekat. Lagi pun saya mintak hantarkan di alamat PO Box. Pernah dulu, masa beli barang online dari China, penjual kirim guna FEDEX. Apalagi, terpaksalah buat temujanji dengan si penghantar logistik untuk ambik barang. Nasib baik tiada bayaran tambahan untuk remote area fees.
Pakej barangan. NIKON COOLPIX L310 ini saya istilahkan sebagai 'cukup sifat' la. Tak payah beli apa-apa aksesori tambahan lagi. Siap dengan 4 bijik bateri, 8GB memory card, camera bag, neck strap, lense cover, bag strap, manual book, cd, service warranty, dan tentunya resit pembelian. Jangan pulak hilangkan resit dan service warranty tu. Ni dia rupa bentuk kamera nikon ini. Korang tengok la kat bawah.
Whoa..cantik kan. Ala-ala DSLR. Tapi ia sebenarnya bukan DSLR. Nikon ini jenis yang point and shoot gitu. Pasal kualiti gambar, tak payah risau la. Memang cool punya. 14.1 Megapixel dengan 21x optical zoom. Lobang hidung penceramah kat dewan pun korang boleh shoot. Huhu. Tapi tak kan lah nak gambar benda tu pula kan. Sebenarnya nak juga upload gambar yang dah diambil dari kamera ini tapi lain kali saja la. Tunggu saja pada entri yang akan datang. Rasanya boleh saya katakan yang kamera ini sangat sesuai untuk kaum wanita.
Sebenarnya saya nak beli kamera yang advance sikit, macam Canon EOS 5D MK III atau Nikon D5200 yang memang cool habis tu. Tapi apakan daya, harga pun memang 'cantik', bajet tak mengizinkan. Cukup la dengan ang ada sekarang. Lagi pun saya ini baru berjinak-jinak dengan dunia fotograpi. Kalau kamera secanggih mana sekalipun tapi tak tau guna fungsi-fungsi yang ada, membazir duit pula. :(
So, demikian lah serba sedikit pengalaman terbaru beli kamera secara online di vstore.my. Lepas ini, memang dah target dah nak beli kamera yang satu lagi kat sana, tapi tunggu cukup bajet la dulu. Akhir skali, thanks to Mr. Tan yang memang mesra pengguna dan juga kepada Virtous Trading. Kalau korang nak beli kamera yang 'brand new', sila lah pergi kat vstore.my.
1 ulasan:
thanks sbb review web ni. nnt sy melawat. mau cari camera wi-fi. hihihihi
Catat Ulasan